Followers

Thursday, December 30, 2010

MUHASABAH BUAT TEMAN

0 pandangan cinta

Buka tirai 2011 menandakan saya akan menjejakkan kaki ke alam baru. Bukan lagi umur belasan tetapi sudah menjejakkan kaki ke 20-an. Tiada lagi perkataan 'teen' dalam diri ini.

Ketika saya bermuhasabah untuk 20 tahun yang sebelumnya di saat saya sedang menghayati gambar di atas. Teringat begitu ramai sahabat yang saya telah kenal sejak dari tadika mungkin hingga kini.

Disaat saya mengenal mereka inilah saya telah menemukan seribu erti dan ilmu yang tidak dapat bagi mereka yang tidak bersahabat.

Mari kita muhasabah dengan mereka yang berukhwah dengan kita sepanjang hidup ini. Diakhirnya kita pasti menemukan indahnya ukhwah kita.

Kepada sahabat, anda harus tahu anda yang telah mencorak hidup saya dan saya juga sebahagian daripada corak hidup anda. Anda adalah sahabat yang terbaik Allah SWT telah jodohkan untuk saya. Salinglah kita menghargai dan mendoakan.

Wallahu 'alam.
Read full post »

AZAM BARU SEPANJANG MASA

0 pandangan cinta

Akhir tahun dan awal tahun. Hari yang bersebelahan namun berbeza peranan dan konsep bergantung pada setiap individu. Kesan bagi akhir dan awal tahun ini dirasaai oleh hampir kesemua orang di dunia ini kecuali mereka yang merasakan hidup ini tidak harus diperbaiki.

Bagi mereka yang memikirkan akhir dan awal tahun sebagai dua hari pesta besar-besaran persis yang dilakukan orang kafir, maka tiada makna bagi mereka tahun lepas dan tahun berikutnya. Tahun lepas yang diakhiri dengan maksiat dan awal tahun juga dimulakan dengan maksiat.

Dan diantara adat akhir dan awal tahun sudah semistinya azam. Dimana saban tahun mungkin berubah mengikut kehendak diri dan ada juga yang memperbaharui azam lepas yang belum lengkap pencapaianya. Senyum pasti terukir bila mereka menyatakan azam mereka pada tahun lepas tercapai dan mula memikirkan azam yang lebih menarik pada tahun hadapan.
Sampai bilakah pembaharuan dalam diri ini hanya berlaku setiapkali pertukaran tahun?


AZAM YANG MAKIN DILUPAKAN

Umumnya kita sering meletakkan perkara duniawi sebagai azam. Contohnya ingin memiliki itu dan ini pada tahun hadapan tanpa meletakkan sifat qanaah dalam diri. Ingin menambah perkara duniawi sehinggkan melupakan azam utama yang harus dicapai oleh setiap Mukmin. Mengutamakan perkara yang tidak perlu sehinggakan kita melupakan perkara asas.

Bukan sesuatu yang salah jika kita sentiasa berazam kearah duniawi namun harus berpada-pada jangan sehingga kita jauh pada Rab Izzah. Perkara duniawi pada zahirnya namun disebaliknya ia dapat menigkatkan usaha dan amalan kita, membuatkan orang kafir memandang tinggi kepada umat Islam dan mungkin perkara duniawi tersebut dapat mendekatkan kita kepada Allah SWT.

Insya Allah, Nahnu Muslim (kita adalah muslim). Seharusnya bagi kita mengutamakan perkara asas sebagai seorang Muslim dan meletakkanya sebagai perkara utama dalam kehidupan walau apa sahaja yang terjadi. Jika pada tahun lepas kita sering meninggalkan solat, maka azam untuk tidak meninggalkan solat. Jika solat sudah lengkap cuma kita tidak menunaikanya di masjid, maka cuba azam untuk melazimi masjid sehinggakan berjaya setiap waktu solat di masjid. Jika kita sentiasa solat di masjid, cuba berazam untuk menjadi imam di masjid. Cuba sebaiknya berazam untuk sentiasa memperbaharui diri kearah kebaikan.

Kita juga wajib berazam untuk meninggalkan kemungkaran terutama yang dilakukan oleh diri sendiri. Contoh yang paling sering kita lakukan ialah maksiat yang susah hendak dikawal iaitu yang melibatkan panca indra. Mata, mulut, telinga dan segala panca indra termasuk minda.
Maksiat melalui panca indralah yang harus ditinggalkan supaya kita dapat mengekang maksiat yang lebih besar. Antara contoh asas maksiat melibatkan mata ialah memandang perkara yang haram, telinga mendengar perkara yang haram, mulut bercakap dan makan perkara yang haram, pergerakan bergerak kearah perkara yang haram dan minda juga hati memikirkan perkara yang haram.

Belajar segala perkara-perkara yang haram dilakukan oleh setiap Muslim dan cuba tinggalkanya.


SETAHUN SEKALI SAJA JADI BAIK?

Seharusnya kita sentiasa berazam. Ia, azam bukan sahaja pada tahun baru malah sepanjang masa dan paling kurang setiap hari. Setiap hari sebelum terlena kita harus muhasabah. Apa yang telah kita lakukan saban hari dari pagi hingga ke malam. Dari keluar rumah sehingga kita pulang. Nilai kehidupan kita sepanjang hari.

Lalu jika pada hari tersebut berlaku kepincangan yang kita hadapi, cuba beristghfar sebanyak-banyaknya. Istighfar walaupun anda cuma terlewat untuk pergi ke masjid. Beristighfarlah walaupun anda cuma memandang wanita yang haram untuk dilihat hanya sekilas pandang. Beristighfarlah walaupun kesalahan itu hanya perkara asas dalam kehidupan. Biar lena kita dihiasi oleh istighfar.

Azam untuk sentiasa menjadi Muslim yang mengikut al Quran dan as Sunnah inilah wajib diterapkan setiap hari dalam diri. Azam untuk menjadi baik dan menggalkan kemaksiatan yang dilakukan. Andai kita tidak dapat membayangkan bahawasanya kita sentiasa bersama malaikat bayangkan sahaja malaikat akan sentiasa bersama kita. Agar hari ini lebih baik dari semalam dan esok lebih baik bagi diri kita, Insya Allah.

Wallahu 'alam.

p/s: Baru-baru ini kami pelajar Selangor di Mesir menyambut kedatangan YB Dato' Dr. Hasan Bin Mohamed Ali, Exco Selangor Darul Ehsan. Jadi kami sebagai para pelajar telah mengadakan majlis yang cukup memberikan kesan terhadap kami. Banyak yang kami dapat hasil daripada program ramah mesra bersama beliau. Dan saya juga telah menjadi sebahagian dariapda ahli jawatankuasa program tersebut.

Dan baru-baru ini juga YB Dato' Ali Rustam, Menteri Besar Melaka juga telah bertandang ke Mesir bagi merasmikan bagunan asrama baru pelajar Melaka. Dan umum pelajar Melaka di Mesir mengetahui kedatangan Ali Rustam ke Mesir bukan membawa seribu erti tetapi telah menitiskan air mata penuh kekecewaan dan kesedihan para penuntut ilmu di bumi ambiya ini. Beliau telah mengharamkan Badan Kebajikan Anak Negeri (BKAN) Melaka Mesir dimana badan yang telah menjaga kebajikan anak negeri tadbiran beliau sendiri dan digantikan dengan persatuan lain . Dan pelbagai lagi kepincangan yang berlaku hasil kedatangan beliau.

Sungguh berbeza. Bagaimana kehadiran pemimpin yang telah memberi seribu erti dan pemimpin yang menyebabkan para pelajar di bumi penuh barokah ini terasa dizalimi.

Semoga ilmu kita sama-sama diberkati Allah SWT.
Read full post »

Thursday, December 23, 2010

ADAB MENUNTUT ILMU

0 pandangan cinta
Penulisan saya kali ini bukanlah sebuah artikel, tetapi sekadar ringkasan adab menuntut ilmu berasarkan petikan al Quran, Hadis dan kata-kata ulama' seperti yang disebutkan dalam kitab Adab-Adab Islam Dalam Kehidupan Seharian oleh Mohamad Zulkifli Abdul Ghani, MA Fakulti Usuluddin dan Dakwah, Universiti Al Azhar, Persukutuan Melayu Republik Arab Mesir (PMRAM), Kaherah, Mesir dan ulasan tersebut hanyalah pandangan peribadi saya, insya Allah. Semoga menfaat.

Dalam usaha kita untuk menuntut ilmu, seharusnya kita mengetahui dahulu bertapa perlunya adab-adab sebelum menuntut ilmu itu sendiri. Perkara ini dikuatkan dengan kata-kata Ibnul Mubarak dalam sebuah kitab beliau berkata;
"Aku memperlajari adab selama tiga puluh tahun dan aku mempelajari ilmu selama dua puluh tahun. Dan adalah mereka (ulama') mempelajari adab kemudian mempelajari ilmu" [Mansuah al Adab al Islamiah : 15]

Pada pandangan saya, perlunya adab dan ilmu dapat saya umpamakan seperti adunan untuk membuat roti. Adab diumpamakan seperti gandum dan ilmu diumpamakan seperti garam. Hendaklah kita memperbanyakkan gandum berbanding garam namun nisbah tersebut haruslah sekata supaya gandum dan garam yang diadun sempurna nusbahnya. Dan ketahuilah memperbanyakkan adab bersama ilmu yang sedikit lebih baik daripada memperbanyakkan ilmu berbanding adab yang sedikit.

DALIL MENUNTUT ILMU

Dalam Surah at Taubah ada menyebut bahawa bukan semua diantara kita pergi untuk berjuang (berjihad). Makanya wajib sebahagian diantara kita pergi memperdalam ilmu agama seperti mana firman Allah SWT yang bermaksud;
"Bukan seharusnya orang-orang mukmin itu semuanya pergi (ke medan perang). Mengaapa sebahagian diantara mereka pergi unuk memperdalam pengetahuan agama dan untuk memberi peringatan kepada kaumnya apabila mereka telah kembali agar mereka dapat menjaga dirinya." [QS At Taubah 9 : 122]

Dan dalam sebuah hadis Rasulullah SAW ada menyebut bahawa jika sekiranya Allah SWT ingin memberikan hambanya kebaikan, maka Allah SWT akan memberikan ia kefahaman dalam agama. Perkara ini yang harus dikejar oleh setiap Muslim agar dekat kepada kebaikan yang dijanjikan oleh Allah SWT dengan menuntut ilmu. Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud;
"Sesiapa yang dikehendaki oleh Allah SWT baginya akan kebaikan, nescaya Allah SWT akan memberinya kefahaman dalam agama." [HR Bukhari dan Muslim]


ADAB MENUNTUT ILMU

PERTAMA: Niat yang ikhlas
Menuntut ilmu bukan untuk lulus dalam perperiksaaan, untuk mendapat kerja yang bagus, untuk dikatakan orang yang bijak atau pelbagai lagi niat yang lain melainkan hanya kerana Allah SWT. Dariapda Ibn Umar RA sesungguhnya Rasulullah SAW bersabda yang bermaksd;
"Sesiapa yang menuntut ilmu kerana selain daripada Allah SWT ataupun menghendaki menuntut ilmu (sebaliknya) selain dariapda Allah SWT, maka disediakan tempat duduknya dariapda neraka." [HR Tarmizi]
Niat itu sendiri memainkan peranan yang tinggi dalam sesuatu amalan. Setiap amalan kita akan dinilai oleh Allah SWT berdasarkan niat. Maka niatlah segalanya hanya kerana Allah SWT, kerana sesungguhnya Allah SWT tahu apa yang terdetik dalam hati tiap-tiap manusia.

