Followers

Monday, May 14, 2012

MAAHAD BUUTH ISLAMI AL AZHAR, KAHERAH

Maahad Buuth Islami pada Bird's Eye View.

"Salah satu sebab, pengunjung datang ke laman blog saya adalah kerana mereka mencari di laman Google terhadap Maahad Buuth Islami al Azhar, Kaherah, tempat di mana saya sedang menuntut sekarang. Jadi, sedikit sebanyak saya ingin menceritakan mengenai tempat yang saya sedang belajar sekarang. Semoga menfaat."

Maahad Buuth Islami al Azhar (معاهد البعوث الإسلامية الأزهر @ المعاهد الأزهرية *klik untuk ke laman Facebook Maahad) adalah sebuah istitusi pendidikan di bawah Universiti Al Azhar, Mesir. Kedudukanya hanya mengambil masa selama 5 minit dari kampus utama al Azhar dan 3 minit dari Asrama Rumah Melayu Abasiah, Kaherah, asrama utama pelajar dan kedutaan kecil Malaysia di Mesir.

Bagi pelajar Malaysia, kelayakan untuk masuk ke Universiti al Azhar adalah melalui Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM). Namun, bagi negara yang tidak mempunyai sijil khusus untuk kemasukan ke al Azhar (seperti kebanyakan negara bukan Islam), rakyat mereka harus menuntut dahulu di Maahad Buuth sebelum layak untuk menuntut di Universiti al Azhar. Jadi, kebanyakan penuntut di Maahad Buuth adalah dari negara selain negara Arab, seperti dari benua Eropah, Afrika, Amarika dan berberapa negara Asia.

Saya menyamakan Maahad Buuth dengan sekolah menengah antarabangsa dibawah kelolaan Universiti al Azhar atau program Diploma di Malaysia.

Kaadaan di dalam kelas kami.


PENDAFTARAN MAAHAD BUUTH

Pendaftaran bagi kemasukan Maahad Buuth selalu bertukar mengikut tahun dan kehendak pengurus kemasukan maahad. Kerana menjadi adab sebahagian Arab Mesir, mereka mempunyai sistem birokrasi yang tinggi.

Kebanyakan pelajar dari Malaysia, mereka akan masuk ke Maahad Buuth melalui berberapa agen yang menguruskan kemasukan ke maahad diantaranya Darul Rahim (https://www.facebook.com/people/Markaz-Tahfiz-Darul-Rahim/100003251985586). Namun, saya mendaftar masuk ke maahad secara sendiri dengan dibantu oleh seorang rakan.

Secara tiorinya, mendaftar sendiri adalah berisiko tinggi, namun kosnya rendah. Tetapi melalui agen, pendaftaran akan menjadi lebih mudah walaupun dengan kadar bayaran yang agak mahal.  Mereka yang datang melalui agen, akan tinggal bersama agen di asrama khusus mereka. Kelas tambahan tahfiz dan subjek yang di ajar di maahad akan turut di sediakan di asrama tersebut dengan kadar bayaran bulanan yang tertentu.

Namun, tiada yuran bulanan mahupun tahunan yang harus dibayar kepada maahad melainkan bayaran kitab.

Selepas mendaftar, pelajar akan menduduki perperiksaan penentu tahap sebelum memasuki kuliah. Pengalaman saya sendiri yang mendaftar secara sendiri, tempoh mendaftar mengambil masa sehingga 4 bulan sebelum betul-betul masuk ke kelas.

Sekolah kami dari hadapan

KULIAH DI MAAHAD BUUTH

Maahad Buuth terdapat 6 tahap kuliah. 3 tahun masing-masing kelas I'dadi (rendah / darjah) dan Thanawi (menengah / tingkatan). Satu kelas secara puratanya menempatkan seramai 20 hingga 30 orang.

Untuk saya, yang kini menuntut di Thani I'dadi (darjah 2) saya akan menghadapi perperiksaan sebanyak 18 subjek. Dan semuanya berbahasa Arab, kecuali subjek bahasa asing (Bahasa Inggeris dan Bahasa Perancis).

Berikut adalah senarai subjek yang saya ambil;
  1. Fiqh
  2. Tauhid
  3. Hadis
  4. Khat
  5. Nahu
  6. Sorof
  7. Insya'
  8. Tauhid
  9. Sirah
  10. Imla'
  11. Tajwid
  12. al Quran
  13. Sains
  14. Komputer
  15. Matematik
  16. Geografi
  17. Sejarah
  18. Bahasa Inggeris / Bahasa Perancis
Kelas adalah dari jam 8 pagi sehingga jam 12 tengah hari. Dan sebanyak 5 kelas bagi setiap hari. Setiap tahap kelas, mempunyai subjek yang berbeza.\

Diantara kitab yang kami gunakan/

SUASANA DAN KELEBIHAN

Pada pandangan saya, masuk ke Maahad Buuth ini banyak kelebihan, terutama dari persediaan sebelum menuntut di Universiti al Azhar, bahasa dan umur. Pelajar di maahad terlebih dahulu di dedahkan dengan suasana pembelajaran di al Azhar sebelum menjejakkan kaki menuntut di Universiti al Azhar, berbanding mereka yang mengambil STAM sebelum masuk ke Universiti al Azhar.

Kami ketika kuliah, ibarat pelajar sekolah. Diantara pertukaran satu-satu kelas, kami akan berbual dan bergurau dalam bahasa arab. Sehingga ada yang menjadi teman rapat kami dari pelbagai negara.

Berbeza dengan kebanyakan pelajar Malaysia kuliah du Universiti al Azhar, mereka kurang dalam pertuturan Bahasa Arab.

