Followers

Thursday, November 11, 2010

CINTA DENGAN MEMAKMURKAN MASJID


Diriwayatkan pada suatu hari, ada seorang buta yang rutinnya hanya ke masjid.
Setiap 5 waktu beliau akan pergi menunaikan solat fardhu di masjid. Sedangkan saya seorang pemuda yang gagah mengakui masih susah untuk melengkapkan 5 waktu di masjid terutama ketika musim sejuk ini. Malam lena tanpa kipas (kerana sudah sejuk) bertemankan 'sara toga' (panggilan popular selimut tebal jenama Mesir) sehingga kadang-kadang terlajak waktu subuh.

Kembali kepada topik asal:

Diantara masjid dan rumah beliau terdapat satu tali yang membawa arah beliau untuk ke masjid. Jika beliau hendak ke masjid, beliau akan keluar dari rumah lalu bertaut pada tali tersebut untuk ke masjid. Begitu juga ketika ingin pulang ke rumah.

Ditakdirkan oleh Allah SWT pada suatu hari, terdapat satu lubang diantara ikatan tali rumah beliau dengan masjid tersebut.
Dan apa bila dalam perjalanan orang buta tersebut untuk ke masjid, beliau terjatuh ke dalam lubang tersebut lalu kotor pakaian beliau.
Lalu beliau pulang kerumah untuk menyalin pakaian kerana ingin berjumpa dengan Allah SWT dalam kaadaan yang terbaik dan terbersih.
Setelah menukar pakaian, beliau pergi buat kali ke dua ke masjid melalui tali dan jalan yang sama dan terjatuh pada lubang yang sama.
Beliau pulang ke rumah semula untuk menukar pakaian seperti sebelumnya. Lalu keluar rumah dan mengikut laluan tali yang tersedia ikat seperti biasa cuma pada kali ini beliau lebih berhati-hati.

Ketika kaki beliau ingin masuk ke lubang, ada seorang pemuda menarik tangan beliau lalu menawarkan diri untuk membimbing beliau ke masjid.
Sampai di majid, orang buta tersebut menayakan siapakah gerangan pemuda yang baik hati tersebut yang membawanya ke masjid dengan berkata; "Wahai pemuda yang baik hati, siapakah kamu yang membawa aku ke masjid ini sekiranya kita boleh berkenalan?" tanya orang buta tersebut.

"Maaf wahai pakcik, saya yang membawa pakcik ke masjid tadi adalah Iblis Laknatullahi 'Alaih", jawab iblis yang menyerupai pemuda tersebut.
Pakcik yang buta tersebut terus menarik tangan dari genggaman salam dengan 'pemuda' tadi lalu bertanya; "Kalau kamu iblis, mengapa kamu membimbing tangan aku ke masjid? Bukankah kamu sering membawa kepada kemaksiatan".
Jawab 'pemuda' tadi "Untuk pengetahuan pakcik, saya membawa pakcik ke masjid hanya kerana ketika pakcik jatuh buat kali pertama di dalam lubang tersebut, semua dosa pakcik diampunkan.
Ketika kali ke dua pakcik jatuh ke lubang tersebut, semua dosa ahli keluarga pakcik diampunkan.
Maka saya bimbang jika pakcik jatuh buat kali ke tiga, semua dosa kaum muslimin diampunkan", jawab 'pemuda' tersebut. [Wallahu 'alam]


JOM PERGI KE MASJID

Firman Allah SWT dalam kitab al Quran yang tiada dusta di dalamnya yang bermaksud;
"Sesungguhnya yang memakmurkan masjid-masjid Allah hanyalah orang-orang yang beriman kepada Allah dan hari akhirat, serta (tetap) mekasanakan solat, menunaikan zakat dan tidak takut (kepada apa-apa pun) kecuali kepada Allah. Maka mudah-mudahan mereka termasuk dalam orang yang mendapat petunjuk".
[QS At Taubah 9 : 18]
Berdasarkan ayat tersebut, hanya orang yang selalu mengimarahkan masjid merupakan orang yang mempunyai sifat-sifat:
  1. Orang yang beriman kepada Allah SWT,
  2. Orang yang beriman kepada hari akhirat,
  3. Yang selalu menunaikan solat,
  4. Membayar zakat dan
  5. Tidak akan takut kecuali kepada Allah SWT
Ramai diantara kita tidak menyedari bertapa mudahnya untuk cinta akan Allah SWT, beriman dengan hari akhirat, tidak ponteng solat dan sebagainya dengan merungut "susah betul nak solat awal waktu" sedangkan jalan yang diberi amat mudah sekali.

