Bila cakap pasal aurat, otak dan fikiran kita pasti tertumpu pada tudung, perempuan, tapak tangan dan muka, pakai stoken kaki dengan 'hand-socks' dan seumpamanya. Dan pastinya target utama, seorang wanita.
Macam lelaki tidak ada aurat?
Tadi saya ambil kesempatan talifon sepupu saya. Diantara topik kami adalah 'tweet-famous' dengan lelaki gaya korea atau istilahnya K-Pop. Lalu saya terjah ke akaun Twiter yang katanya seorang lelaki ala-ala K-Pop dengan tweet-famous mereka. Saya juga menjejaki akaun youtube beliau. Anda memang awesome.
Tetapi!
Malu rasanya sehebat dan popular manapun anda, jika ada orang yang tegur mengenai aurat anda. Walhal, aurat lelaki itu 'simple' sangat-sangat.
BATAS AURAT LELAKI
Mulut dah jemu rasanya, dari sekolah rendah sebut, batas aurat lelaki itu dari pusat hungga lutut. Rasanya tidak boleh kira berapa ribu kali perkataan pusat dan lutut masuk dalam telinga korang. Tapi, praktikalnya tiada.
"Jika salah seorang kamu mengahwinkan hamba lelakinya kepada hamba perempuanya atau kepada pekerjanya, maka janganlah hamba perempuan itu memandang kepada sesuatu dari auratnya (aurat tuanya). Maka sesungguhnya, apa yang di bawah pusat sehingga lututnya adalah aurat." [HR al Baihaqi]
Saya rasa tidak perlu saya nak kasi pandangan ulama' panjang-panjang atau petikan kitab-kitab sebab korang tidak faham jika saya tidak menggunakan bahasa mudah.
Penerangan mudah. Lelaki hanya boleh tayang auratnya (lutut hingga pusat) walaupun tanpa pakaian sekalipun selepas akil baligh mengikut suasana tempatan hanya pada 2 orang; isteri (termasuk hamba, kalau ada) dan dirinya sendiri.
Tahniah Haniismeable kerana telah menegur. |
SUSAH NAK JAGA
Susah nak jaga auratkan? Terutama ketika bersama kelaurga, main bola sepak, outing.
"Aku pakai seluar lagi kot, walaupun pendek," jawapan terbaik seorang lelaki yang pakai seluar pendek.
Kalau perempuan buka aurat, bolehlah korang kaitkan dengan rogolah, nerakalah, 'nanti apa yang suami dapat'lah, macam-macam boleh kenakan.
Korang ingat kalau perempuan nampak aurat korang, tidak terganggu ke iman mereka? Korang ingat, korang buka aurat, boleh selamat dari dosa?
"You get what you give."
Kalau korang buka aurat, saya tak hairan langsung kalau korang nanti dapat isteri yang buka sana, buka sini. Kalau korang jenis tidak kisah isteri korang jadi tontonan umum, terpulang. Walaupun, sebenarnya korang memang tidak boleh membuka aurat!
"Woman of purity are for man of purity, and man of purity are for woman of purity." [QS An Nur 24 : 26]
SURAT CINTA SEMPOI
Saya sebenarnya ada exam esok. Cintanya saya kepada sahabat-sahabat lelaki, sehingga saya ambil masa sampai tengah malam untuk tulis post kali ini.
Saya akui, pelajar Mesir sekalipun kadang-kadang lalai dengan aurat seorang lalaki. Tetapi, kita masih boleh berpesan-pesan kepada kebaikan kan?
Nak buka aurat sangat depan orang, nak tunjuk sangat peha korang tu, nikah! Bukalah aurat semahu mana korang nak buka hadapan isteri korang.
"Ehem~ the guy with short pants. Please mind your aurat. Bukan apa, aurat lelaki selalu diremehkan. You tak perasan kot. #PEACE." [Haniismeable]
Itu teguran seorang wanita. Tahniah Hanis. Kalau sampai perempuan tegur secara terbuka kat YouTube, korang tak terasa lagi, aku tak tahulah.
Saya tidak tahu korang baca 'post' saya atau tidak. Tapi 'post' yang menggunakan ayat paling sempoi dalam semua post-post saya hanyalah khusus ditujukan kepada korang, dan umum kepada semua lelaki.
Semoga menfaat. #Chill.
* Seronok jugak pakai ayat macam ni tulis blog.
* Esok exam, doakan saya.
0 pandangan cinta:
Post a Comment