Diantara isu yang kami bincangkan dalam usrah baru-baru ini ialah gejala sosial yang ternyata berlaku di kalangan mahasiswa Malaysia amnya. Dan mahasiswa Azhari juga tidak terlepas dengan kes hisbah walaupun mereka terdiri dalam kalangan yang belajar agama. Perkara tersebut sesuatu yang nyata dan bukan omong kosong hikayat mat jenin.
Bagaimana pasangan remaja melakukan 'semulut' di tepi jalan, gejala seks bebas yang berlaku di asrama sukan negara, pembuangan bayi berluasa terutama ketika bulan September, remaja yang tidak tahu langsung mengucap dua kalimah syahadah dan macam-macam lagi gejala dikalangan remaja sekarang. Ini satu kenyataan! Perkara ini juga bukan sahaja berlaku dikalangan mereka yang sekolah biasa, malah pelajar sekolah agama juga sudah pandai jalan berpimpingan tangan dengan lelaki lain walaupun disekolah pelajar inilah yang mengwar-warkan 'la taqrobuz zina (jangan menghampiri zina)' di medan pidatonya apatah lagi mahasiswa universiti Islam.
Saya juga teringat ketika saya sempat menuntut di sekolah menengah kerajaan satu masa dahulu. Bukan satu yang pelik malah membanggakan apa bila pelajar Tingkatan 3 menayangkan 'love bite' dilehernya dihadapan rakan-rakan. Juga mereka yang sudah pandai duduk beriba walaupun ternyata mereka belum menikah. Malah aksi mereka mengalahkan mereka yang sudah menikah ketika sendirian! Dan saya yakin perkara ini diketahui umum.
TUNDING JARI PADA IBU BAPA
Dalam satu hadis yang mashur Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud;
"Setiap anak itu dilahirkan dalam kaadaan fitrah. Maka kedua ibu bapalah yang bertanggungjawab menjadikan anak itu Yahudi, Nasrani atau Majusi"
[HR Bukhari]
Tidak dapat bayangkan apabila seorang ibu yang besusah payah melahirkan seorang anak juga seorang bapa yang menjaga dan menyara anak itu sendiri yang menarik anak itu bersama-sama mereka ke siksaan yang perit di akhirat sana. Ini perumapamaan bagi ibu bapa Islam yang secara istilahnya 'yahudi dan nasrani' yang membentuk anak-anak juga menjadi 'yahudi dan nasrani' seperti mereka.
Tidak kurang juga perumpamaan ibu bapa yang menolak anak mereka yang mereka cintai sendiri ke neraka sehinggakan ketika menolak anak mereka, anak-anak ini sempat menarik kaki ibu bapa mereka sekali ke lembah tersebut. Ini bagi mereka yang membiarkan anak-anak melakukan maksiat di depan mata mereka sendiri. Ibu bapa jenis ini mungkin beragama namun kerana sibuk atau mungkin terlalu sayang sehinggakan mereka tidak kisah jika anak mereka terjerumus ke dalam lembah kemaksiatan.
Bukan ingin menyalahkan ibubapa 100%, namun asas pembentukan seorang anak bermula dari ibu bapa itu sendiri berdasarkan hadis di atas. Jangan salahkan TV dan persekitaran yang merosakkan anak-anak itu namun salahkan diri ini yang tidak mendidik anak sebaiknya bukan sahaja selepas kelahiran namun sebelum nikah lagi kita perlu mendidik diri kita supaya kita akan melahirkan zuriat harapan Islam. Dan ini juga satu kenyataan!
HIBURAN YANG TERLAMPAU KOT
Rasulullah SAW pernah ketawa, Rasulullah SAW juga pernah berhibur. Sesungguhnya hiburan bukanlah sesuatu yang salah.
Namun jika hiburan itu sendiri yang sudah melanggar syariat, mengapa tidak anda sebagai seorang remaja akan menarik tangan ibu bapa anda sendiri ke neraka.
Anda perlu sedar bahawa Islam itu sudah mencukupi dalam segala aspek kehidupan. Islam bukan sahaja tertumpu dalam bab-bab solat dan tayammum seperti yang biasa diwar-warkan di sekolah. Islam lengkap dari aspek yang paling remeh sehingga yang paling penting. Dari hiburan, adab ibu bapa juga sehingga pemerintahan negara.