KEDUA: Beradab dengan orang yang memberi ilmu
Imam Syafie pernah bekata;
"Sesiapa yang ingin dibuka hatinya oleh Allah, maka hendaklah ia berkhalwah, sedikit makan, menjahui dariapda bergaul dengan orang yang bodoh, dan membenci orang yang tidak berlaku adil dan tidak beradab dariapda kalangan mereka yang berilmu" [Kitab Majmuk, Syarah Mazhab, jilid 1, m/s 31]
Pada pendapat saya dalam halnya beradab dengan guru, ia memerlukan perbahasan yang panjang. Namun secara ringkasnya bagi kita sebagai penuntut, adab-adab ini haruslah disesuaikan mengikut situasi. Janganlah kita terlalu menghormatinya sehinggakan mengakui kesilapan yang guru itu lakukan dan janganlah juga kita terlalu memperlecehkannya sehingga guru itu tidak ikhlas dalam memberi ilmu kepada kita. Hormatnya kita akan guru berubah mengikut situasi dimana hormatnya seorang kanak-kanak tadika dengan gurunya berbeza dengan hormatnya mahasiswa dengan pensyarah.

KETIGA: Bersabar dalam menuntut ilmu
Imam Syafie pernah berkata;
"Tidak diperolehi ilmu kecuali dengan bersabar atas kesengsaraan." [Kitab Muntalaqat Talib al Ilmi, Husin Ya'cob, m/s: 237]

KEEMPAT: Tulis setiap yang dipelajari
Sehabat Rasulullah SAW sendiri menulis jika ingin menuntut ilmu, adakah kita lebih baik dari mereka dengan tidak menulis apa yang dipelajari? Abu Hurairah berkata
"Tidak ada seorangpun daripada sahabat Rasulullah SAW yang paling banyak meriwayatkan hadis kecuali Abdullah bin Amr bin al Asr, maka sesungguhnya dia telah menulis dan aku tidak menulis" [HR Ahmad dan Baihaqi]

KELIMA: Rendah diri
Imam Ahmad bin Hambal berkata;
"Kami diperintahkan supaya tawadhu' (rendah diri) kepada siapa yang kami pelajari ilmu dariapdanya." [Kitab Muntalaqat Talib al Ilmi, Husin Ya'cob, m/s 274]

KEENAM; Menjahui dari kenyang yang berlebihan
Ibn Jama'ah berkata;
"Sebesar-besar perkara yang menolong seorang penuntut ilmu dengan kefahaman dan tidak rasa jemu adalah makan sekadarnya daripada makan yang halal." [Kitab Fadhlu al Ilmi wa Adab Talabihi, m/s 222]

KETUJUH: Tidur yang sedikit
Firman Allah SWT yang bermaksud;
"Sesungguhnya orang-orang yang bertakwa berada di dalam taman-taman (syurga) dan mata air, mereka mengambil apa yang diberikan Tuhan kepada mereka. Sesungguhnya mereka sebelum itu (di dunia) adalah orang-orang yang berbuat baik; mereka sedikit sekali tidur di waktu malam dan pada akhir malam mereka meminta ampun (kepada Allah SWT)." [QS Az Zariyat 51 : 15 – 18]

KELAPAN: Kurangkan berkata-kata yang tidak menfaat
Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud;
"Sesiapa yang beriman kepada Allah dan hari akhirat, maka bercakaplah dengan perkataan yang baik ataupun diam." [HR Bukhari dan Muslim]

PENUTUP:
Tiada adab yang lebih sempurna melainkan kita mengikuti adab Rasulullah SAW dan adab mereka yang segenarasi dengan Rasulullah SAW (sahabat), generasi setelahnya (tabi'in) kemudian setelahnya (tabi' tabi'in).

Saya menasihati para pembaca sekalian agar dalam usaha kita untuk menuntut ilmu agama, seharusnya memperbanyakkan adab-adab dalam menuntut ilmu. Namun adab-adab tersebut seharusnya jangan terlalu 'fanatik' sehinggakan memperbetulkan apa yang salah dari mereka yang kita hormati. Manakah yang kalian lebih cintai samaada pemberi ilmu atau kebenaran? Dan kebenaran itu juga seharusnya dengan ilmu.

Hanya ilmu yang layak untuk menjadi pegangan kita sebagai ummat akhir zaman ialah al Quran, as Sunnah dan sunnah Khulafa' al Rosyidin seperti sabda Rasulullah SAW yang bermaksud;
"Sesungguhnya barangsiapa di antara kalian yang hidup sepeninggalanku nanti, maka ia akan melihat perselisihan yang banyak. Oleh kerana itu wajib bagi kalian untuk berpegang teguh dengan sunnahku dan sunnah al Khulafa al Rosyidin yang terbina dan terbimbing. Berpeganglah erat-erat denganya dan gigitlah ia dengan gigi gerham." [HR Abu Daud, at Tarmidzi dan lain-lain]

Tinta saya hanyalah dari ilmu yang sedikit namun kerana kesedaran bertapa pentingnya adab dalam menuntut ilmu maka saya kongsikan apa yang terbaik dari ilmu yang sedikit ini. Saya memohon dari para 'alim dari segala ilmu untuk menuegur jika terdapat salah dan silap dari apa yang saya kongsikan ini. Sungguh tiada yang lebih benar melainkan dari al Quran dan as Sunnah Rasulullah SAW.

Wallahu 'alam.
Read full post »

NATIJAH IMTIHAN

0 pandangan cinta

Imtihan atau dalam bahasa Melayunya perperiksaan pastinya satu fasa yang akan melahirkan semangat luar biasa bagi mereka yang akan menduduki perperiksaan tersebut. Manakala penantian bagi natijah(keputusan) imtihan tersebut pula fasa debaran dan mungkin debaran tersebut persis debaran anak dara yang menuggu pinagan seorang teruna.

Sungguh fasa dan perasaan tersebut pasti akan dirasai oleh setiap mereka yang sedang atau pernah bergelar pelajar cuma akan diaplikasi dengan cara yang tersendiri. Dan ada kalanya bahang perasaan tersebut turut dirasai oleh orang-orang terdekat dengan mereka yang akan akan menduduki imtihan tersebut atau yang sedang menunggu natijah imtihan tersebut.


IMTIHAN DAN NATIJAH YANG SEBENARNYA

Roda imtihan secara umumnya seperti berikut. Persediaan sebelum imtihan > debaran sebelum menduduki imtihan > imtihan (perperiksaan) > debaran menuggu natihah (keputusan) imtihan > natijah imtihan.

Jika mahu diaplikasi dalam kehidupan kita kini sebagai hamba Allah SWT, fasa kehidupan kita tidak ubah seperti imtihan tersebut. Bagaimana persediaan sebelum imtihan diumpamakan seperti kaadaan kita sekarang. Saatnya berpeluang untuk mencari keredhaan Allah SWT sebelum menempuh Imtihan yang sebenar-benar imtihan kelak.

Mungkin ada diantara kita yang akan menduduki imtihan sedang berusaha kearah tersebut dengan persediaan yang sehabis baik dan mungkin juga diantara mereka yang ambil remeh akan imtihan tersebut. Namun imtihan tersebut pasti akan berlaku seperti sabda Rasulullah SAW yang bermaksud;
"Tidak ada seorangpun diantara manusia di akhirat kelak kecuali dia akan berhadapan dengan Allah SWT. Antara manusia dengan tuhan tidak ada jurubahasa." [HR Muslim. Dipetik dari kitab Bertemu Janji Allah, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat, Kemilau Publika]


Begitu juga debaran yang akan dirasai. Debaran bagi mereka yang sudah membuat persediaan sehabis baik mungkin hanya mampu diungkap dengan senyuman seorang mayat disaat habisnya sakaratul maut.

Dan disaat imtihan inilah saat yang paling pasti. Perkara yang tiada dusta baginya seperti firman Allah SWT yang bermaksud;
"Apabila berlaku waqi'ah (kiamat). Tiada seorangpun dapat berdusta tentang kejadianya" [QS Al Waqiah 65 : 1 – 2]

Hari yang akan dipersoalkan setiap apa yang telah kita kerjakan. Disaat mulut-mulut ditutup dan setiap anggota akan berkata-kata dan menjadi saksi terhadap apa yang telah kita lakukan. Perkara ini telah dijanji oleh Allah SWT dalam al Quran yang maksudnya;
"Pada hari ini, Kami tutup mulut mereka. Tangan mereka akan berkata kepada Kami dan kaki mereka akan member kesaksian terhadap apa yang dahulu mereka kerjakan" [QS Yasin 36 : 65]

Begitu banyak ayat-ayat Allah SWT menceritakan imtihan besar yang bakal kita hadapi. Namun bagaimanakah persediaan kita terhadapnya?

Selesai imtihan maka sudah pastinya masa untuk kita menunggu natijah (keputusan) kepada imtihan tersebut. Bagaimana Firman Allah kepada mereka yang akan mengambil natijahnya dengan tangan kanan atau tangan kiri. Perkara ini sesuatu yang pasti dan telah dinukilkan dalam surah al Haqqah yang bermaksud;
"Pada hari itu kamu dihadapkan (kepada Tuhanmu), tidak ada sesuatupun dari kamu yang tersembunyi (bagi Allah). Adapun orang yang kitabnya (catatan amalan perbuatan) diberikan ditangan kanannya, maka dia berkata, "Ambillah, bacalah kitabku (ini)." Sesungguhnya aku yakin bahawa (satu saat) aku akan menerima perhitungan terhadap diriku. Maka orang itu akan berada dalam kaadaan yang diredhai. Dalam syurga yang tinggi. Buah-buahanya dekat. (Kepada mereka dikatakan); "Makan dan minumlah dengan nikmat kerana amal yang telah kamu kerjakan pada hari-hari yang telah lalu." Dan adapun orang-orang yang kitabnya diberikan dengan tangan kirinya, maka dia berkata; "Alangkah baiknya jika kitabku tidak diberikan kepadaku. Sehingga aku tidak mengetahui bagaimana perhitunganku. Wahai kiranya (kematian) itulah yang menyudahi segala sesuatu. Hartaku sama sakali tidak berguna kepadaku. Kekuasaan telah hilang dariku." (Allah berfirman); "Tangkaplah dia lalu berlengulah tanganya ke lehernya. Kemudian masuklah dia ke dalam api neraka yang menyala-nyala. Kemudian belitlah dia dengan rantai yang panjangnya tujuh puluh hasta." [QS al Haqqah 69: 18 – 32]


IMTIHAN DUNIA

Bagi mereka yang akan menduduki perperiksaan, sedang ataupun sudah dan mungkin juga sedang menunggu ataupun sudah mendapat natijah perperiksaan, ketahuilah tiada imtihan yang paling besar melainkan imtihan yang akan kita duduki di akhirat kelak.

Sepatutnya kita yang berada sekarang berasa syukur. Kita masih diberi peluang oleh Allah SWT untuk membuat persediaan untuk menghadapi imtihan. Bila masanya akan kita hadapinya, hanya Allah SWT yang mengetahui.

Kenapa kita tidak aplikasi segala perkara mengenai imtihan dengan sungguh sesungguhnya? Dan membayangkan natijah yang kita akan hadapi, maka kita berusaha kearahnya.


PERKATAAN "SUDAH" DAN "JE" DALAM NATIJAH DUNIA

"Bro, kau dapat berapa PMR kali ni?"
"Aku dapat 6A je.."
Atau?
"Akhi dapat berapa PMR kali ini?"
"Alhamdulillah, ana sudah dapat 6A".

