Aurat adalah sesuatu yang sering dianggap remeh oleh sebahagian pihak terutama dari yang 'menayang' dan yang 'ditayang'. Walaupun terdapat sebahagian wanita yang menyangka mereka sudah menutup aurat tetapi ternyata mereka memaparkan secara tidak sengaja bentuk badan mereka kepada lelaki yang harus mereka nikahi.
Juga terdapat sebahagian wanita yang amat menitip beratkan mengenai aurat tetapi mengabaikan perkara tersebut bila berjumpa dengan sanak saudara atau ipar duai.
Mengapa perkara ini berlaku?
Mungkin kerana trend rakyat Malaysia?
Pada pendapat saya, para ulama' masih segan-segan ingin menyuarakan mengenai aurat ini. Jangan salahkan katak yang berada di bawah tempurung, tetapi salahkan kita sebagai orang yang berilmu tidak mahu bebaskan katak yang berada di bawah tempurung tersebut.
SEDIKIT MENGENAI PERKARA YANG DI ABAIKAN
Secara iklasnya, banyak lagi perkara yang ingin saya nukilkan di dalam blog ini. Namun atas pemintaan seorang sahabat, maka atas ilmu yang cetek ini saya tulis apa yang saya belajar dari sumber yang sahih, Insya Allah.
Kebanyakan wanita Islam umumnya mengetahui batas-batas aurat bagi golongan seperti mereka kepada yang harus mereka nikahi. Perkara ini telah banyak di bahaskan walaupun di dalam kelas pengajian kecil seperti KAFA yang pelajarnya berumur 7-12 tahun.
Berani saya katakan bahawa sesiapa yang tidak mengetahui batas-batas aurat bagi wanita adalah seorang yang 'terlalu bodoh' dan 'terlalu pelupa' atau mungkin anda adalah seorang yang selalu ponteng sekolah tidak kira bagi lelaki atau perempuan.
Namun, masih ramai yang memandang ringan perkara ini sedangkan impak kepada abainya perkara ini akan berlakunya pelbagai perkara yang menyalahi syarie.
Saya menulis bukan ingin membahaskan mengenai impak dan atas perkara ini, namun saya ingin membahaskan mengenai aurat yang paling sering kita abaikan.
BATAS AURAT WANITA
Firman Allah SWT Surah An Nur ayat 31 ada menyebutkan bahawa;
Dan katakanlah (wahai Muhammad) kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menjaga pandangan mereka (dari memandang yang haram) dan memelihara kehormatan mereka dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka (aurat) kecuali yang zahir daripadanya. Dan hendaklah mereka menutup kain tudung ke dada mereka. Dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh (aurat) mereka melainkan kepada suami mereka, atau bapa mereka, atau bapa mertua mereka, atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka, atau saudara-saudara mereka, atau anak saudara-saudara mereka yang lelaki, atau anak saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan (yang Islam) atau hamba-hamba yang mereka miliki, atau orang gaji dari orang lelaki (yang telah tua) dan tidak berkeinginan (kepada perempuan), atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi mengenai aurat perempuan dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk mengetahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka dan bertaubatlah kalian kepada Allah, wahai orang yang beriman supaya kamu berjaya.[QS An Nur 24 : 31]
Dalam soal aurat bagi seorang wanita, banyak perbahasan yang berlaku. Ada dikalangan ulama' yang mengatakan bawahawa aurat wanita adalah seluruh tubuh berdasarkan dalil hadis yang menyatakan ketika sahabat bertemu 'Aisyah, para sahabat berhubung melaluinya disebalik tadbir.
Juga ada ulama' yang mengatakan sekadar pergelangan tangan dan muka berdasarkan hadis yang disabdakan Rasulullah SAW kepada Asma menyuruh wanita yang sudah berhaidh tidak menzahirkan anggota badan kecuali pergelangan tangan dan wajah.
Batas-batas aurat sudah banyak diperkatakan namun pelaksanaanya masih ditahap yang mengecewakan.
