Saya, ketika membuat petunjukan ekspirimen sains. |
Saya telah bersekolah sebanyak 9 buah sekolah. Dan saya juga telah berkawan dengan pelbagai jenis orang, dari pelbagai agama, pelbagai bangsa, pelbagai negeri dan pelbagai negara.
Cerita teman rapat saya, seribu suka duka.
Dari sekolah rendah, saya mempunyai berberapa teman rapat. Mungkin rapat saya denga mereka sekadar teman ketika sekolah rendah, zaman budak-budak, atau hanya seketika di Mesir. Tetapi mereka telah mewarnai hidup saya. Dan saya merasakan mereka adalah amat istimewa.
Bila bertemu semula di Facebook, masing-masing telah temui haluan sendiri. Adakah mereka ingat saya lagi atau tidak, hanya mereka dengan Allah SWT yang tahu. Tetapi, saya amat rindukan mereka. Mereka adalah sahabat saya, sebahagianya 'soul-mate' saya.
Ketika kami di zaman sekolah rendah, kami bermain bola sepak menggunakan penutup botol air, buat jet, pistol dan seumpamanya menggunakan kertas, main ping pong menggunakan 'table-tennis-racket' hasil kerja Kemahiran Hidup, main penutup ceper, Digimon, UNO dan banyak lagi bersama.
Permainan yang tidak dirasai oleh budak-budak zaman PlayStation. Tidak salah, ponteng kelas tambahan UPSR pun bersama.
Mereka, Shahrul, Azizzuddin, Amin Shah dan Reimi yang tidak berjumpa secara realiti lagi sehingga kini. Kisah zaman sekolah rendah, sampai masa akan terlintas diminda saya.
Ini adalah kisah teman saya.
Class-mate saya ketika Tingkatan 5. |
TEMAN SEKOLAH MENENGAH
Ketika di Tingkatan 3, teman rapat saya bernama Nizam. Kemana bersama. Mungkin dia yang boleh menerima saya seadanya, kerana saya ketika itu amat kebudak-budakan, tidak berapa pandai mengurus diri dan seumpamanya. Namun sekarang, dia juga telah membawa haluan sendiri. Susah mahu menegurnya di laman sosial.
Keluar dari Sekolah Menengah Islam al Irsyad, saya masuk ke Sekolah Menengah Kebangsaan Jalan Bukit, sekolah yang bersebelahan dengan sekolah rendah saya ketika saya mengambil UPSR dahulu.
Saya telah bertemu kembali dengan teman lama, tetapi bukanlah teman yang rapat ketika zaman sekolah rendah dahulu. Salah seorang akhirnya menjadi teman rapat saya, sehingga kini. Beliau bernama Chastra Charles Chandren. Seorang yang beragama Kristian, kuat terhadap agamanya dan berbangsa India. Beliau teman saya yang berlainan agama yang terbaik pernah saya jumpa.
Mungkin berberapa kisah saya bersamanya saya akan nukilkan pada 'post' yang akan datang.
Sehingga saya masuk ke sekolah tahfiz yang pertama dalam hidup saya. Saya telah berkenalan dengan seorang dari bangsa Boyan. Namanya Irwan @ Sulbi. Berita terakhir yang saya dengar mengenainya, beliau menjadi imam muda di sebuah masjid di kota raya. Semoga Allah SWT memberkati beliau.
Teman pertama saya yang berasal dari luar negara namanya Khalid. Beliau berasal dari Philippine. Saya mengenalinya di sekolah tahfiz ke-dua saya, Maahad Tahfiz Syeikh Salahuddin al Amin, Hulu Langat. Kami selalu keluar malam hanya kerana dia mahu makan roti canai, dan saya mahu membeli surat khabar.
Zaman SPM, saya baru menemui sahabat yang benar-benar hebat. Dari pelbagai ragam dan jenis. Mereka semua adalah sahabat rapat saya, walaupun ramainya tidak terkira. Banyak kes asrama yang dibuat sekali, suka duka dihadapi bersama. Bagi saya, saya merasakan mereka hebat mungkin kerana kenangan bersama merekalah yang masih hangat di minda. Dan saya rindukan mereka. Sebahagian dari mereka bernama Mus'ab, Salam, Din, Kadir, Fendi, Alif, Iqbal dan ramai lagi.
Saya bersama Muhammad Khairul Aiman selepas Walimatul Urus beliau di Kuala Terengganu. |
TEMAN DI MESIR
Ketika di Mesir, saya berkenalan dengan seorang yang betul-betul istimewa bagi hidup saya. Namanya Khairul Aiman. Tempoh kami berkenalan amat singkat, namun kami betul-betul rapat. Sehinggalah beliau akhirnya bernikah, ketika berumur 20 tahun. Belum sempat beliau menamatkan pengajianya, beliau terpaksa pulang ke Malaysia.
Yang masih menjadi tanda tanya, siapakah teman rapat saya di Mesir kini? Mungkin saya masih terus mencari, atau mungkin saya tidak sedar, atau mungkin saya tidak tahu.
Saya merindukan teman rapat lama saya mungkin kerana mereka sudah tiada di sisi. Benar kata orang; "Kita mula merindukan seseorang bila dia sudah tiada di sisi."
Everlasting ~ |
TEMAN ABADI
Dalam hidup saya, saya cuma ada 15 orang teman abadi. Mereka terdiri dari 13 orang adik beradik saya, ibu dan ayah saya. Cinta mereka tidak bersyarat. Kami memiliki aliran darah yang sama. Mereka yang mustahil di cari ganti.
Saya mengharapkan agar saya bisa menjadi seorang adik beradik yang terbaik buat mereka, dan anak yang soleh buat ibu bapa saya. Insya Allah.
Dan mungkin sampai satu masa nanti, bilangan mereka bertambah. Mereka adalah isteri saya dan keluarga isteri saya.
Mungkin satu perkara yang perlu saya dan anda semua amalkan. Terima seadanya, syukur, cinta dan kerana cinta tersebut, cuba buat sebaiknya, demi agama, demi Allah SWT.
Itu kisah sahabat saya, secara ringkas, secara umum. Mungkin anda ada kisah yang mahu dikongsi?
Semoga menfaat.
0 pandangan cinta:
Post a Comment