Buat keluargaku dan yang mengenali secara dekat:
Senyuman jelas terserlah dimuka saya kerana baru selesaikan 'jihad sekolah yang besar'. Di samping ingin jalan-jalan lepaskan tenyen (huhu).
Terkenang andai boleh jumpa keluarga dan bersama mereka. Mahu peluk mereka. Pasti suatu yang seronok. Maka saya mula menyimpan azam. Kalau boleh tak mahu pulang ke Malaysia kecuali sudah tamat belajar. (boleh ke?? hehe) Target! Target! dan Target!
Raya sudah menghampiri. Kali pertama raya di perantauan. Mungkin lebih bermakna. Betul juga orang kata "Kita akan kejar sesuatu sampai dapat, namun bila di tangan kita seakan-akan tidak nampak dia. Bila dia sudah pergi, baru kita merasai bertapa pedihnya satu kehilangan".
Saya mahu yang terbaik sepanjang berada di Mesir. Seperti kaadaan Salman Al Farisi, sahabat Rasulullah SAW ketika berada di Madinah di mana dia mempertemukan iman. Insya Allah.
Doakan saya ^_^.
Kaherah, Mesir
10.30 am 13 November 2010
p/s: Mahu pergi ke Hospital Hussein, berdekatan dengan Universiti Al Azhar (yang asal). Mahu ambil chek darah sebab mahu start belajar dah. Lambat lagi nak mula belajar sebab Mesir cuti 1 minggu sepanjang Aidil Adha ni. Jadi minggu depan baru hantar borang. Entah bila la boleh exam kemasukan. Apa-apa pun jom kita sama-sama doa diantara kita. Semoga yang terbaik, Insya Allah.
"Bila kita kehilangan sesuatu yang bernilai, kita mula mencarinya. Tapi bila ia di depan mata, kita seakan-akan tidak nampak dan tidak langsung menghargai kehadiranya. Kita angkuh dan ego dengan keistimewaan sendiri.
Ketahuilah kita, segalanya boleh lenyap dengan begitu sahaja. Hanya Dia yang berkuasa.
Jangan seperti kunang-kunang yang menyagka dia sahaja yang mengeluarkan cahaya, bila muncul bulan dia malu dan terus hilang. Bulan pela merasa bangga, bila muncul mentari bulan lenyap dengan tiba-tiba.
Begitujugalah manusia, pernah terfikir dan terlintaskah difikiran kita, yang kita selalu menyakiti hati orang lain. Pernahkah juga kita berfikir kita sering membuatkan orang lain menitiskan air mata.
Sedarkah kita, kita juga sering mempermainkan hati mereka. Sedarlah seharusnya kita menjaga hati dan perasaan mereka.
Sekurang-kurangnya berikanlah mereka pengharaan walaupun hanya secebis ucapan terima kasih. Ketahuilah insan yang berada di sisi pasti akan pergi pergi 1 hari nanti dan kemungkinan tidak akan kembali" [Quote]
0 pandangan cinta:
Post a Comment