Followers

Sunday, December 19, 2010

KEJAHILAN DULU TERKUMPUL DI SINI


Saya masih ingat lagi ketika waktu kecil-kecil dahulu. Ketika zaman tadika, sekolah rendah dan ketika zaman aktif mengikut program-program keagamaan. Saya sering disajikan oleh cerita-cerita kisah nabi zaman dahulu dan juga zaman arab jahiliah mengenai kejahilan mereka sebelum datangnya Rasulullah (keatas mereka salam dan selawat). Ada diantara mereka yang jahil namun selepas mendapat seruan untuk beriman maka mereka beriman dengan sepenuh hati. Dan ada juga diantara mereka yang jahil namun apabila sampai seruan untuk beriman namun mereka tetap dengan kejahilan mereka. Akhirnya mereka mendapat azab yang pedih.

Jika Firaun terkenal dengan sifat mengaku sebagai tuhan, Qarun dengan hartanya, kaum Lut dengan homoseksualnya, kaum nabi Ibrahim dengan sembahan berhalanya dan tidak kurang juga arab jahiliah yang terkenal dengan kebodohan mereka. Cerita-cerita ini bukan cerita juha dengan anaknya yang boleh disangkal kebenaranya. Kisah ini semua telah termaktub dengan dakwat emas di dalam al Quran yang sudah nyata benar dan tiada salahnya walaupun sedikit. Dan azab yang diberi oleh Allah SWT itu benar-benar berlaku sehinggakan menumbulkan kesan sehingga ke hari ini.

Namun, apa masalah yang berlaku pada hari ini ialah semua kejahilan tersebut kiniterkumpul disini. Di mana? Di negara yang anda duduk sekarang. Tidak perlu anda membayangkan bagaimana perbuatan jahiliah dahulu kerana semuanya ada di Malaysia, negara yang kita cintai.


KEJAHILAN DULU TERKUMPUL DISINI

Bukan cerita kosong. Anda search dalam YouTube.com dan cari video bertajuk 'It Gets Better in Malaysia: A**** I***** " Saya Gay, Saya OK" dan lihat bagaimana seorang yang bernama Islam boleh mengaku secara terbuka bahawa dia gay, anda pergi di belakang Lorong Haji Taib dan lihat sendiri, anda baca akhbar Metro dan baca sendiri bagaimana artis yang juga rakyat Malaysia bahkan Islam berpakaian seperti arab jahiliah, anda ambil tahu bagaimana bulan September dan Oktober bulan pembuangan bukan sahaja anak perempuan, malah dengan anak lelaki mereka buang, anda lihat bagaimana Ayah Pin yang mengaku tuhan apatahlagi mereka yang mengaku sebagai rasul dan ini semua tidak perlu dilihat diluar negara kerana di Malaysia 'macam-macam ada'.

Bagi mereka, saya tidak pernah sesekali salahkan mereka kerana mungkin mereka jahil seperti jahilnya kaum yang terdahulu. Mereka buat dosa sedang mereka tidak tahu manakala mungkin kita buat dosa sedang kita mengetahui.


PEMBELAAN YANG SALAH

Di Malaysia juga mempunyai rakyat yang mempunyai timbang rasa dan kasih sayang yang cukup kuat. Mereka ingin membela nasib-nasib mereka yang sudah terlajak melakukan perkara yang diluar tabie sebagai seorang manusia.

Lalu, wujudlah di Malaysia sekolah khas bagi pelajar-pelajar yang sudah mengandung, agensi yang menjaga hak-hak Islam Libral dan yang paling terbaru ada persatuan yang menjaga hak-hak bagi lesbian, gay, biseksual dan tragender (LGBT) ini. Niat mereka murni dan bersih namun mungkin kerana kejahilan membuatkan cara yang mereka lakukan salah disisi agama. Kerana tidak belajar maka niat yang murni ini tetap salah pada dasarnya.


DI MANA KAMU WAHAI DAIE'?