Bagi mereka yang mendapat keputusan yang kurang dalam imtihan, jangan sesekali menggunakan perkataan 'je' jika ada diantara mereka yang menayakan natijah imtihan kita. Perkataan tersebut seakan-akan kita tidak bersyukur atas ketentuan yang diberikan oleh Allah SWT. Tidak ubah seperti anugerah yang dikurnaakan Allah SWT masih tidak mencukupi.

Allah SWT mengetahui setiap yang terbaik bagi hambanya. Sudah pasti keputusan itu ialah yang terbaik dianugerahkan oleh Allah SWT kepada anda. Segalanya mempunyai hikmah. Gunakan perkataan "Aku SUDAH dapat 6A" dengan penuh semangat dan bangga. Dalam skop imtihan dunia, yang terbaik ialah bagaimana anda hadapi imtihan tersebut dan usaha anda kearahnya. Maka nilai usaha yang anda lakukan dan sudah pasti anda akan memubuat kesimpulan "Inilah yang terbaik kurnaan Allah SWT untukku."

Kepada mereka yang cemerlang, sudah pasti imtihan yang lebih besar akan anda hadapi dan sebesar-besar imtihan disaat kita semua akan bertemu dengan Allah SWT kelak.

Wallahu 'alam.

Salam imtihan dan natijah dunia dan akhirat

Kaherah, Mesir

p/s: Alhamdulillah, adik saya Ummu Jannah baru sahaja mendapat 9A dalam perperiksaan PMR. Abangmu menumpang seribu bangga.
Read full post »

Tuesday, December 21, 2010

JALAN LAMA YANG SEMAKIN DILUPAI

0 pandangan cinta

Bulan Desember diantara bulan yang dikenali sebagai 'musim kenduri' di Malaysia. Hampir setiap minggu akan diadakan kenduri kahwin di setiap pelusuk taman perumahan bahkan kampung sehinggakan mungkin diantara kita yang terpaksa pilih kenduri manakah yang mahu dihadirinya. Boleh jadi satu hari kita hadir 3 kenduri sekaligus terutama pada hari Ahad. Musim yang dikatakan mudah kerana semua sepupu-sepapat dan saudara-mara boleh pulang menjayakan walimatul urus atas tiket cuti sekolah katanya.

Itu diantara adat yang masih berkekalan. Namun budaya majlis perkahwinan yang semakin kita lupai ialah kad undangan perkahwinan. Maklum sahaja, perkahwinan kini semakin tinggi kosnya. Mereka lebih mengejar nama dalam majlis perkahwinan namun apa yang ditekankan Islam dalam perkahwinan yang indah itu sendiri diletak jauh-jauh.

Dalam mengejar kemeriahan walimatul urus, cara undangan majlis walimah semakin dilupai. Lihat bagaimana undangan perkahwinan melalui Facebook begitu berluasa yang dikatakan lebih jimat kos, jimat masa, jimat keras dan lain-lain lagi alasan.

Itu diantara contoh yang ingin saya kongsi bagi jalan dakwah yang kita semakin lupakan.


TEKNOLOGI MERENDAHKAN MARTABAT KEMANUSIAAN

Dahulu kalau kita tahu ada salah seorang sahabat kita yang sakit, kita sanggup merentasi jalan yang jauh semata-mata untuk ziarah. Dahulu juga kalau ada saudara-mara yang ingin pergi menunaikan haji ataupun umrah, kita sanggup untuk mengiringi mereka dari pintu rumah sehinggalah ke pintu lapangan terbang. Dahulu juga setiap pagi kita akan pergi ke kedai runcit semata-mata ingin membeli akhbar harian. Dan pelbagai lagi contoh 'dahulu-dahulu' namun kini sudah berubah.

Semua itu tidak perlu hanya kerana Facebook. Ucapan, ziarah, takziah dan apa jua nilai kemanusiaan dahulu, kini sudah bertukar dengan nilai kemajuan hanya kerana Facebook. Dan dakwah juga tidak terlepas dari menerima impak yang sama atas kemajuan teknologi tersebut.

Semua dapat lihat sendiri bagaimana ada diantara kita yang sekadar menulis di ruang status "JOM KE MASJID" atau "ESOK HARI ISNIN, JANGAN LUPA PUASA YAA" sedangkan adik beradik yang berada dirumah sendiri tidak diajak ke masjid dan puasa. Kalau diungkap kembali bagaimana Rasulullah SAW sendiri berdakwah kepada yang paling hampir dahulu barulah melebarkan sayap dakwahnya ke wilayah Rom dan Parsi. Dan ada juga diantara mereka yang menyatakan "MALAM TADI AKU QIAMULLAIL.. KORANG QIAM TAK?" samaada dengan niat ingin mengajak orang atau riya', hanya Allah SWT sahaja yang mengetahui.

Firman Allah SWT dalam kalamnya al Quran yang bermaksud;
"Kamu (umat Islam) adalah yang terbaik yang dilahirkan untuk manusia, (kerana kamu) menyuruh (berbuat) kearah kebaikan dan mencegah dari yang kemaksiatan dan beriman kepada Allah (sehingga akhir ayat)" [QS Ali Imaran 3 : 110]


SUDAH DAPAT GADING BERTAUH, TANDUK MASIH DIGUNA LAGI

Saya tidak menyatakan mengajak kepada kebaikan menggunakan Facebook itu satu kesalahan. Saya juga akui Facebook dan blog juga diantara sebagai salah satu medium dakwah yang berkesan. Mungkin diantara kita mula sedar akan kesilapan dalam diri apabila membaca artikel-atikel dalam Facebook. Itu adalah salah satu kebaikan teknologi kini.

Namun kita juga perlu tahu disamping kita berdakwah menggunakan Facebook dan blog, kita mungkin terlupa method dakwah yang lebih berkesan dan mempunyai nilai-nilai kemanusiaan yang amat tinggi.

Seharusnya disamping kita menggunakan Facebook dan blog untuk mengajak kepada kebaikan dan mencegah kemungkaran, kita juga harus berdakwah secara berdepan atau dengan kata mudah dari mata ke mata. Bukankah jika perkara itu hadir dari mata ke mata akan tersemat dihati?

Ya, kita berdakwah menggunakan Facebook. Ya, kita mengajak kepada kebaikan menggunakan blog. Dan jangan lupa kita juga harus mengatakan 'Ya!' kepada 'tarik tangan kawan ke masjid', 'ajak keluarga bersahur bersama', dan 'marah kawan jika melakukan kesilapan'. Di samping kita berdakwah menggunakan teknologi, kita juga berdakwah dari hari ke hati. Jangan jadi mereka yang sudah dapat gading bertuah, tanduk tidak berguna lagi namun jadilah seperti 'Sudah dapat Ferrari bertuah, Kancil juga tersemat dihati'.


BERDAKWAH DENGAN LISAN DAN BERDAKWAH DENGAN HAL

Dan diantara jalan dakwah yang berkesan ialah dengan menunjukkan contoh yang baik. Kadang-kadang bila berhadapan mereka yang mengatakan 'kubur kita masing-masing', amat payah bagi kita untuk menegur mereka walaupun dengan cara berhikmah dan menggunakan nada cinta sekalipun. Namun apabila kita menunjukkan contoh yang baik dengan niat ia sebahagian daripada jalan dakwah, Insya Allah sahabat kita itu akan terikut dengan tingkah laku kita.

Ingatlah dari Abi Hurairah RA, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:
"Sesiapa yang mengajak kepada kebaikan, maka ia memperolehi ganjaran pahala sebagaimana pahala yang diperolehi oleh orang-orang yang mengikutnya. Tidak dikurangkan sedikitpun daripada pahala mereka itu dan sesiapa yang menyeru kepada kejahatan, maka ia memperolehi dosa sebagaimana dosa yang diperolehi oleh orang yang mengikutnya, tidak dikurang sedikitpun dosa-dosa mereka tersebut." [HR Muslim. Dipetik dari kitab Adab-adab Islam Dalam Kehidupan Seharian muka 5; Mohammad Zulkifli Abdul Ghani; PMRAM, Kaherah].

Jika anda tidak sanggup untuk mengajak kepada kebaikan sekalipun, maka janganlah anda menagajak kepada kemungkaran.

Wallahu 'alam.

p/s: Dahulu pelajar-pelajar yang menuntut di luar negara amat susah untuk berhubung dengan keluarga mereka. Mungkin hanya surat sebagai pengubat rindu. Namun kini bagi ibu bapa yang ingin menayakan khabar anak-anak, cukup sekadar menghantar SMS dan mungkin juga Facebook. Pada pandangan saya manusia amat menghargai sesuatu jika ia sukar untuk mendapatkannya. Maka mana yang lebih berharga rasanya bagi mereka yang bersusah payah menghantar dan menerima surat sesama keluarga yang dirindui ketika menuntut di luar negara berbanding mereka yang berhubung melalui SMS yang tidak sampai 1 minit sudah diterima?
Saya yang jarang mendapat SMS dari keluarga tercintapun sudah amat menghargai mesej tersebut apatahlagi mereka yang mendapat surat. Sweet meh ^_^
Buat keluarga, saya berharap agar anda jarang menghubungi saya melalui Facebook kerana ingatan anda di Facebook susah untuk disimpan. Cukup sekadar menghantar SMS sebagai pengubat rindu.
Read full post »

Sunday, December 19, 2010

KEJAHILAN DULU TERKUMPUL DI SINI

0 pandangan cinta

Saya masih ingat lagi ketika waktu kecil-kecil dahulu. Ketika zaman tadika, sekolah rendah dan ketika zaman aktif mengikut program-program keagamaan. Saya sering disajikan oleh cerita-cerita kisah nabi zaman dahulu dan juga zaman arab jahiliah mengenai kejahilan mereka sebelum datangnya Rasulullah (keatas mereka salam dan selawat). Ada diantara mereka yang jahil namun selepas mendapat seruan untuk beriman maka mereka beriman dengan sepenuh hati. Dan ada juga diantara mereka yang jahil namun apabila sampai seruan untuk beriman namun mereka tetap dengan kejahilan mereka. Akhirnya mereka mendapat azab yang pedih.

Jika Firaun terkenal dengan sifat mengaku sebagai tuhan, Qarun dengan hartanya, kaum Lut dengan homoseksualnya, kaum nabi Ibrahim dengan sembahan berhalanya dan tidak kurang juga arab jahiliah yang terkenal dengan kebodohan mereka. Cerita-cerita ini bukan cerita juha dengan anaknya yang boleh disangkal kebenaranya. Kisah ini semua telah termaktub dengan dakwat emas di dalam al Quran yang sudah nyata benar dan tiada salahnya walaupun sedikit. Dan azab yang diberi oleh Allah SWT itu benar-benar berlaku sehinggakan menumbulkan kesan sehingga ke hari ini.

Namun, apa masalah yang berlaku pada hari ini ialah semua kejahilan tersebut kiniterkumpul disini. Di mana? Di negara yang anda duduk sekarang. Tidak perlu anda membayangkan bagaimana perbuatan jahiliah dahulu kerana semuanya ada di Malaysia, negara yang kita cintai.


KEJAHILAN DULU TERKUMPUL DISINI

Bukan cerita kosong. Anda search dalam YouTube.com dan cari video bertajuk 'It Gets Better in Malaysia: A**** I***** " Saya Gay, Saya OK" dan lihat bagaimana seorang yang bernama Islam boleh mengaku secara terbuka bahawa dia gay, anda pergi di belakang Lorong Haji Taib dan lihat sendiri, anda baca akhbar Metro dan baca sendiri bagaimana artis yang juga rakyat Malaysia bahkan Islam berpakaian seperti arab jahiliah, anda ambil tahu bagaimana bulan September dan Oktober bulan pembuangan bukan sahaja anak perempuan, malah dengan anak lelaki mereka buang, anda lihat bagaimana Ayah Pin yang mengaku tuhan apatahlagi mereka yang mengaku sebagai rasul dan ini semua tidak perlu dilihat diluar negara kerana di Malaysia 'macam-macam ada'.