Ada dianatara penuntut maahad terdiri dari mereka lingkungan umur lepasan UPSR dan PMR. sehingga yang sudah berumah tangga.

Terdapat berberapa pelajar yang dari kecil masuk ke maahad, akan masuk ke kuliah dalam lingkungan umur 16 tahun.

Bukan semudah yang didengar; Soalan perperiksaan subjek Komputer dalam Bahasa Arab.

MAAHAD BUUTH DARI KACA MATA SAYA

Saya amat bersyukur kerana diberi peluang menuntut di Maahad Buuth Islami al Azhar. Kerana saya telah banyak mengaplikasi penggunaan Bahasa Arab di sini. Di samping itu, pembelajaran di sini adalah perkara yang asas yang saya belajar di Malaysia, namun dalam Bahasa Arab. Ia memudahkan saya untuk memahami kitab yang lebih tinggi pada masa yang akan datang.

Saya juga bisa belajar subjek akademik, tetapi dalam Bahasa Arab, seperti Geografi, Sejarah, Matematik, Sains dan Komputer. Satu perkara yang hampir mustahil dapat di Malaysia, walaupun perperiksaannya sukar kerana terpaksa menghadapi 18 subjek dalam satu-satu masa perperiksaan semuanya dalam Bahasa Arab.

Banyak lagi kelebihan yang saya dapat rasakan ketika menuntut di sini, walaupun sebenarnya umur saya dalam kategori 'tua' bagi penuntut maahad yang datang dari Malaysia.

Saya memberi peluang terbuka untuk pembaca memberi pertanyaan kepada saya mengenai Maahad Buuth. Pembaca boleh menghubungi saya melalui facebook dan twitter (link seperti tertera di 'About Me') ataupun melalui emel; alirani.muhammad@gmail.com, YahooMassenger!; al_irani@ymail.com atau panggilan antarabangsa +20114-3398011. (Mesir)

Semoga menfaat.

* Sebahagian gambar saya ambil dari http://azamhusni.blogspot.com/ dan anda juga boleh memberi pertanyaan kepada penulis blog tersebut.

12 pandangan cinta:

yopkir said...

Bang , nakl tanye siket, biasenye kalu 3 ikdadi, imtihan dalam bulan berape errrkkk

Anonymous said...

Assalamu'alaikum. Bagaimana mendaftar secara sendiri? Tanpa melalui agen, lbh mrh.. Brp RM sebulan yg dipetluka;?

Hjh Norijah Hj Dummon said...

Ank sya brumur 18th. trlalu ingin sambung maahad d mesir utk darjah rendah. skrg dia maahad tahfiz di melaka. Boleh tak ank bgi sya panduan utk siapa hrus sya hubungi utk kemasukkan d tpt ank........mgikut dia ingin k sne pd sept ni dgn sendirian. Tpi sya amat khuatir krn d negeri org. Klau bleh biar dgn melalui agen. Tlg lah blas prtanyaan acik ni.....

Anonymous said...

Hjh Norijah - boleh layari web berikut http://smtt3i.blogspot.com/ InsyaAllah boleh membantu Hajah.

NIK MOHAMAD SYAZRIN NIK KAMARUZAMAN said...

hjh norijah : saya juga ingin ke sana pada bulan ogos ni insyaa'Allah selepas tamat pengajian kejuruteraan di universiti tanah air skrang. saya juga cari teman untuk bersama ke sana jika ada. saya berikan nombor tel. saya, hjh norijah boleh terus hubungi saya 0174707374. untuk agen saya syorkan syihab-educonsult.blogspot.com

wallahu a'lam

abdrahim kassim said...

Assalamualaikum. wr.wb.
Nasihat saya kepada mereka yang berminat untuk memasuki Maahad Buuth, apabila telah sampai di Cairo nanti, cari kelas Bahasa Arab seperti Markaz Neil di Sabiq. Tanya pelajar2 senior. Belajar di situ dulu sekurang-kurangnya Mustawa (tahap) 4. Ini boleh membantu anda mengikuti kelas di Maahad Buuth.Habiskan kelas bahasa itu hingga mustawa 12. Mungkin agak perit sedikit pada tahun pertama dan kedua kerana terpaksa menghadiri 2 waktu persekolahan tetapi ianya akan banyak membantu anda nanti. Terima kasih...

abdrahim kassim said...

Seperkara lagi yg saya nak ingatkan sekiranya anda ke Cairo untuk masuk ke Maahad Buuth. Sebelum pergi tolong dapatkan visa untuk 3 bulan dari kedutaan mesir di Kuala Lumpur kerana Maahad Buuth akan pertimbangkan permohonan bagi mereka yang ada sekurang-kurangnya 1 bulan visa.

Perkara visa ini jangan pandang mudah kerana inilah masalah besar kalau anda berada di sana nanti.

TheBurning1995 said...

Assalamualaikum..saya tringin nak bljr disini..ape yg sye hrus buat?
saya bru umur 14 thun..dulu sy blajar Di indonesia kni sye ingin bljr di skolah nie..

Haffzone said...

assalamualaikum.. ana sgt berminat nk sambung belajar ni.. tapi basic arab xde.. blh bantu ana?

Ammar Roslan said...
This comment has been removed by the author.
Ammar Roslan said...

bleh call pengurus PPIWF, ust mohd yusof.. 012-3122271 / 013-9311644

Ammar Roslan said...

bleh call pengurus PPIWF, ust mohd yusof.. 012-3122271 / 013-9311644

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © NOTA CINTA Design by Muhammad Salman al Farisi | Blogger Theme by Al Irani Muhammad | Powered by Blogger