Saya akui baru-baru ini saya banyak menghantar post yang agak berat. Bagi saya, saya cuba untuk menjadi lebih baik dari sebelumnya. Cuba sebaik mungkin untuk mematangkan diri.
Sebagai contoh, baru-baru ini saya dilantik sebagai Unit Publisiti & Informasi, Lajnah Dakwah & Tarbiah Badan Kebajikan Anak Selangor Mesir sesi 2010 / 2011. Ketika menyertai mesyuarat (liqa') kecil lajnah kami ada seorang abang menasihati saya 1 perkara yang amat bermakna. Abang itu menasihati saya;
"Salman, sekarang ni Salman berada di alam mahasiswa. Salman bukan lagi berada dalam suasana sekolah menengah. Maka pemikiran Salman harus seperti Mahasiswa," katanya lagi.
Beliau menasihati saya sebergitu kerana saya mengutarakan cadangan yang agak 'kesekolah menengahan' dan bukan pemikiran seorang mahasiswa. So sweet ^_^
CERITA PUNYA CERITA
Berat ke? bagi saya tidak selalu berat. Kadang-kadang saya menterjemah gambar dalam post saya. Kadang-kadang post saya mempunyai cerita yang penuh pengajaran.
Semenjak datang ke bumi seribu menara ni saya sudah berubah hampir 68% rasanya.
Antara contoh perubahan yang sudah saya capai ialah saya dahulu seorang yang ketagih satu perbuatan yang amat memberi mudharat terhadap diri dan juga orang yang tercinta. Namun sekarang saya sudah berhenti 100% dari perkara tersebut walaupun rakyatnya di sini ramai yang ketagih perkara tersebut. Ini membuktikan jika kita ingin berubah amat mudah cuma perlu tekad yang tinggi.
Dulu juga saya jenis yang banyak bercakap. Selalu gurau-gurau dan jarang serius. Sekarang saya makin serius dan sedikit kurang bercakap dari dahulu.
Saya cuba sebaiknya untuk banyak senyum dari gelak. Banyak bercakap yang menfaat dari perkara yang tidak menfaat.
Saya belajar-belajar untuk mempertingkatkan amalan dalam hidup. Saya cuba untuk tidak cinta akan dunia. Saya mahu kurangkan facebook-ing dan blogwalk-ing walaupun kos berinternet di sini murah.
Saya mahu memperkasakan ilmu saya. Saya mahu ketagih ilmu. Saya mahu cinta ilmu.
Saya makin banyak belajar ketika hidup sendirian. Tanpa ibu bapa dan disini serumpun ibarat satu keluarga.
Kesimpulannya, saya mahu menjadi lebih baik dari semalam.
CINTA PUNYA CERITA
Saya empunya cinta. Cinta dalam cinta. Cinta yang berbeza dalamnya bagi setiap orang namun cinta itu hanya kerana Pemilik kepada Cinta, Insya Allah. Saya bukan membahagikan cinta dan bukan juga mengkongsikan cinta, namun mencipta cinta.
Secara ikhlas saya mahu menulis kerana cinta. Saya cinta akan Islam maka saya ingin Islam tertegak berlandaskan al Quran dan as Sunnah. Saya cintakan negara maka saya mahu Daulah Islamiah buat negara saya. Saya cinta kepada pemimpin maka saya tegur pemimpin saya. Saya cinta keluarga saya maka saya harapkan yang terbaik buat keluarga saya. Saya cinta akan sahabat saya maka saya mahu kami bersama-sama berubah. Saya cintakan bakal isteri saya maka saya mahu dia kenal semua cinta saya. Saya cinta akan diri sendiri maka saya menulis agar saya boleh berubah menjadi yang lebih baik.
MASA HADAPAN PUNYA CERITA
Sedikit impian dan matlamat. Baru-baru ini saya membeli sebuah kitab yang bertajuk "Adab-adab Islamiah Dalam Kehidupan Seharian" dan "Syamail Muahammad" lalu menulis di dalamnya "Akhlak Persis Rasulullah SAW, Insya Allah". Itu matlamat utama dan terakhir. Sungguh Rasulullah SAW sebaik-baik ikutan. Baginda menunjukkan contoh yang terbaik dalam kehidupan, maka hanya baginda yang layak diikuti.
HATI PUNYA CERITA
"Makcik, anak makcik sudah kena colek!" gurau sahabat saya kepada seorang makcik.
Lalu makcik terus menjawab dengan selamba, "Colek anak makcik tidak apa, tapi jangan colek hatinya."
Tiada apa-apa cerita tentang hati, cuma mahu menyerahkan hati kepada yang sepatutnya dan yang menerimanya boleh terima dengan sebaik mungkin. Antara yang saya sudah serahkan hati saya adalah ibu saya. ^_^ Ada sesiapa lagi selepas ini?
BUKAN CERITA TERAKHIR
Saya mahu saja sentiasa menulis nota cinta setiap hati paling kurang satu nota cinta, namun bukan atas kemampuan saya lagi setakat ini. Ilmu ini masih begitu cetek. Saya masih mahu menuntut dalam segala hal.
Saya cuba buat yang terbaik atas doa dan nasihat sesama kita. Bukan cinta jika kita tidak saling doa dan nasihat menasihati. Maka saya mahu cinta akan kamu semua.
Ini buat adinda saya yang tercinta Ummu Jannah supaya adik tahu nota cinta abang. Bukan tidak mahu buat cerita ringan-ringan, tetapi mahu menulis atas dasar cinta. Atas dasar cinta juga abang menulis nota ini khas buat cintaku Ummu Jannah dan semua pembaca sekalian amnya.
Nota cinta dalam cinta dan rindu kepada bunda Rusnah Abu Samah, ayahnda Haji Muhammad Zakaria, saudaraku terutama Ummu Jannah dan keluarga ummiku. Saya cinta kalian kerana Allah SWT selama-lamanya, Insya Allah.
Kaherah, Mesir.
12.28 am 12 December 2010
p/s: Saya mahu sangat online selalu.. Baca blog dan tengok perkembangan dunia.. Tapi sekarang perlu belajar jimat.. Belajar punya pasal.. huhu.. ^_^
0 pandangan cinta:
Post a Comment