Bagi mereka, saya tidak pernah sesekali salahkan mereka kerana mungkin mereka jahil seperti jahilnya kaum yang terdahulu. Mereka buat dosa sedang mereka tidak tahu manakala mungkin kita buat dosa sedang kita mengetahui.


PEMBELAAN YANG SALAH

Di Malaysia juga mempunyai rakyat yang mempunyai timbang rasa dan kasih sayang yang cukup kuat. Mereka ingin membela nasib-nasib mereka yang sudah terlajak melakukan perkara yang diluar tabie sebagai seorang manusia.

Lalu, wujudlah di Malaysia sekolah khas bagi pelajar-pelajar yang sudah mengandung, agensi yang menjaga hak-hak Islam Libral dan yang paling terbaru ada persatuan yang menjaga hak-hak bagi lesbian, gay, biseksual dan tragender (LGBT) ini. Niat mereka murni dan bersih namun mungkin kerana kejahilan membuatkan cara yang mereka lakukan salah disisi agama. Kerana tidak belajar maka niat yang murni ini tetap salah pada dasarnya.


DI MANA KAMU WAHAI DAIE'?

Sedar tidak sedar sepatutnya kita yang harus dipersalahkan atas kejahilan mereka. Ya, mekera gay. Ya, mereka lesbian. Ya, mereka berzina dan membuang anak. Dan ya mereka mengaku sebagai tuhan. Namun adakah kita harus berdiam diri disaat mereka mengatakan ya terhadap permasalahan mereka?

Kita belajar agama dan tahu sedikit sebanyak mengenai hukum agama. Dan saya akui mungkin diantara kita tahu siapa mereka dan mungkin diantara mereka ada dikalangan sahabat kita. Kita tidak harus meminggirkan mereka. Saya terkilan bila mana ada seorang sahabat saya yang lembut di ejek oleh rakan-rakan yang ternyata beragama. Mengapa ini berlaku? Tidakkah kesanya orang yang lembut ini akan mencari mereka yang sealiran dengannya dan akhirnya saya bimbang mereka bukan sekadar lembut, namun akhirnya akan terjerumus ke lembah gay.

Kita jagan menolak mereka. Kita terima mereka cara Islam. Kita cuba perlahan-lahan untuk mengenali mereka. Cari penyelesaian cara Islam.

Saya akui saya mempunyai teman yang tidak bertudung. Saya juga pernah berkawan dengan orang yang berbeza agama. Saya cuba usaha walaupun nampak seperti tidak berkesan. Semua orang harus menggalas beban dakwah. Dakwah bukanlah sesuatu yang berat. Dakwah itu ringan dan berat mengikut tahap keimanan kita. Perlahan-lahan kita cuba untuk berubah dan merubah orang lain.




TOLONGLAH HENTIKAN KEJAHILAN INI

Anda akan mendapat lebih baik di Malaysia. Wahai mereka para daie' yang saya cintai sekalian. Saya yakin anda tahu hukumnya yang lazim kita ketahui seperti membuka aurat, berzina, homoseksual dan sebagainya. Saya bukan persoalkan mengenai hukum jual beli atau pemerintahan, namun cuma hukum yang disebut-sebut di sekolah-sekolah. Mengapa anda tidak mengajak mereka untuk berhenti melakukan kejahilan ini. Tegur mereka dengan nada cinta. Dan ajak mereka kepada kebaikan dengan nada cinta.

Wahai mereka yang mempunyai masalah mengenai cara penutupan aurat, cara mengelak dari nafsu sejenis dan sebagainya. Pergilah wahai kamu yang saya cintai untuk menunutut ilmu. Bacalah buku sebanyak-banyaknya. Tanyalah ustaz-ustaz dan hindarkan perasaan malu. Saya yakin semua ada penyelesaiannya. Jika anda tidak percaya anda juga boleh tanya saya sendiri bagaimana cara penyelesaianya. Emel saya di alirani.muhammad@gmail.com.

Saya amat bimbang dengan kejahilan umat terdahulu yang kini terkumpul di Malaysia. Mari kita belajar dekati Islam dari sudut yang sebenarnya. Cara yang mudah cintai ilmu dan amalkan ilmu insya Allah anda akan cintai Pencipta ilmu.

Semoga kita tidak tergolong dalam golongan orang yang jahil,

Salam cinta ilmu dari saya

Kaherah, Mesir
4.36 pm 19 Desember 2010

p/s: Bila saya menuntut bersama mereka yang datang dari pelbagai negara, saya dapat macam-macam dari yang saya sangka. Saya dapat bahasa mereka, budaya mereka dan yang penting saya dapat cinta can ukhwah sesama mereka dan asasnya hanya kerana menuntut ilmu di tempat yang sama. Indah bukan? Jom kita doa sesama kita semoga dilimpahkan ilmu dari Allah SWT dan keberkatan keatas ilmu tersebut, Insya Allah.
Read full post »

Saturday, December 18, 2010

REMAJA MODEN CARA ISLAM

0 pandangan cinta

Diantara isu yang kami bincangkan dalam usrah baru-baru ini ialah gejala sosial yang ternyata berlaku di kalangan mahasiswa Malaysia amnya. Dan mahasiswa Azhari juga tidak terlepas dengan kes hisbah walaupun mereka terdiri dalam kalangan yang belajar agama. Perkara tersebut sesuatu yang nyata dan bukan omong kosong hikayat mat jenin.

Bagaimana pasangan remaja melakukan 'semulut' di tepi jalan, gejala seks bebas yang berlaku di asrama sukan negara, pembuangan bayi berluasa terutama ketika bulan September, remaja yang tidak tahu langsung mengucap dua kalimah syahadah dan macam-macam lagi gejala dikalangan remaja sekarang. Ini satu kenyataan! Perkara ini juga bukan sahaja berlaku dikalangan mereka yang sekolah biasa, malah pelajar sekolah agama juga sudah pandai jalan berpimpingan tangan dengan lelaki lain walaupun disekolah pelajar inilah yang mengwar-warkan 'la taqrobuz zina (jangan menghampiri zina)' di medan pidatonya apatah lagi mahasiswa universiti Islam.

Saya juga teringat ketika saya sempat menuntut di sekolah menengah kerajaan satu masa dahulu. Bukan satu yang pelik malah membanggakan apa bila pelajar Tingkatan 3 menayangkan 'love bite' dilehernya dihadapan rakan-rakan. Juga mereka yang sudah pandai duduk beriba walaupun ternyata mereka belum menikah. Malah aksi mereka mengalahkan mereka yang sudah menikah ketika sendirian! Dan saya yakin perkara ini diketahui umum.


TUNDING JARI PADA IBU BAPA

Dalam satu hadis yang mashur Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud;
"Setiap anak itu dilahirkan dalam kaadaan fitrah. Maka kedua ibu bapalah yang bertanggungjawab menjadikan anak itu Yahudi, Nasrani atau Majusi"
[HR Bukhari]

Tidak dapat bayangkan apabila seorang ibu yang besusah payah melahirkan seorang anak juga seorang bapa yang menjaga dan menyara anak itu sendiri yang menarik anak itu bersama-sama mereka ke siksaan yang perit di akhirat sana. Ini perumapamaan bagi ibu bapa Islam yang secara istilahnya 'yahudi dan nasrani' yang membentuk anak-anak juga menjadi 'yahudi dan nasrani' seperti mereka.

Tidak kurang juga perumpamaan ibu bapa yang menolak anak mereka yang mereka cintai sendiri ke neraka sehinggakan ketika menolak anak mereka, anak-anak ini sempat menarik kaki ibu bapa mereka sekali ke lembah tersebut. Ini bagi mereka yang membiarkan anak-anak melakukan maksiat di depan mata mereka sendiri. Ibu bapa jenis ini mungkin beragama namun kerana sibuk atau mungkin terlalu sayang sehinggakan mereka tidak kisah jika anak mereka terjerumus ke dalam lembah kemaksiatan.

Bukan ingin menyalahkan ibubapa 100%, namun asas pembentukan seorang anak bermula dari ibu bapa itu sendiri berdasarkan hadis di atas. Jangan salahkan TV dan persekitaran yang merosakkan anak-anak itu namun salahkan diri ini yang tidak mendidik anak sebaiknya bukan sahaja selepas kelahiran namun sebelum nikah lagi kita perlu mendidik diri kita supaya kita akan melahirkan zuriat harapan Islam. Dan ini juga satu kenyataan!


HIBURAN YANG TERLAMPAU KOT

Rasulullah SAW pernah ketawa, Rasulullah SAW juga pernah berhibur. Sesungguhnya hiburan bukanlah sesuatu yang salah.
Namun jika hiburan itu sendiri yang sudah melanggar syariat, mengapa tidak anda sebagai seorang remaja akan menarik tangan ibu bapa anda sendiri ke neraka.
Anda perlu sedar bahawa Islam itu sudah mencukupi dalam segala aspek kehidupan. Islam bukan sahaja tertumpu dalam bab-bab solat dan tayammum seperti yang biasa diwar-warkan di sekolah. Islam lengkap dari aspek yang paling remeh sehingga yang paling penting. Dari hiburan, adab ibu bapa juga sehingga pemerintahan negara.

Kita hidup di zaman moden dan serba maju maka kita harus seiring dengan kemajuan. Namun kemodenan dan kemajuan itu perlu mengikut al Quran dan as Sunnah. Kita hidup dizaman yang mempunyai wayang, TV, radio, internet, Blackberry, fesyen, canggih, permikiran terbuka dan pelbagai lagi tarif bagi kehidupan kini yang serba moden namun seharusnya bukan Islam yang mengikut kehendak kemodenan namun kemodenan itu sendiri harus berlandaskan Islam.
Namun bagaimanakah moden yang berlandaskan Islam?


MODEN ISLAMI

Anda perlu tahu Islam bukan agama yang kolot dan jumut. Allah SWT tuhan yang memelihara agama ini pastinya sudah tahu apa yang ditetapkanya sejak dari azali. Menetapkan apa yang ada di dalam al Quran dan Hadis pastinya perkara itu adalah yang terbaik buat hambanya, kita yang hidup di akhir zaman ini.

Maka kita ikut Islam dalam kehidupan kita. Menonton TV dan wayang bukanlah sesuatu yang menjadi kesalahan jika cerita yang kita tonton tidak menyalahi syariat. Cerita yang benar-benar menekankan aspek aurat dan cerita itu juga dapat memberikan menfaat kepada kita. Bukan cerita yang hanya menguntungkan penerbit namun penonton langsung tidak dapat apa-apa menfaat selesai menonton cerita tersebut. Lebih baik bayaran untuk menonton wayang itu kita gunakan untuk sedekah atau paling kurang membeli buku yang bukan sahaja menfaat untuk diri kita di dunia dan akhirat (insya Allah) malah memberi keuntungan kepada orang lain apabila ilmu itu kita kongsikan dengan orang lain. Sweet kan ^_^

Juga dalam penggunaan talifon bimbit. Tidak salah menggunakan talifon bimbit yang canggih selagi kita tidak riya' menggunakanya. Malah mendapat manfaat apabila talifon tersebut kita gunakan untuk tujuan agama dan menyebarkan ilmu. Canggih woo. Namun canggih beragama.

Fasyen juga antara aspek kemodenan namun bukan makna bila kita berfesyen harus menjadi orang yang lebih miskin seperti tidak cukup duit untuk beli kain apabila pakaian kita dedah sana dedah sini. Berfesyenlah korang semua selagi korang tidak ada sifat riya' dan pakaian korang tidak menyalahi syariat. Belajar-belajar bagaimana berpakaian menurut Islam. Kacak nan cantik lagi. Serius.