Ada diantara mereka yang mendustakan cintanya kepada manusia namun masih tidak menunaikan solat berjamaah di masjid. Mengwar-warkan ibadatnya di malam hari di Facebook namun nama masjid yang terdekat dengan rumah masih belum tentu dapat dijawab olehnya. Kenapa ini berlaku?

Sedangkan jalan mudah untuk medekatkan diri kepada Allah SWT dengan beriman kepada hari akhirat, menunaikan solat berjamaah diawal waktu, memberi kepada yang berhak dan takutkan hanya kepada Allah SWT hanya dengan JOM PERGI KE MASJID.

Tidak perlu mendustakan diri ini dengan melakukan pelbagai amalan namun masih buta jalan ke masjid.
Kita merupakan orang yang celik membaca blog-blog dakwah kadangkala masih malas ke masjid sedangkan orang buta seperti cerita di atas menunaikan solat 5 waktu di masjid.
Tidak malukah kita?


WAHAI PEMIMPIN YANG MEMBUTAKAN JALAN KE MASJID

Suatu ketika dahulu heboh di Facebook yang mengatakan kerajaan Kelantan hanya membangunkan bagunan parti sedangkan tidak mahu mendirikan masjid di Kelantan.
Adakah kualiti masjid di sesebuah negara Islam itu bergantung pada bilanganya dan cantiknya sedangkan orang yang mengimarahkan dan fungsinya di tahap yang minima?
Saya amat kagum dengan rakyat Mesir walaupun Mesir adalah negara pada pandangan saya Malaysia 15 tahun kebelakang, namun masjid di sini hampir penuh disetiap waktu solat. Dan setiap 200 meter anda akan menjumpai sebuah masjid atau surau.

Bagi saya, perkara ini berlaku kerana pemimpin yang berfikiran kolot seperti katak di bawah tempurung ini telah membezakan fungsi masjid di Malaysia hanya khusunya untuk ibadat walaupun pada faktanya bilangan orang Malaysia ke masjid untuk beribadat masih mengecewakan.

Masjid yang dihias gah bertatahkan kaca dihiasi lampu bergemelapan terapung di atas air hanya sebagai tempat solat jumaat, kursus nikah dan haji, akad nikah, tahlil dan sebagainya.
Sedangkan masjid di zaman Rasulullah SAW hanya beratapkan pelepah tamar namun kesannya masih terasa hangat sehingga kita dilahirkan sebagai Muslim pada hari ini.

Benar sabda Rasulullah SAW yang bermaksud;
"Sudah hampir sampai satu masa di mana tidak tinggal daripada Islam hanya sebagai nama dan tidak tinggal daripada al Quran hanya pada tulisan. Masjid-masjid tersergam indah tetapi kosong daripada hidayah. Ulama' yang ada adalah sejahat-jahat makhluk yang ada dibawah naungan langit. Dari mereka berpunca fitnah dan kepada mereka fitnah ini kembali".
[HR Al Baihaqi]


MULAKAN LANGKAHMU KE MASJID WAHAI PEMUDA HARAPAN UMMAH

Kita abaikan sikap pemimpin bermindakan kanak-kanak yang berada di bawah tempurung buat sementara waktu kerana di akhirat kelak mereka akan dipertanggung jawabkan ke atas apa yang mereka lakukan.

Ayuhlah wahai pemuda-pemuda Islam, kita suluh jalan yang telah digelapkan oleh pemimpin-peminpin kita. Kita tanam azam supaya cuba mendekati masjid. Setiap kali mendengar azan kita sahut seruan muazzin supaya mengerjakan solat dan menuju kepada kejayaan. Bukan menyahut dengan solat sendirian di rumah, tetapi kita cuba sebaik mungkin untuk pergi menunaikan solat di masjid.

Saya percaya pemuda seperti kita yang masih mampu online untuk membuka blog saya juga mampu untuk pergi ke masjid.
Saya akan bersama para pembaca sekalian khususnya para pemuda cuba ke masjid setiap waktu Insya Allah. ^_^

Salam cinta untuk ke masjid dari saya kepada pemuda sekalian dari

Kaherah, Mesir
12.00 am 12 November 2010

p/s: Saya membuat artikel ini untuk menanam istiqomah saya ke masjid bersama para pemuda yang saya cintai sekalian. Kerana istiqomah itu amat susah. Mari kita berdoa sesama kita untuk kebaikan. Juga sebarkan ilmu yang kita tahu kepada sahabat-sahabat yang kita cintai sekalian. Rindu Malaysia. <3

Sumber:

0 pandangan cinta:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © NOTA CINTA Design by Muhammad Salman al Farisi | Blogger Theme by Al Irani Muhammad | Powered by Blogger