JANGAN TUNJUKKAN PERHIASANMU KECUALI PADA GOLONGAN INI!
Berdasarkan firman Allah SWT yang saya beri di atas (QS An Nur ayat 31), hanya orang yang disenaraikan sahaja harus bagi para wanita muslimah menunjukkan perhiasan tersebut. Golongan tersebut adalah;
- Suami
- Ayah
- Ayah mertua
- Anak
- Anak tiri
- Adik beradik
- Anak lelaki kepada adik beradik
- Anak perempuan kepada adik beradik\
- Wanita-wanita (ada ulama' yang menyatakan hanya kepada wanita Islam)
- Hamba-hamba
- Orang suruhan yang tidak ada nafsu kepada wanita
- Kanak-kanak yang belum mengerti mengenai aurat perempuan
Batas aurat-aurat bagi golongan tersebut adalah aurat yang biasa dilihat bagi mereka iaitu selagi aurat tersebut jika dibuka tidak membangkitkan nafsu sesama mereka.
Sekalipun sesama wanita atau adik beradik yang jika melihat rambut wanita tersebut boleh membangkitkan nafsu, maka rambut juga adalah sebahagian daripada aurat tersebut.
Namun tiada aurat bagi sesama suami isteri melainkan ada perkara yang makhruh jika dilihat.
MASAALAH PULANG KE KAMPUNG
Menjadi masaalah besar bagi orang Melayu ketika pulang ke kampung halaman. Aurat sesama ipar duai dan sepupu diabaikan.
Haram bagi seseorang wanita membuka aurat mereka sendiri berdasarkan firman Allah SWT "dan memelihara kehormatan mereka" seperti ayat di atas (QS An Nur ayat 31). Ini bermaksud wanita itu sendiri harus memelihara kehormatan mereka (menutup aurat) di samping lelaki juga harus menundukkan padangan mereka dari memandang yang haram berdasarkan firman Allah SWT pada ayat yang sebelumnya (QS An Nur ayat 30).
Anda jangan sesekali mempersoalkan "Apa sepupu aku akan cakap nanti", tetapi persoalkan "Sanggupkah aku menerima azab siksa oleh Allah SWT kerana mendedahkan aurat".
Maka selepas membaca artikel ini anda pasti tahu apa yang wajib dilakukan. ^_^
INGATLAH AZAB ALLAH SWT ITU AMAT PEDIH
Artikel saya pada kali ini bukanlah ingin menerangkan secara detil bagi batas-batas aurat apatah lagi ingin menerangkan mengenai azab-azab Allah SWT kepada mereka yang membuka aurat.
Tetapi saya ingin membuat penyataan bahawa kita sering mengabaikan aurat kita sebagai seorang melayu ketika pulang ke kampung terutama Hari Raya Aidhil Adha yang bakal menjelma.
Kita sering mendedahkan aurat sesama ipar duai dan sepupu walaupun kita diharamkan untuk mendedahkanya dan memandangnya.
Kepada anda yang saya cintai yang membaca artikel kali ini diharapkan anda merubah tabiat anda ketika pulang beraya ke kampung.
Jaga batasan aurat anda melainkan yang halal bagi anda. Saya tidak ingin orang yang saya cintai terjerumus ke dalam neraka yang siksaanya amat pedih kerana membuka aurat.
Wallahu 'alam
Jika ada salah silap dalam artikel saya, diminta para 'alim menegur secara terbuka semoga ia lebih baik bagi seluruh ummat Islam, Insya Allah.
Nota Cinta buat para muslimah
Kaherah, Mesir
11:42 pm 10 November 2010
1 pandangan cinta:
Salam alayk...
Walaupun post ini pada tahun 2010, diharap dapat respon.
Berkenaan aurat bila pulang ke kampung...
Pada pandangan penulis, perlukah seorang perempuan itu memakai stokin? Walau pun berada di dapur, ruang tamu.
Syukran
Post a Comment