Indahnya pendidikan yang dibawa ahli hikmah Luqman al Hakim dalam mendidik anaknya sehinggakan Allah SWT menukilkan nasihatnya di dalam al Quran. Maka antara nasihat yang ingin saya kongsi bersama para sahabat sekalian ialah:
"(Dan Luqman menasihati anaknya dengan berkata): "Wahai anakku, jika ada satu perkara (yang baik atau yang buruk) sekalipun seberat biji sawi dan ia tersembunyi di dalam batu besar atau di langit atau di bumi, sudah tetap akan dibawa oleh Allah (untuk dihakimi dan dibalasnya), kerana sesungguhnya Allah Maha Halus pengetahua-Nya lagi Amat Meliputi akan segala yang tersembunyi".
[QS Al Luqman 31 : 16]
Pesan saya, jom cuba moden Islami

p/s: Bab wayang ni saya mushkil sikit. Saya juga pernah menonton wayang satu masa dahulu. Rasa macam rugi sangat bila duit habis hampir RM 10 hanya selama 2 jam namun bila pulang langsung tiada menfaat buat diri saya juga buat Islam. Pikir-pikir balik saya telah menyumbang kearah kemaksiatan. Saya bukan sahaja menyumbangkan duit buat artis itu atas bayaran dia berlakun dengan membuka aurat, malah memberikan dia semangat untuk membuka aurat dengan lebih semangat. Bukan nak kurangkan orang yang membuka aurat. Kan3. Takut-takut nanti saya pula akan dihisab Allah SWT kerana menggalakkan pembukaan aurat seseorang tanpa mengurangkan sedikitpun dosa orang yang buka aurat iyu lalu dikongsi bersama saya.
Kalau RM 10 saya beli majalah SOLUSI, baca dan sampaikan sudah tentu lebih banyak manfaat. Bukan sahaja saya menfaatkan masa saya untuk ilmu malah orang lain juga dapat bila kita kongsikan bersama. Kan3.
Apa-apa pun saya sedih bila tidak mampu menegur kawan saya yang membuka aurat untuk kembali malu dengan menututup aurat. Semoga saya mampu berubah dan juga meru
Read full post »

Friday, December 17, 2010

MESIR PUNYA CERITA

0 pandangan cinta

Saya akui baru-baru ini saya banyak menghantar post yang agak berat. Bagi saya, saya cuba untuk menjadi lebih baik dari sebelumnya. Cuba sebaik mungkin untuk mematangkan diri.
Sebagai contoh, baru-baru ini saya dilantik sebagai Unit Publisiti & Informasi, Lajnah Dakwah & Tarbiah Badan Kebajikan Anak Selangor Mesir sesi 2010 / 2011. Ketika menyertai mesyuarat (liqa') kecil lajnah kami ada seorang abang menasihati saya 1 perkara yang amat bermakna. Abang itu menasihati saya;
"Salman, sekarang ni Salman berada di alam mahasiswa. Salman bukan lagi berada dalam suasana sekolah menengah. Maka pemikiran Salman harus seperti Mahasiswa," katanya lagi.
Beliau menasihati saya sebergitu kerana saya mengutarakan cadangan yang agak 'kesekolah menengahan' dan bukan pemikiran seorang mahasiswa. So sweet ^_^


CERITA PUNYA CERITA

Berat ke? bagi saya tidak selalu berat. Kadang-kadang saya menterjemah gambar dalam post saya. Kadang-kadang post saya mempunyai cerita yang penuh pengajaran.
Semenjak datang ke bumi seribu menara ni saya sudah berubah hampir 68% rasanya.
Antara contoh perubahan yang sudah saya capai ialah saya dahulu seorang yang ketagih satu perbuatan yang amat memberi mudharat terhadap diri dan juga orang yang tercinta. Namun sekarang saya sudah berhenti 100% dari perkara tersebut walaupun rakyatnya di sini ramai yang ketagih perkara tersebut. Ini membuktikan jika kita ingin berubah amat mudah cuma perlu tekad yang tinggi.
Dulu juga saya jenis yang banyak bercakap. Selalu gurau-gurau dan jarang serius. Sekarang saya makin serius dan sedikit kurang bercakap dari dahulu.
Saya cuba sebaiknya untuk banyak senyum dari gelak. Banyak bercakap yang menfaat dari perkara yang tidak menfaat.
Saya belajar-belajar untuk mempertingkatkan amalan dalam hidup. Saya cuba untuk tidak cinta akan dunia. Saya mahu kurangkan facebook-ing dan blogwalk-ing walaupun kos berinternet di sini murah.
Saya mahu memperkasakan ilmu saya. Saya mahu ketagih ilmu. Saya mahu cinta ilmu.
Saya makin banyak belajar ketika hidup sendirian. Tanpa ibu bapa dan disini serumpun ibarat satu keluarga.
Kesimpulannya, saya mahu menjadi lebih baik dari semalam.


CINTA PUNYA CERITA

Saya empunya cinta. Cinta dalam cinta. Cinta yang berbeza dalamnya bagi setiap orang namun cinta itu hanya kerana Pemilik kepada Cinta, Insya Allah. Saya bukan membahagikan cinta dan bukan juga mengkongsikan cinta, namun mencipta cinta.
Secara ikhlas saya mahu menulis kerana cinta. Saya cinta akan Islam maka saya ingin Islam tertegak berlandaskan al Quran dan as Sunnah. Saya cintakan negara maka saya mahu Daulah Islamiah buat negara saya. Saya cinta kepada pemimpin maka saya tegur pemimpin saya. Saya cinta keluarga saya maka saya harapkan yang terbaik buat keluarga saya. Saya cinta akan sahabat saya maka saya mahu kami bersama-sama berubah. Saya cintakan bakal isteri saya maka saya mahu dia kenal semua cinta saya. Saya cinta akan diri sendiri maka saya menulis agar saya boleh berubah menjadi yang lebih baik.


MASA HADAPAN PUNYA CERITA

Sedikit impian dan matlamat. Baru-baru ini saya membeli sebuah kitab yang bertajuk "Adab-adab Islamiah Dalam Kehidupan Seharian" dan "Syamail Muahammad" lalu menulis di dalamnya "Akhlak Persis Rasulullah SAW, Insya Allah". Itu matlamat utama dan terakhir. Sungguh Rasulullah SAW sebaik-baik ikutan. Baginda menunjukkan contoh yang terbaik dalam kehidupan, maka hanya baginda yang layak diikuti.


HATI PUNYA CERITA

"Makcik, anak makcik sudah kena colek!" gurau sahabat saya kepada seorang makcik.
Lalu makcik terus menjawab dengan selamba, "Colek anak makcik tidak apa, tapi jangan colek hatinya."
Tiada apa-apa cerita tentang hati, cuma mahu menyerahkan hati kepada yang sepatutnya dan yang menerimanya boleh terima dengan sebaik mungkin. Antara yang saya sudah serahkan hati saya adalah ibu saya. ^_^ Ada sesiapa lagi selepas ini?


BUKAN CERITA TERAKHIR

Saya mahu saja sentiasa menulis nota cinta setiap hati paling kurang satu nota cinta, namun bukan atas kemampuan saya lagi setakat ini. Ilmu ini masih begitu cetek. Saya masih mahu menuntut dalam segala hal.
Saya cuba buat yang terbaik atas doa dan nasihat sesama kita. Bukan cinta jika kita tidak saling doa dan nasihat menasihati. Maka saya mahu cinta akan kamu semua.
Ini buat adinda saya yang tercinta Ummu Jannah supaya adik tahu nota cinta abang. Bukan tidak mahu buat cerita ringan-ringan, tetapi mahu menulis atas dasar cinta. Atas dasar cinta juga abang menulis nota ini khas buat cintaku Ummu Jannah dan semua pembaca sekalian amnya.

Nota cinta dalam cinta dan rindu kepada bunda Rusnah Abu Samah, ayahnda Haji Muhammad Zakaria, saudaraku terutama Ummu Jannah dan keluarga ummiku. Saya cinta kalian kerana Allah SWT selama-lamanya, Insya Allah.

Kaherah, Mesir.
12.28 am 12 December 2010

p/s: Saya mahu sangat online selalu.. Baca blog dan tengok perkembangan dunia.. Tapi sekarang perlu belajar jimat.. Belajar punya pasal.. huhu.. ^_^
Read full post »

Thursday, December 16, 2010

JAULAH DUMYAT

1 pandangan cinta

View Larger Map

Semakin lama saya berada di sini semakin banyak yang saya pelajari. Pelajar-pelajar lain sibuk dengan exam dan saya masih tidak pasti bila akan exam. Jadi bila saya berpeluang melakukan lawatan (jaulah) maka saya menfaatkan sepenuhnya. Seronok ^_^

Dumyat. Baru-baru ini saya bersama sahabat saya Amirul Fatin berpeluang mengikut salah seorang Badan Pengurus Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir (BP PMRAM), Ust Adlan dan orang kuat Selangor, Ust Farok jaulah ke negeri yang terkenal dengan kecantikan dan kedamaianya di Mesir iaitu Dumyat (baca English: Damietta).

Kami disambut meriah oleh orang-orang Malaysia dikalangan mahasiswa di sana. Kami dihidangkan makanan laut Melayu khusus ketam dan sotong Dumyat. Mereka yang menerima kami sebagai tetamu tidak ubah seperti 'perangai' orang tempatan Dumyat yang peramah, lembut dan mudah bergaul.

Kami berada di sana selama 3 hari 2 malam semperna meraikan sahabat dari Tanta yang akan pulang ke Malaysia iaitu Ust. Anwar.

Berikut sedikit cerita dan gambar yang saya sempat rakamkan. Semoga menfaat.

Gambar PERTAMA: Masjid pertama di Dumyat. Sejarah masjid ini tidak seberapa jelas namun inilah masjid yang pertama dibina di sini. Kata Ammu Driver (bukan nama sebenar. Gabungan daripada perkataan Ammu: Pakcik dan Driver: Pemandu) masjid ini jika mahu masuk akan dikenakan bayaran. Maka masa yang sesuai untuk masuh free ketika time solat. Kami solat zohor jama' 'asar di sini.

Seni bina yang unik kerana masjid ini tanpa khubah dan tempat khubah dibiarkan kosong (seperti dalam gambar).


Gambar KEDUA: Saya ketika berada di tangga untuk ke atas bumbung masjid. Pada pandagan saya tangga ini digunakan untuk melaungkan azan satu ketika dahulu.


Gambar KETIGA: Masjid Amr Bin Al Asr. Masjid ini diambil nama sempena nama sahabat Rasulullah SAW yang memulakan dakwah menyebar Islam di Mesir iaitu Amr bin Al Asr.
Masjid ini pernah bertukar ke gereja sebanyak 2 kali iaitu ketika tentera salib yang ingin menakluk Jarussalem (Palestin) melalui Dumyat yang merupakan pintu masuk untuk Mesir.
Dumyat merupakan sebuah negeri yang menjadi pintu kepada Sungai Nil yang merupakan nadi kepada Mesir selain Iskandariah (baca English: Alexenderia).
Maka kata-kata yang mashur untuk Dumyat adalah:
"Sesiapa yang menakluki Dumyat maka mereka sudah menakluki Mesir."


Gambar KEEMPAT dan KELIMA: Sekitar Masjid Amr bin Al Asr.