Kita hidup di zaman moden dan serba maju maka kita harus seiring dengan kemajuan. Namun kemodenan dan kemajuan itu perlu mengikut al Quran dan as Sunnah. Kita hidup dizaman yang mempunyai wayang, TV, radio, internet, Blackberry, fesyen, canggih, permikiran terbuka dan pelbagai lagi tarif bagi kehidupan kini yang serba moden namun seharusnya bukan Islam yang mengikut kehendak kemodenan namun kemodenan itu sendiri harus berlandaskan Islam.
Namun bagaimanakah moden yang berlandaskan Islam?
MODEN ISLAMI
Anda perlu tahu Islam bukan agama yang kolot dan jumut. Allah SWT tuhan yang memelihara agama ini pastinya sudah tahu apa yang ditetapkanya sejak dari azali. Menetapkan apa yang ada di dalam al Quran dan Hadis pastinya perkara itu adalah yang terbaik buat hambanya, kita yang hidup di akhir zaman ini.
Maka kita ikut Islam dalam kehidupan kita. Menonton TV dan wayang bukanlah sesuatu yang menjadi kesalahan jika cerita yang kita tonton tidak menyalahi syariat. Cerita yang benar-benar menekankan aspek aurat dan cerita itu juga dapat memberikan menfaat kepada kita. Bukan cerita yang hanya menguntungkan penerbit namun penonton langsung tidak dapat apa-apa menfaat selesai menonton cerita tersebut. Lebih baik bayaran untuk menonton wayang itu kita gunakan untuk sedekah atau paling kurang membeli buku yang bukan sahaja menfaat untuk diri kita di dunia dan akhirat (insya Allah) malah memberi keuntungan kepada orang lain apabila ilmu itu kita kongsikan dengan orang lain. Sweet kan ^_^
Juga dalam penggunaan talifon bimbit. Tidak salah menggunakan talifon bimbit yang canggih selagi kita tidak riya' menggunakanya. Malah mendapat manfaat apabila talifon tersebut kita gunakan untuk tujuan agama dan menyebarkan ilmu. Canggih woo. Namun canggih beragama.
Fasyen juga antara aspek kemodenan namun bukan makna bila kita berfesyen harus menjadi orang yang lebih miskin seperti tidak cukup duit untuk beli kain apabila pakaian kita dedah sana dedah sini. Berfesyenlah korang semua selagi korang tidak ada sifat riya' dan pakaian korang tidak menyalahi syariat. Belajar-belajar bagaimana berpakaian menurut Islam. Kacak nan cantik lagi. Serius.
Indahnya pendidikan yang dibawa ahli hikmah Luqman al Hakim dalam mendidik anaknya sehinggakan Allah SWT menukilkan nasihatnya di dalam al Quran. Maka antara nasihat yang ingin saya kongsi bersama para sahabat sekalian ialah:
"(Dan Luqman menasihati anaknya dengan berkata): "Wahai anakku, jika ada satu perkara (yang baik atau yang buruk) sekalipun seberat biji sawi dan ia tersembunyi di dalam batu besar atau di langit atau di bumi, sudah tetap akan dibawa oleh Allah (untuk dihakimi dan dibalasnya), kerana sesungguhnya Allah Maha Halus pengetahua-Nya lagi Amat Meliputi akan segala yang tersembunyi".Pesan saya, jom cuba moden Islami
[QS Al Luqman 31 : 16]
p/s: Bab wayang ni saya mushkil sikit. Saya juga pernah menonton wayang satu masa dahulu. Rasa macam rugi sangat bila duit habis hampir RM 10 hanya selama 2 jam namun bila pulang langsung tiada menfaat buat diri saya juga buat Islam. Pikir-pikir balik saya telah menyumbang kearah kemaksiatan. Saya bukan sahaja menyumbangkan duit buat artis itu atas bayaran dia berlakun dengan membuka aurat, malah memberikan dia semangat untuk membuka aurat dengan lebih semangat. Bukan nak kurangkan orang yang membuka aurat. Kan3. Takut-takut nanti saya pula akan dihisab Allah SWT kerana menggalakkan pembukaan aurat seseorang tanpa mengurangkan sedikitpun dosa orang yang buka aurat iyu lalu dikongsi bersama saya.
Kalau RM 10 saya beli majalah SOLUSI, baca dan sampaikan sudah tentu lebih banyak manfaat. Bukan sahaja saya menfaatkan masa saya untuk ilmu malah orang lain juga dapat bila kita kongsikan bersama. Kan3.
Apa-apa pun saya sedih bila tidak mampu menegur kawan saya yang membuka aurat untuk kembali malu dengan menututup aurat. Semoga saya mampu berubah dan juga meru
0 pandangan cinta:
Post a Comment