Native Deen, artis nasyid antarabangsa berkonsepkan rap. |
Zina, arak, judi dan banyak lagi menjadi mainan, walaupun si pelaku bergaya teruna maskulin atau gadis kampung. Sesuatu yang dianggap biasa oleh sesebahagian penduduk Kuala Lumpur, namun sesebahagianya merasakan ia adalah sesuatu yang amat teruk walaupun pada realitinya gejala tersebut berlaku dalam rumah mereka sendiri tanpa sedari. Namun, ia tidak pernah diketahui oleh mereka yang mindanya hanya memikirkan apa yang mahu dilakukan seharian tanpa berkecimpung atau berfikir sejenak masalah besar umat Islam di Malaysia hari ini.
FENOMENA USTAZ AZHAR IDRUS
"Eh Man, you tahu tak seorang ustaz yang janggut panjang tu?"
"Ustaz apa Chastra?" jawab saya.
"Ustaz yang video dia banyak kat Youtube tu, yang ceramah tu."
"Owh, yeah! Ustaz Azhar Idrus nama dia."
"Ha, ya. You tahu tak, I kalau boring-boring I tengok video dia tau. Ceramah dia bagus. Itulah (yang dalam video itu) yang sebenarnya agama mahu bawa. Bukan orang Islam yang sosial-sosial ni."
Ini perbualan saya dengan sahabat saya. Selepas dia menceritakan mengenai apa yang berlaku pada orang Islam di Malaysia sekarang.
Realitinya; seandainya orang bukan Islam di Malaysia tertarik dengan Islam kerana apa yang dilakukan (akhlak dan perbuatan) oleh orang Islam sendiri secara am, mustahil jawapannya.
Malaysia terlalu banyak ustaz selebriti dan ustazah fenomena. Sehinggakan seorang gadis yang tidak bertudungpun akan menyebarkan video Ustaz Don Daniel berceramah menceritakan soal hijab. Tetapi tiada keseinambungan dari ustaz selebriti tersebut. Malaysia ketandusan seorang pendakwah, berseluar jeans yang dekat dengan mereka dan mendekatkan mereka dengan agama.
PERANGAI PENDAKWAH FANATIK
"Weyh, kau ingat kau buka aurat tu Allah SWT tidak tahu ke? Nanti kau masuk neraka baru kau tahu. Kena azab dengan Allah SWT."
Komen-komen sebergini adalah asam garam dalam laman sosial. Seorang yang mempunyai sedikit ilmu agama merasakan tanggung jawab mereka untuk menegur si pembuat salah. Namun, caranya salah.
Saya juga rasa ingin memuji berberapa individu dan 'page' yang bergitu istiqomah (berterusan) membicarakan soal agama. Sehingga ada diantara rakan Facebook dan Twitter saya terkesan dengan apa yang mereka juangkan. Dulu rakan saya tidak menutup aurat, namun sekarang makin mendekati kearah Islam. Dan kebanyakan yang di'tweet' juga kini berkaitan agama.
Bagi saya, ustaz selebriti, ustazah fenomena, pendakwah fanatik, 'Page Islamic' mahupun pendakwah 'low-profile' apa pun, mereka mempunyai kedudukan yang tersendiri dalam melaksanakan dakwah. Walaupun, mereka ada salah silapnya kerana mereka juga manusia. Saya, tidak kurang juga ada yang mengkritik penulisan saya kerana saya juga ada salah silapnya. Itu adat manusia.
Saya sebenarnya tidak gemar terhadap pelukis kartun comel yang sering membicarakan soal nikah-kahwin. Seolah-olah Islam ini hanya membawa ke arah penikahan sahaja walhal Islam itu bersifat menyeluruh! Sehinggakan ada kenalan saya yang tidak solat, namun cerita mengenai nikah-kahwin dalam Islam nombor satu. Ada pro dan kontranya. Ada juga sahabat saya yang dulu tahap sosialnya teruk, namun kerana selalu membaca soal nikah-kahwin dan indahnya bercinta selepas bernikah, terus membuang semua kawan lelaki dalam Facebook-nya. Hanya kerana mengharap enaknya syurga pernikahan cinta selepas pernikahan.
Saya rasa, saya tidak mahu terlalu memperjuangkan idealogi saya terhadap sikap 'tidak senang' saya kepada kebanjiran gambar gedik nikah-kawin dalam Facebook ini. Saya cuba bersangka; pendekatan mereka ada kedudukanya dalam Islam.
Namun, jika ada yang kita nampak sudah melencong terus dari Islam, mungkin boleh tegur dengan cara yang berhikmah.
Cukup dengan teruskan perlaksanaan gerak kerja dakwah anda, namun jangan ego sehinggakan tidak mahu terima nasihat orang lain. Itu sifir saya.
DAKWAH IMPIAN SAYA
Saya bukanlah yang terbaik dikalangan sahabat. Namun saya cuba mengimpikan agar saya dan mereka sama-sama boleh berdakwah di antara kami. Sahabat saya menjadi contoh kepada saya, dan saya menjadi tauladan kepada mereka.
Andai ada pendakwah yang bisa berpakaian moden, bertopi dan berseluar jeans seperti Maher Zain, dekat pada semua orang seperti Ustaz Azhar Idrus, tinggi ilmunya seperti Tok Guru Nik Aziz, peramah orangnya seperti Ustaz Don Danial, diterima di dunia antarabangsa seperti Dr. Zaiker Naik dan berfalsafah dan berpikiran tinggi seperti Dr. Mohd Asri Zainul Abidin namun dakwah yang dilakuaknya terlalu rapat seperti seorang suami mendakwah isterinya. Ini adalah gambaran minda yang luar biasa. Namun insya Allah ada.
Yang penting, letakkan diri anda dalam Islam, walau dalam apa posisi sekalipun. Memberi nasihat jangan sampai mengeji. Saling 'give-and-take' dan 'win-win'. Walaupun posisi anda hanya sekecil zahrah. Perli dan mengeji seseorang dalam kedudukanya melaksanakan dakwah bukanlah sesuatu yang bagus untuk Islam.
Sekadar pendapat, semoga menfaat.
0 pandangan cinta:
Post a Comment