Gambar KEENAM dan KETUJUH: Dumyat juga merupakan salah satu mengeluar perabut yang terkenal (dan mungkin termurah) di Mesir. Hampir setiap ceruk kota Dumyat lama dipenuhi dengan kilang perabut. Kilang yang hanya memerlukan ruang yang kecil dan perabut yang cantik hasil keratif tangan orang tempatan. Tidak perlukan lori yang besar (gambar ke-7) untuk mengangkut, cukup dengan kereta kuda.



Gambar KELAPAN dan KESEMBILAN: Dumyat juga terkenal dengan pelabuhanya yang agak besar. Kami berpeluang untuk melawat tempat membuat kapal di sana.



Gambar KESEPULUH dan KESEBELAS: Jalan-jalan tepi pantai. Kebiasaanya kerang akan naik di tepi pantai untuk dikutip setiap kali musim sejuk namun mungkin rezki kami untuk kutip kerang dilain kali. Ini berbeza dengan Malaysia kerang yang ditangkapa didalam laut, disini kerang hidup dikutip di tepi pantai.
Ada seorang sahabat membuat teka-teki yang berbunyi; "Mengapa musim sejuk je kerang naik ke tepi pantai?"
Antara jawapan yang menarik perhatian saya ialah; "Kerang sejuk duduk dalam air musim sejuk, sebab itu dia berjemur tepi pantai". :))



Gambar KEDUA BELAS: Penghujing Sungai Nil dengan Laut Mediterranien. Permisahan diantara air masin dan air tawar.


Apa yang saya dapat daripada jaulah Dumyat?
1) Ukhwah diantara abang dan adik baru, diantara mahasiswa Kaherah, Tanta dan Dumyat.
2) Menenal sejarah Dumyat.
3) Melihat keindahan ciptaan Allah SWT.
4) Berinteraksi dengan orang tempatan.
dan banyak lagi yang saya dapat disini. Dan kos sepanjang jaulah (3 hari 2 malam termasuk penginapan, pengangkutan dan makan) hanya LE 120 (RM 64).

Maka saya ingin membakar semangat supaya sahabat-sahabat saya JOM BELAJAR LUAR NEGARA.

Tiada apa yang seronok melainkan mendapat keredhaan Allah SWT.

Wallahu 'alam
Cerita cinta dari saya,

Dumyat, Mesir
15 Desember 2010

Gambar tambahan, semoga menfaat:




Tanda pengakhiran Sungai Nil


Rumah api di pengakhiran Sungai Nil


Saya didalam kapal yang sudah diap sepenuhnya


Dumyat umpama Putrajaya bagi Mesir. Bersih dan nyaman berbanding Kaherah.


Kami ahli jaulah.


Read full post »

Tuesday, December 7, 2010

HIJRAH KEBANGKITAN PEMUDA

0 pandangan cinta

Baru-baru ini saya ada membaca berberapa artikel mengenai cerita yang diada-adakan mengenai hijrah Rasulullah صلى الله عليه وسلم dari Makkah ke Madinah. Dan perkara yang paling penting adalah Rasulullah صلى الله عليه وسلمberhijrah bukan pada waktu malam, tetapi pada waktu siang.

Pada pendapat saya, sebelum berlaku hijrah mungkin periwayatan hidup Rasulullah صلى الله عليه وسلم tidak begitu ditekankan sehingga timbul kisah yang diadakan ini. Berbanding selepas hijrah di mana ummat Islam ketika itu sudahpun berjumlah ribuan orang dan sudah tentu ada dikalangan mereka pemikir yang hebat. Namun, tetap juga timbul hadis palsu kononya daripada Rasulullah صلى الله عليه وسلم.

Bukan cerita tersebut tidak ada baiknya bagi kita umat baginda Rasulullah صلى الله عليه وسلم, namun ia seakan-akan membuat fitnah terhadap Rasulullah صلى الله عليه وسلم. Mengatakan bahawa Rasulullah صلى الله عليه وسلم pernah buat itu dan ini, namun pada dasarnya baginda Rasuluallah صلى الله عليه وسلم tidak langsung pernah berbuat begitu. Bukankah itu dinamakan fitnah? Maka celakalah kepada mereka yang membuat fitnah kepada Rasululah صلى الله عليه وسلم.

Saya berhajat ingin menceritakan mengenai hijrah Rasuluallah صلى الله عليه وسلم berdasarkan hadis sahih, namun saya tidak lagi terjumpa kisah tersebut dalam kitab hadis yang enam. Insya Allah jika saya terjumpa pada kemudian hari saya akan kongsikan bersama pembaca sekalian.


KEBANGKITAN PEMUDA

Perkara yang disahkan oleh para ulama' amnya adalah Rasuluallah صلى الله عليه وسلم telah berhijrah ke Yathrib (Madinah) bersama Abu Bakar as-Siddiq, seorang sahabat yang mashur menegenai keimananya dan sumbanganya kepada Islam.

Mereka berdua ketika itu adalah pemuda. Pemuda yang meluaskan risalah dakwah Islamiah yang masih utuh pemikiran dan perjuangan.

Hijrah mereka bukti pemuda mampu untuk mengubah dunia. Menyebarkan risalah sehingga kesannya Islam berjaya menakluk 2/3 dunia malah membawa kepada iman sehingga ke hari ini.

Inilah pemuda sebenar yang harus dicintohi oleh pemuda-pemuda Islam kini.

Dan juga ketika seorang anak Abu Bakar as Siddiq yang bernama Asma' binti Abu Bakar yang membekalkan makanan untuk mereka (Rasulullah SAW dan Abu Bakar) bersembunyi digua Tsur sebelum berhijrah juga membuktikan bahawa pemudi juga memainkan peranan besar dalam kebangkitan Islam.

Peranan pemuda dan pemudi amat penting namun ciri bagaimankah untuk melahirkan seorang pemuda/di harapan Islam?


PENGHIJRAHAN 4 PERKARA BAGI PEMUDA

Al Imam Hassan Al Banna pernah menyebut bahawa 4 ciri ini harus ada pada seorang pemuda:

PERTAMA: TAKWA
Sifat takut kepada Allah سبهانه وتعلى dengan melaksanakan segala suruhan dan meningglakan segala amalan yang dilarang oleh-Nya berlandaskan al Quran dan as Sunnah.
Ulama memberikan pelbagai makna taqwa dalam kitab mereka namun makna mereka hampir sama iaitu menjurus ketaatan kepada Allah سبهانه وتعلى.
Takwa penting bagi seorang pemuda untuk mencapai kebangkitan dalam segala hal. Pemuda memiliki semangat yang 'luar biasa'. Semangat inilah perlu dipandu oleh sifat takwa kepada Allah سبهانه وتعلى.

Pemuda berani. Jika di Malaysia mereka berani melakukan aksi 'stunt' dalam pesta mat dan minah rempit. Mereka berani menyahut cabaran berdemonstrasi. Mereka berani menegakkan yang hak. Pemuda bisa melakukan segalanya. Takwalah yang akan menjadi pedinding kepada pemuda supaya keberanian mereka tidak disalurkan kearah yang diluar syariat.

KEDUA: IKHLAS
Melakukan segala amalan hanya kerana Allah سبهانه وتعلى [Hadis no. 1 40 Hadis Imam Nawawi]. Nilai ikhlas amal seseorang tidak boleh dinilai oleh sesiapa melainkan Allah سبهانه وتعلى.
Berdasarkan hadis no. 1 40 Hadis Imam Nawani yang menceritakan seorang lelaki yang berhijrah ke Madinah kerana seorang wanita yang bernama Ummu Qaish. Sahabat tersebut sudah memiliki SEMANGAT (untuk berhijrah) dan TAKWA (bernikah) ketika melakukan hijrah. Namun kerana niat beliau untuk bernikah, maka beliau mendapat apa yang ditijunya. Semuanya ikhlas dan ikhlas bergantung sejauh mana niat kita.

KETIGA: SEMANGAT
Seperti yang saya katakan sebelum ini, semangat antara elimen penting dalam diri seorang pemuda.
Saya akui, bukan semua orang memiliki sifat yang sama atau bahasa mudah bukan semua memiliki semangat yang sama. Namun perkara ini perlu dipupuk dalam diri seorang pemuda. Melakukan sesuatu pekerjaan sehabis baik.
Dalam skop kelas di sekolah contohnya. Bukan semua ada bakat menjadi Kutua Kelas, Bendahari atau lain-lain jawatan. Jika semua menjadi Ketua Kelas, siapa mahu melaksanakan tugas yang diarahkan?
Atas sebab itu bukan semua pelajar berbakat menjadi Ketua Kelas. Namun, Ketua Kelas harus memimpin sehabis baik dan pelajar-pelajar yang lain harus taat sehabis baik. Ketua Kelas semangat dengan kempimpinanya dan pelajar-pelajar harus semangat untuk melaksanakan arahan yang diberi.
Juga dalam skop pemerintahan negara. Bukan semua layak untuk menjadi Perdana Menteri (PM). Ramai diantara rakyat yang mengecam tindakan PM apabila beliau mengutarakan cadangan dan tidak kurang juga yang bersetuju kerana fahaman politik ataupun ilmu masing-masing. Namun, adakah antara mereka yang mengkritik itu layak untuk menjadi PM? Apa yang akan terjadi jika semua mahu menjadi PM?
Maka perlunya seorang PM yang bersemangat melaksanakan tugas dengan sehabis baik dan rakyat juga perlu patuh sehabis baik selagi Perdana Menteri itu TIDAK MELANGGAR AL QURAN DAN AS SUNNAH.

Yang penting semangat!

KEEMPAT: AMAL
Ada satu perpatah arab yang mengatakan; "Ilmu tanpa amal ibarat pokok yang tidak berbuah".
Seorang pemuda sudah TAKWA, IKHLAS dan SEMANGAT namun masih tidak melakukan amalan dalam kehidupan tidak lengkap sepenuhnya. Semangat melakukan tangungjawab namun tidak membaca al Quran walaupun satu muka surat paling kurang tiap-tiap hari. Ikhlas dalam memimpin namun melecehkan suruhan Allah سبهانه وتعلى. Dimanakah nilai mereka seorang pemuda? Semoga kita bersama-sama berubah, Insya Allah


REALITI PEMUDA ACUAN PEMIMPIN BUTA ISLAM

Realiti pemuda acuan pemimpin Malaysia kini.

Dan Lut ketika dia bertanya kepada kaumnya; "Patutkah kamu melakukan perbuatan keji (homoseksual) yang tidak pernah dilakukan oleh seorangpun dari penduduk alam ini sebelum kamu?" Sesungguhnya kamu mendatangi lelaki untuk memuaskan nafsu syahwat kamu dengan meninggalkan perempuan, bahkan kamu ini adalah golongan yang melampaui batas.
[QS Al A'raf 7 : 30 - 31]

"Apabila telah mendatangi seorang lelaki meliwat seorang lelaki yang lain dalam kaadaan kedua-duanya merelakan, maka kedua-dua lelaki itu berzina"
[Syarah al Muhazzab : 18 / 263]

Ibn Abbas berkata bahawa Rasulullah صلى الله عليه وسلم pernah bersabda (yang bermaksud) : "Sesiapa yang mendapatinya melakukan perbuatan kaum nabi Lut (homoseksual), maka rejamlah yang diatas dan dibawah (kedua-duanya)".
[HR Daud, Tarmidzi dan Ibn Majjah]

Adam Lambert. Beliau terkenal dengan seorang artis homoseksual antarabangsa.
Umum mengetahui artis adalah idola bagi masyarakat. Terutama ketika minda para pemuda kini yang menjadikan artis mereka sebagai idola. Mengapa ketika minda pemuda ini dikotori kerajaan boleh lagi membenarkan artis ini melakukan persembahan di Malaysia. Adakah mahu pemuda Malaysia yang sekian teruknya kini mengikut rentak Adam Lambert (homoseksual)?

