Followers

Friday, June 21, 2013

SYIAH, SYRIA DARI ANAK MATA SAYA



Dengan nama Allah SWT, Tuhan sekalian alam. Aku bersaksi; Muhammad itu adalah hamba & Rasul-Mu.

Isu Syria setakat ini belum kesudahan. Huraiannya panjang. Ceritanya berjela. Penuh syak dan wasangka. Manusia, gemar pukul rata. Ikut rencah pepatah Melayu; "Kerana nila setitik, punah susu sebelanga."

Bashar al Assad [http://en.wikipedia.org/wiki/Bashar_al-Assad] gah namanya sebagai seorang Presiden Syria yang kejam orangnya. Mengarahkan para perajuritnya menentang malah membunuh rakyatnya. Ikut berita, beliau penganut agama Syiah.

Khalid Ithmath, siswa UiTM yang berjuang untuk rakyat. Mantan Presiden Kumpulan Aktivis Mahasiswa Independen (KAMI) ini dikatakan juga pengikut Syiah.

Apa pandangan saya mengenai mereka?

Abu Hafs 'Umar bin al Khattab. Periwayatan kisah beliau juga bayak tokok dan tambah. Kisah beliau sebelum keIslamannya tidak pernah hilang dari manuskrip sejarah. Akhirnya; beliaulah yang paling hebat membela Islam (pada pandangan saya) juga tidak terpadam dalam manuskrip sejarah.

Kerana doa Rasulullah

"Ya Allah, muliakanlah agama Islam ini dengan (orang yang paling engkau cintai di antara kedua orang ini) 'Umar atau 'Amr bin Hisyam (Abu Jahal)." [diriwayatkan oleh Ibn Mas'ud dari Aisyah dinilai sahih dalam Fath al-Bari]

Saya jenis tidak suka mendengar atau membaca apa juga jenis penghinaan terhadap sesiapa. Penghinaan terhadap pengikut Syiah ini terlalu berleluasa. Bagi saya; jika menghina Syiah ini satu kebaikan, maka Rasulullah SAW lebih layak menghina kafir quraish.

Jika Bashar al Assad itu pembunuh maka kamu hina, maka ramai juga pembunuh di Malaysia yang mengucapkan kalimah syahadah ketika ditali gantung. Kamu; belum tentu.

Jika Syiah itu kamu hina kerana akidahnya, maka ramai juga orang kafir yang ternyata ke-kafir-an-nya; bersama kamu. Kenapa tidak menghina mereka?

Tolong jangan hina mereka yang tidak sebahagian bersama kamu. Tolong jangan membenci mereka. Boleh jadi nanti mereka bersama kamu, menjadi pejuang yang paling hebat dalam perjuangan kamu; kamu memujanya. Atau kamu bersama mereka nanti? Mungkin.

Keyboard warrior

Saya bersama dengan pihak yang ingin menegakkan khilafah di Syria. Semoga Allah SWT taqdirkan saya bersama mujahidin (warrior) di sana. Bukan hanya 'keyboard warrior'.

Saya benci dengan benci yang sebenar-benar benci terhadap apa yang dilakukan oleh Bashar al Assad terhadap rakyatnya. Namun tidak saya membenci beliau.

Kerana saya tahu; boleh jadi orang yang kita hina di mata kita mulia 'di mata' Allah SWT.

Tentanglah apa yang dilakukan oleh Bashar al Assad. Jika bisa membunuhnya kerana Islam, maka bunuhlah kerana perbuatannya menentang kaum Muslim di negaranya. Ketika mendoakan kemenangan mujahidin di sana, doakan sekali hidayah Allah kepadanya.

Tolong jangan gelarkan 'laknatullah' kepadanya. Siapa kamu yang menentukan laknat Allah kepadanya?

Pengikut Syiah di Malaysia, jangan membenci mereka. Jangan hina mereka. Hina dan bencilah sebahagian aqidah yang mereka anuti. Jika sempat bersama mereka; terangkan Islam kepada mereka.

Kelakarnya, bila isu Syria kamu tak kisah, doa pada mereka tak pernah, bila ada tawaran nikah wanita Syria, semangat nak gila. 

Maka; sebar & buktikan cinta.

Semoga menfaat.

Hamba hina;

Salman al Farisi.

3 pandangan cinta:

Sakinah Muhammad said...

Syiah dan Kafir Quraish hendaknya tidak sama.

Begitu juga dengan Kafir dan Munafik/Fasik. Juga tidak sama.

Namun syiah muncul setelah wafat baginda Rasulullah. Jika ada baginda sudah pasti nasib para pengikut syiah seperti Musailamah al Kazzab. :) Wallahua'lam.

Anonymous said...

kalau itu adalah salah, jangan tegakkan atau dibelakan...
andai cuba ditegak atau dibelakan yang salah itu, bimbang pasti merosakkan,
dari cuba mengerti sesuatu yang tiada dalam Al-Quran,sunnah atau hadis,
lebih baik mendalami,memahami,mengerti,melakukan,mengamalkan apa yang telah di dalam al-quran,sunnah dan hadis...
ikutlah apa yang diajar Rasulullah...kerana Rasulullah adalah wakil dari ALLAH untuk menyebarkan islam...
-dari hamba yang naif...

pondoksufi said...

cakap bukan main sedap tekak je ko,xkisah la ko al azhar ke apa ke,ayat ko ni seolah2 ko sokong syiah.rukun syahadah ada 3,antaranya iman,sabda nabi bermaksud 'ada 3jenis iman pertama bila seseorang mukallaf melihat mendengar maksiat hendaklah ia mencegahnya dgn tangan(takwil tangan,perbuatan@kuasa),jikalau ia tak mampu maka hendaklah ia mencegahnya dgn kata2,jikalau ia tak mampu juga hendaklah ia mendoakan didalam hati bahkan itulah selemah2 iman'bole jatuh munafik klu kita xmncegah atau mngutuk syiah lahanat ni tau.orang mngutuk menghina membenci syiah bukn hanya sb dorg mmbunuh ahli sunnah dan membenci nabi,tp dorg juga merosakkan,menyesatkan dan memecahbelahkan kebenaran islam sbenar ahlussunnah.bukan orang yg melaknat tp semua hukuman Allah bdasarkn nas2 dan dalil2 tafsili dlm Quran dan akli juga,orang hanya sampaikan je..dalami ilmu tasawuf sufi bang,jgn main type ikut serakah je

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © NOTA CINTA Design by Muhammad Salman al Farisi | Blogger Theme by Al Irani Muhammad | Powered by Blogger