Sedar tidak sedar sepatutnya kita yang harus dipersalahkan atas kejahilan mereka. Ya, mekera gay. Ya, mereka lesbian. Ya, mereka berzina dan membuang anak. Dan ya mereka mengaku sebagai tuhan. Namun adakah kita harus berdiam diri disaat mereka mengatakan ya terhadap permasalahan mereka?

Kita belajar agama dan tahu sedikit sebanyak mengenai hukum agama. Dan saya akui mungkin diantara kita tahu siapa mereka dan mungkin diantara mereka ada dikalangan sahabat kita. Kita tidak harus meminggirkan mereka. Saya terkilan bila mana ada seorang sahabat saya yang lembut di ejek oleh rakan-rakan yang ternyata beragama. Mengapa ini berlaku? Tidakkah kesanya orang yang lembut ini akan mencari mereka yang sealiran dengannya dan akhirnya saya bimbang mereka bukan sekadar lembut, namun akhirnya akan terjerumus ke lembah gay.

Kita jagan menolak mereka. Kita terima mereka cara Islam. Kita cuba perlahan-lahan untuk mengenali mereka. Cari penyelesaian cara Islam.

Saya akui saya mempunyai teman yang tidak bertudung. Saya juga pernah berkawan dengan orang yang berbeza agama. Saya cuba usaha walaupun nampak seperti tidak berkesan. Semua orang harus menggalas beban dakwah. Dakwah bukanlah sesuatu yang berat. Dakwah itu ringan dan berat mengikut tahap keimanan kita. Perlahan-lahan kita cuba untuk berubah dan merubah orang lain.




TOLONGLAH HENTIKAN KEJAHILAN INI

Anda akan mendapat lebih baik di Malaysia. Wahai mereka para daie' yang saya cintai sekalian. Saya yakin anda tahu hukumnya yang lazim kita ketahui seperti membuka aurat, berzina, homoseksual dan sebagainya. Saya bukan persoalkan mengenai hukum jual beli atau pemerintahan, namun cuma hukum yang disebut-sebut di sekolah-sekolah. Mengapa anda tidak mengajak mereka untuk berhenti melakukan kejahilan ini. Tegur mereka dengan nada cinta. Dan ajak mereka kepada kebaikan dengan nada cinta.

Wahai mereka yang mempunyai masalah mengenai cara penutupan aurat, cara mengelak dari nafsu sejenis dan sebagainya. Pergilah wahai kamu yang saya cintai untuk menunutut ilmu. Bacalah buku sebanyak-banyaknya. Tanyalah ustaz-ustaz dan hindarkan perasaan malu. Saya yakin semua ada penyelesaiannya. Jika anda tidak percaya anda juga boleh tanya saya sendiri bagaimana cara penyelesaianya. Emel saya di alirani.muhammad@gmail.com.

Saya amat bimbang dengan kejahilan umat terdahulu yang kini terkumpul di Malaysia. Mari kita belajar dekati Islam dari sudut yang sebenarnya. Cara yang mudah cintai ilmu dan amalkan ilmu insya Allah anda akan cintai Pencipta ilmu.

Semoga kita tidak tergolong dalam golongan orang yang jahil,

Salam cinta ilmu dari saya

Kaherah, Mesir
4.36 pm 19 Desember 2010

p/s: Bila saya menuntut bersama mereka yang datang dari pelbagai negara, saya dapat macam-macam dari yang saya sangka. Saya dapat bahasa mereka, budaya mereka dan yang penting saya dapat cinta can ukhwah sesama mereka dan asasnya hanya kerana menuntut ilmu di tempat yang sama. Indah bukan? Jom kita doa sesama kita semoga dilimpahkan ilmu dari Allah SWT dan keberkatan keatas ilmu tersebut, Insya Allah.

0 pandangan cinta:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © NOTA CINTA Design by Muhammad Salman al Farisi | Blogger Theme by Al Irani Muhammad | Powered by Blogger