Saya suka ketika Maher Zain datang ke Malaysia. Ketika itu kaki club malam pun sudah tahu memasang lagu Maher Zain sebagai ringtone. Ini satu perubahan yang baik walaupun mereka bukanlah ingin mengikut pesanan Maher Zain dalam lagunya tetapi paling kurang alunan nasihat itu didengari saban waktu.
Ini membuktikan artis yang membuat persembahan di Malaysia amat memberi kesan mendalam terhadap pemuda khusunya.

Adakah pemimpin Malaysia tidak mampu menyekat kemasukan Adam Lambert? Malah mahu melonggarkan lagi syarat kemasukan artis antarabangsa.

Jika ya! maka mereka memang pemimpin yang tidak sayangkan pemuda.

Lagi,


dan lagi,


Gambar ke-3 pula menunjukkan bahawa kanak-kanak kini juga telah dikotori minda mereka dengan semangat yang melampaui batas untuk menjadi artis. Kanak-kanak Melayu Islam telah sejak dari kecil belajar begaul bebas. Dari kecil sudah diajar untuk membuka aurat. Apa yang akan terjadi ketika mereka besar? Anak-anak itu lahir dalam kaadaan fitrah maka ibu bapalah yang membentuk mereka sama ada menjadi PENZINA, PEMINUM ARAK ataupun menjadi seorang pemuda/di harapan ummah.

Dimanakah letaknya Islam yang meniggikan taraf peradaban. Islam yang meninggikan taraf wanita dengan adanya aurat, meniggikan taraf akal dengan pengharaman arak, merendahkan taraf kezaliman tengan pengharaman judi dan seumpamanya?

Adakah satu-satu kaum itu dikira tinggi peradabanya jika penuh dengan zina, anak lahir luar nikah, mabuk sana sini, hiburan merata-rata dan seumpamanya?

Apa tanggungjawab kita sebagai pemuda dan? Juga tanggungjawab ibu bapa sebagai pebentuk pemuda zaman kini?


HIJRAH KEBANGKITAN PEMUDA

Wahai pemuda/di yang saya cintai sekalian. Masa lalu biar disesali dengan istighfar dan taubat. Cuba kita usaha untuk masa akan datang dengan menjadi yang lebih baik. Hijrah seorang pemuda.

Jika anda seorang pemuda yang teruk yang boleh berubah apatah lagi tidak teruk, mengapa anda tidak anda berubah? Terlalu susahkah untuk berubah? Pastikah anda sempat bertaubat sebelum tiba ajal yang tidak mustahil tiba selepas anda membaca artikel saya?

Mereka yang 'redha' dengan segala tindakan rosak yang dilakukan seperti contoh yang saya berikan di atas, mengapa tidak anda tidak berusaha untuk menasihati mereka? Paling kurang sebarkan risalah dakwah walaupun melalui Facebook.

Mereka yang terdiri daripada seorang daie, berusahalah meningkatkan dakwah kita dalam segala aspek. Jadilah mereka yang menyahut suruhan 'ta'muruna bil ma'ruf wa tanhau na 'anil mungkar' denagn lebih bersemangat.

Sungguh di dunia mempunya pelbagai jenis golongan. Pemuda adalah golongan utama. Mari kita bangkit menjadi pemuda yang mencontohi sebaik-baik pemuda iaitu Rasulullah صلى الله عليه وسلم. Nasihat menasihatilah sesama kita semoga kita lebih baik pada masa akan datang, Insya Allah.

Salam perubahan daripada saya

Kaherah, Mesir
1.32 pm 09 Desember 2010

p/s: Baru-baru ini saya ada memasuki kelas Bahasa Arab Fushah secara intensif di sini. Dalam kelas saya langsung tiada seorang orang Melayu. Alhamdulillah dengan itu saya lebih mudah mendalami Bahasa Arab. Dan saya telah berukhwah dengan pelajar dari seluruh pelusuk dunia. Terutama dari rangkaian negara Rusia dan Amarika Selatan.
Kebanyakan mereka yang dari Amarika Selatan kelihatan seperti kaum India di Malaysia. Dari segi pakaian, percakapan dan mimik muka. Apa bila disiasat, datuk moyang mereka berasal dari India yang telah dibawa oleh penjajah.
Mungkin mereka juga adalah saudara kepada kaun India di Malaysia. Begitu indah ukhwah rupanya.

Edit: 1. Bulan Muharram adalah bulan pertama yang dipilih oleh Saidina ‘Umar bin al-Khattab untuk kiraan bulan bagi tahun hijrah. Maksudnya, dua belas bulan dalam satu tahun, Saidina ‘Umar al-Khattab r.a. membuat keputusan untuk memilih Muharram sebagai bulan pertama bagi tahun Hijrah. Ini seperti bulan Januari bagi tahun masihi. Maka, telah berlaku salahfaham sesetengah pihak lalu menganggap Nabi s.a.w berhijrah dalam bulan Muharram. Itu andaian yang tidak tepat.

2. Dahulunya, orang Arab tidak mempunyai kiraan tahun. Mereka hanya mempunyai kiraan bulan dengan nama bulan seperti yang digunakan oleh umat Islam. Nama bulan-bulan hijrah kita hari ini diambil dari nama bulan-bulan ‘Arab. Cumanya, Arab tidak mempunyai kiraan tahun seperti mana bangsa Rumawi yang mempunyai kiraan tahun masihi mereka.

Di zaman Saidina Umar, umat Islam mencadangkan agar diwujudkan kiraan tahun bagi kalender umat Islam. Pelbagai cadangan diberikan termasuk dicadangkan tahun kelahiran Nabi s.a.w. untuk dijadikan tahun pertama kiraan kalendar umat Islam Namun ditolak oleh Amirul al-Mukminin Umar bin al-Khattab r.a. Beliau kemudiannya bersetuju tahun Nabi s.a.w berhijrah dijadikan tahun pertama kiraan tahun dalam kalendar umat Islam.

Kemudian timbul pula persoalan bulan manakah patut dijadikan bulan pertama. Pelbagai cadangan diberikan, termasuk bulan Ramadan. Namun, Amirul Mukminin ‘Umar bin al-Khattab r.a menolaknya kemudian memilih bulan Muharram. Ini disebabkan bulan tersebut umat Islam baru sahaja menyelesaikan ibadah haji. Bukan kerana bulan tersebut Nabi s.a.w berhijrah.

3. Sejarahwan besar al-Hafizd al-Imam Ibn Kathir (w. 774H) menyebut dalam karya sejarahnya al-Bidayah wa al-Nihayah:

Kata Muhammad bin Sirin: Seorang lelaki datang kepada Umar dan berkata: “Tetapkan tarikh seperti mana orang bukan arab lakukan dengan menulis pada bulan tertentu dan tahun tertentu”. Jawab Umar: “Cadangan yang baik”. Mereka berkata: “Tahun bila kita hendak mulakan?”. Ada yang mencadangkan tahun kebangkitan Nabi s.a.w, ada pula cadangan tahun kewafatan dan lain-lain. Lalu mereka bersetuju tahun baginda berhijrah. Lalu mereka bertanya lagi: “Bulan manakah hendak kita mulakan?”. Ada yang mencadangkan Ramadan. Ada yang mencadangkan “Muharram kerana ia bulan yang orangramai baru sahaja selesai menunaikan haji dan ia juga termasuk dalam bulan-bulan haram”. Lalu mereka pun bersetuju menjadikan bulan Muharram bulan yang pertama. (al-Bidayah wa al-Nihayah, 3/252, Beirut: Dar al-Fikr).

Riwayat ini jelas menunjukkan pemilihan Muharram sebagai bulan pertama dalam kalender Hijrah bukanlah kerana ia bulan yang Nabi s.a.w berhijrah padanya. Ia hanya bulan pilihan yang dijadikan bulan pertama bagi kalendar hijrah.

4. Menurut para pengkaji Sirah Nabi s.a.w, hijrah berlaku dalam Bulan Rabi’ul Awwal, bukan Bulan Muharram. Ini disebut dalam pelbagai riwayat. Sebuah karya kajian sirah Nabi s.a.w yang mendapat anugerah dan pengiktirafan besar dalam dunia Islam iaitu al-Rahiq al-Makhtum karangan al-Syeikh al-Mubarakfuri telah menyimpulkan bahawa Nabi s.a.w keluar dari rumah baginda ke rumah Abu Bakar al-Siddiq pada malam 28 haribulan Safar, tahun ke empat belas selepas menjadi rasul. Dari situ, baginda bersama Abu Bakar ke Gua Thur. Mereka berdua berada dalam gua tersebut selama tiga malam. Pada hari pertama bulan Rabiul Awwal baginda dan Abu Bakar keluar dari Gua Thur lalu memulakan hijrah ke Yathrib (Madinah). Mereka dipandu oleh Abdullah bin ‘Uraiqit. Pada hari Isnin, 8 Rabiul Awwal, Nabi s.a.w sampai ke Quba. Baginda berada di Quba selama empat hari dan mengasaskan Masjid Quba. Pada 12 Rabiul Awwal, selepas solat Jumaat, barulah baginda memasuki Yathrib yang kemudian dinamakan Madinah. Inilah kesimpulan yang diambil dari pelbagai riwayat serta catatan ahli sejarah dan hadis. (lihat perincian: al-Mubarakfuri, al-Rahiq al-Makhtum, 163-172. Beirut: Muassasah Fuad).

gua_thur.jpg

Gambar Hiasan - Gua Thur

5. Dengan ini, berdasarkan maklumat yang dinyatakan tadi, jelas bulan muharram bukanlah bulan baginda Nabi s.a.w berhijrah, ataupun memulakan hijrah. Kesimpulannya; baginda keluar dari rumah pada akhir bulan Safar. Memulakan hijrah pada hari pertama Rabiul Awwal dan sampai ke Madinah pada 12 Rabiul Awwal. Jika ada perbezaan pendapat dalam kalangan sejarahwan, ia berkisar pada hari-hari yang disebutkan itu sahaja. Adapun bulan, mereka bersetuju hijrah Nabi s.a.w pada Rabiul Awwal. Dengan itu, kita sepatutnya tahu bahawa bulan Muharram adalah bulan pertama dalam kiraan kalendar hijrah, bukan bulan hijrah Nabi s.a.w.

6. Penetapan kalendar hijrah yang dibuat oleh Amirul Mukminin Umar bin al-Khattab r.a adalah langkah yang tepat bagi memenuhi keperluan urusan pentadbiran dan kehidupan umat Islam. Walaupun idea itu bermula dari cadangan meniru cara pengurusan bukan muslim, tetapi meniru bukan muslim dalam perkara yang bukan ibadah dan pula dapat memberikan faedah kepada umat Islam adalah sesuatu yang diizinkan, bahkan disuruh oleh Islam. Langkah Saidina Umar r.a. itu telah membantu pengurusan dan pentadbiran umat Islam sepanjang zaman. Maka, penetapan tarikh bagi tahun hijrah bukanlah bagi mengujudkan satu upacara agama, tetapi untuk urus tadbir umat.

7. Setelah kita jelas tentang latar penetapan tahun hijrah, iaitu ia berlaku pada zaman Saidina Umar bin al-Khattab r.a bukan pada zaman Rasulullah s.a.w, maka sudah pastilah tiada apa-apa upacara ibadah khusus –sama ada solat khusus, atau puasa khusus atau bacaan khusus- yang Nabi s.a.w lakukan sempena tahun baru hijrah kerana kiraan tahun baru hijrah belum bermula pada zaman baginda. Pada zaman Umar dan khalifah-khalifah selepas Umar juga tiada sebarang upacara ibadah khusus sempena kedatangan tahun baru hijrah. Sebaik-baik petunjuk dalam ibadah ialah petunjuk Nabi s.a.w dan al-Khalafa al-Rasyidin.

8. Setiap hari, setiap waktu umur kita bertambah atau meningkat. Sama ada memasuki tahun baru atau tidak, hayat kita tetap bertambah singkat dan ajal semakin dekat. Setiap kita disuruh untuk berazam ke arah yang lebih baik, samada menjelang atau belum tahun yang baru. Itulah kehidupan dan jiwa seorang muslim. Masa tidak selalu menunggu kita. Kabaikan jangan ditangguh, keburukan jangan ditanggung. Jangan menunggu tahun baru untuk berubah kepada yang lebih baik. Jangan menunggu tahun baru untuk meninggalkan keburukan. Itulah jalan hidup yang patut kita fahami dan hayati. Itu sikap golongan soleh sepanjang zaman. Mereka sentiasa memohon kebaikan dan sentiasa beristighfar kepada Allah.

9. Jika tahun baru hendak diingati atau dihayati, mungkin di sudut kedatangan tahun baru boleh menjadi pemangkin semangat dan azam. Membantu penilaian dan perancangan. Maka, ia akan menggalakkan kita memuhasabah diri; apakah kejayaan amalan baik atau dosa yang telah kita lalui tahun lalu? Juga, yang penting apakah perancangan dan azam kebaikan bagi kalendar yang akan datang. Maka kita pun berazam ke arah prestasi yang lebih baik.


Sumber: http://drmaza.com/home/?p=1297#more-1297

Read full post »

Saturday, December 4, 2010

KES AIR & HARGA BARANG! BUKA MINDA, BUKA HATI

0 pandangan cinta

Pernah terjadi suatu ketika Daulah Islamiah Madinah Munawarah pimpinan Khalifah Abu Bakar as Siddiq mengalami kemarau yang panjang. Hujan sudah lama tidak tutun, pokok layu, berlaku kekurangan makanan sehinggakan pasar kelihatan sepi dan rakyat kelaparan.

Lalu seorang rakyat baginda pergi menemui Khalifah ingin bertanya mengenai apa yang selama ini Khalifah lakukan. Beliau bertanya; "Wahai Khalifah penerus pemerintahan Rasulullah SAW. Sudah lama negeri ini tidak hujan, bumi tak mengeluarkan makanan dan manusia sekarang kelaparan. Jalan keluar apakah yang engkau berikan?".

Lalu Saidina Abu Bakar menjawab; "Bersabarlah dan kembalilah kalian semua ke rumah masing-masing. Uthman bin Affan bersama kafilahnya akan datang dari Syam dan Insya Allah esok akan ada makanan".


KENAIKAN HARGA MINYAK, DIESEL, GAS DAN GULA.

Baru-baru ini saya mendengar pelbagai rintihan dari pelbagai lapisan masyarakat mengenai kenaikan 4 keperluan asasi sekaligus. Seperti biasa medan suara yang paling mudah bagi mereka untuk menyuarakan pendapat adalah Facebook. Kadang-kadang penuh caci maki dan kadang-kadang kenyataan yang penuh berkhimah. Dan saya yakin, golongan 'pro-kerajaan yang menaikan harga barang' tidak tahan mata untuk membuka Facebook dalam jangka masa yang lama. Mana tidaknya, hampir kesemua meletakkan protes atas kenaikan tersebut.

Bagi mereka yang berada dalam kerusi pemerintahan, mungkin memikirkan pelbagai jalan keluar bagi masalah tersebut jika mereka pemimpin yang memikirkan rakyat. Namun, bagi pemimpin yang hanya mahu mengayakan kroni dengan projek mega menara 100 tingkat dan pelbagai lagi projek termasuk projek maksiat tidak mampu bagi saya fikir apa yang akan mereka fikirkan.

Namun, sebagai pemimpin yang akan dipersoalkan apa yang mereka pimpin sepatutnya mereka berasa bertangung jawab dan mencari penyelesaian bagi tiap-tiap masalh yang berlaku. Terangkan kepada rakyat perkara yang sebenarnya. Jangan menyekat kebebasan media untuk menyiarkan apa-apa juga kepincangan yang berlaku dalam pentadbiran. Bertindaklah mengikut al-Quran dan as-Sunnah dan contohilah Rasulullah SAW dan Khalifah al Rosyidin terhadap segala aspek terutama kepimpinan.


RAKYAT CEMERLANG, PEMIMPIN GEMILANG, DAULAH TERBILANG.

Seperti yang diperkatakan oleh Khalifah Abu Bakar, keesokan harinya kafilah Uthman bin Affan dari Syam tiba yang terdiri dari 1000 ekor unta yang membawa makanan dan hasil dagangan yang melimpah ruah. Semua barang dagangan tersebut terus disimpan ke dalam gudang milik Uthman bin Affan RA.

Para pedagang (pemborong dalam istilah kini) terus menyerebu ke gudang Uthman dengan mengharapkan sesuatu.

"Apa yang kalian mahukan?", tanya Uthman.

"Kamu pasti tahu apa yang kami mahukan. Juallah barang daganganmu dari Syam kepada kami. Kamu tentu tahu semua orang memerlukanya".

"Dengan senang hati", jawab Uthman lalu bertanya; "Berapa banyak keuntungan yang akan kau berikan padaku?".

"Ya! Dua atau tiga dirham", jawab salah seorang pedagang tersebut.

Tanya Uthman lagi; "Bisakah kalian menambah lagi?".

"Baik! Bagaimana dengan empat dirham", jawab lagi seorang.

"Bisakah ditambah lagi?", tanya Uthman lagi.

"Lima dirham", jawab yang lain.

"Ah! Masih sedikit. Adakah diantara kalian yang ingin menambah lagi?" desak Uthman dengan bersungguh-sungguh.

"Di Madinah tidak ada pedagang lain selain kami. Dan kamilah yang pertama datang kepadamu. Siapakah yang akan memberikan keuntungan yang lebih besar daripada kami?" kata seorang daripada mereka.

Jawab Uthman; "Allah SWT memberikan keuntungan kepadaku sebanyak sepuluh dirham untuk setiap satu dirham. Apakah kalian berani lebih dari sepuluh dirham?"

Lalu mereka menjawab; "Tidak!"

"Kalau begitu, saksikanlah dengan lafaz la ilaha illa Allah, aku menyedekahkan semua barang dagangan dan makanan yang aku bawa dari Syam kepada seluruh fakir miskin dan penduduk Madinah yang memerlukan. Ini semua aku sedekahkan kerana Allah SWT semata-mata", ucap Uthman dengan nada yang pasti.

Semua yang ada disitu begitu terharu. Masing-masing menundukkan muka dan mata mereka hampir mengangis kerana kedermawan Uthman bin Affan RA.

Semua penduduk Madinah pada waktu itu mendapat makanan yang mencukupi. Mereka kembali ke masjid dan melakukan ibadah dengan penuh khusyuk dan syukur.


PEMIMPIN CERMIN KEPADA RAKYAT

Jumaat lepas (3 Desember 2010) saya telah mengikuti Islamic Circle (usrah) terakhir sebelum IC kami dirombak kerana berlaku berberapa masalah.

Fasilitator (naqib) kami telah membuka minda ahli usrah dengan mengajak kami semua berfikir mengenai isu yang terbaru terjadi di negeri Selangor. Iaitu isu Syarikat Bekalan Air Selangor (SYABAS) ingin menaikkan ta'arif air sebanyak 37%. Antara isu yang diutarakan ialah:

1) Kenaikan 37% tarif air akan menyebabkan harga air begitu mahal sedangkan air adalah salah satu keperluan asasi manusia.
Pentingnya air saya umpamakan seperti udara. Setiap daripada manusia memerlukan air sepertimana manusia memerlukan udara. Bagaimana jika satu hari nanti udara yang anda gunakan akan dikenakan bayaran?
Namun, udara yang dihidu tidak perlu diproses sebelum kita menggunakannya. Sedangkan air perlu diproses sebelum menggunakanya. Maka kos pemprosesan air harus dibayar oleh pengguna tersebut.
Adakah rakyat Selangor perlu membayar harga pemprosesan air dengan lebih mahal sedangkan peningkatan kualiti tidak dilakukan?
Peningkatan harga air bukan sahaja menyebabkan rakyat Selangor menderita, malah ia juga akan membebankan seluruh rakyat Malaysia. Ini disebabkan kerana pusat industri dan pentadbiran Malaysia terletak di Selangor. Dengan naiknya harga air, maka akan naiknya segala kos industri dan pentadbiran yang akhirnya membebankan seluruh rakyat Malaysia.


3) Bebanan yang akan ditangung. Bukan sahaja harga air, malah petrol, diesel, gas dan gula.

4) Demontrasi aman yang akan diadakan esok (5 Desember 2010) yang diketuai oleh Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim untuk menghantar memorandem kepada Yang DiPertuan Agong untuk bersama-sama membantu menangani isu air di Selangor.

Dan pelbagai lagi isu yang diutarakan oleh kami ahli IC. Saya merasakan tidak perlu saya menyertakan link untuk pembaca mendapatkan sumber yang sahih disebabkan saya rasa anda semua mungkin sudah tahu akan perkara ini. Melainkan anda hanya membaca akhbar kongkongan kerajaan yang menutup minda rakyatnya seperti Utusan Malaysia.

Maka kami telah membuat satu resolusi untuk mencadangkan kepada YDP Badan Kebajikan Anak Selangor Mesir (BKASM), Ustaz Yazid Ahmad membuat memorandum yang ditanda tangani oleh anak Selangor di Mesir bersama-sama Menteri Besar Selangor untuk dihantar ke Yang DiPertuan Agong Malaysia.

Saya yakin minda kami ahli IC lebih terbuka selepas usrah tersebut.



BUKA MINDA, BUKA HATI

Selepas saya pulang ke sesuatu tempat dimana pelajar Selangor ditempatkan buat sementara waktu, saya agak terkilan apabila masih ramai diantara mahasiswa Selangor khusunya dan Malaysia amnya masih tertutup minda mereka terhadap isu ini.

Mahsiswa adalah golongan intelektual yang akan membentuk sesebuah negara pada masa akan datang. Yang akan menjadi faktor ekonomi, pembangunan, kesihatan, perundangan dan pelbagai lagi faktor peningkatan sesebuah tamadun. Mengapa perlunya menghabiskan masa bermain mainan komputer dan menonton movie yang tiada faedah. Masih tidak cukupkah hiburan yang digariskan oleh Islam buat anda sehingga anda perlu mengikut hiburan yang direka untuk merosakkan Islam?

Buka minda, buka hati.

Tolong peka terhadap isu semasa dan kurangkan membuat perkara yang tidak manfaat.


PEMILIHAN PEMIMPIN DITANGAN ANDA

Wahai pembaca yang dicintai sekalian, sesungguhnya pemilihan pemimpin ditangan anda. Adakah anda masih lagi ingin memilih pemimpin yang akan menghabiskan wang rakyat membina menara 100 tingkat, menjadikan Malaysia hab hiburan malam yang ternyata maksiatnya, menaikkan harga keperluan asasi dan pelbagai lagi kepincangan dengan pemimpin yang akan bersama-sama rakyat menyerahkan memorandum untuk menyelesaikan isu air, memberi subsidi air, pemimpin dikalangan ulama' dan pelbagai lagi isu yang ditutup oleh media kerajaan?

Anda semua adalah penentu untuk Malaysia.

Wallahu 'alam.
Read full post »
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © NOTA CINTA Design by Muhammad Salman al Farisi | Blogger Theme by Al Irani Muhammad | Powered by Blogger