Akhir tahun dan awal tahun. Hari yang bersebelahan namun berbeza peranan dan konsep bergantung pada setiap individu. Kesan bagi akhir dan awal tahun ini dirasaai oleh hampir kesemua orang di dunia ini kecuali mereka yang merasakan hidup ini tidak harus diperbaiki.
Bagi mereka yang memikirkan akhir dan awal tahun sebagai dua hari pesta besar-besaran persis yang dilakukan orang kafir, maka tiada makna bagi mereka tahun lepas dan tahun berikutnya. Tahun lepas yang diakhiri dengan maksiat dan awal tahun juga dimulakan dengan maksiat.
Dan diantara adat akhir dan awal tahun sudah semistinya azam. Dimana saban tahun mungkin berubah mengikut kehendak diri dan ada juga yang memperbaharui azam lepas yang belum lengkap pencapaianya. Senyum pasti terukir bila mereka menyatakan azam mereka pada tahun lepas tercapai dan mula memikirkan azam yang lebih menarik pada tahun hadapan.
Sampai bilakah pembaharuan dalam diri ini hanya berlaku setiapkali pertukaran tahun?
Sampai bilakah pembaharuan dalam diri ini hanya berlaku setiapkali pertukaran tahun?
AZAM YANG MAKIN DILUPAKAN
Umumnya kita sering meletakkan perkara duniawi sebagai azam. Contohnya ingin memiliki itu dan ini pada tahun hadapan tanpa meletakkan sifat qanaah dalam diri. Ingin menambah perkara duniawi sehinggkan melupakan azam utama yang harus dicapai oleh setiap Mukmin. Mengutamakan perkara yang tidak perlu sehinggakan kita melupakan perkara asas.
Bukan sesuatu yang salah jika kita sentiasa berazam kearah duniawi namun harus berpada-pada jangan sehingga kita jauh pada Rab Izzah. Perkara duniawi pada zahirnya namun disebaliknya ia dapat menigkatkan usaha dan amalan kita, membuatkan orang kafir memandang tinggi kepada umat Islam dan mungkin perkara duniawi tersebut dapat mendekatkan kita kepada Allah SWT.
Insya Allah, Nahnu Muslim (kita adalah muslim). Seharusnya bagi kita mengutamakan perkara asas sebagai seorang Muslim dan meletakkanya sebagai perkara utama dalam kehidupan walau apa sahaja yang terjadi. Jika pada tahun lepas kita sering meninggalkan solat, maka azam untuk tidak meninggalkan solat. Jika solat sudah lengkap cuma kita tidak menunaikanya di masjid, maka cuba azam untuk melazimi masjid sehinggakan berjaya setiap waktu solat di masjid. Jika kita sentiasa solat di masjid, cuba berazam untuk menjadi imam di masjid. Cuba sebaiknya berazam untuk sentiasa memperbaharui diri kearah kebaikan.
Kita juga wajib berazam untuk meninggalkan kemungkaran terutama yang dilakukan oleh diri sendiri. Contoh yang paling sering kita lakukan ialah maksiat yang susah hendak dikawal iaitu yang melibatkan panca indra. Mata, mulut, telinga dan segala panca indra termasuk minda.
Maksiat melalui panca indralah yang harus ditinggalkan supaya kita dapat mengekang maksiat yang lebih besar. Antara contoh asas maksiat melibatkan mata ialah memandang perkara yang haram, telinga mendengar perkara yang haram, mulut bercakap dan makan perkara yang haram, pergerakan bergerak kearah perkara yang haram dan minda juga hati memikirkan perkara yang haram.
Maksiat melalui panca indralah yang harus ditinggalkan supaya kita dapat mengekang maksiat yang lebih besar. Antara contoh asas maksiat melibatkan mata ialah memandang perkara yang haram, telinga mendengar perkara yang haram, mulut bercakap dan makan perkara yang haram, pergerakan bergerak kearah perkara yang haram dan minda juga hati memikirkan perkara yang haram.
Belajar segala perkara-perkara yang haram dilakukan oleh setiap Muslim dan cuba tinggalkanya.
SETAHUN SEKALI SAJA JADI BAIK?
Seharusnya kita sentiasa berazam. Ia, azam bukan sahaja pada tahun baru malah sepanjang masa dan paling kurang setiap hari. Setiap hari sebelum terlena kita harus muhasabah. Apa yang telah kita lakukan saban hari dari pagi hingga ke malam. Dari keluar rumah sehingga kita pulang. Nilai kehidupan kita sepanjang hari.
Lalu jika pada hari tersebut berlaku kepincangan yang kita hadapi, cuba beristghfar sebanyak-banyaknya. Istighfar walaupun anda cuma terlewat untuk pergi ke masjid. Beristighfarlah walaupun anda cuma memandang wanita yang haram untuk dilihat hanya sekilas pandang. Beristighfarlah walaupun kesalahan itu hanya perkara asas dalam kehidupan. Biar lena kita dihiasi oleh istighfar.
Azam untuk sentiasa menjadi Muslim yang mengikut al Quran dan as Sunnah inilah wajib diterapkan setiap hari dalam diri. Azam untuk menjadi baik dan menggalkan kemaksiatan yang dilakukan. Andai kita tidak dapat membayangkan bahawasanya kita sentiasa bersama malaikat bayangkan sahaja malaikat akan sentiasa bersama kita. Agar hari ini lebih baik dari semalam dan esok lebih baik bagi diri kita, Insya Allah.
Wallahu 'alam.
p/s: Baru-baru ini kami pelajar Selangor di Mesir menyambut kedatangan YB Dato' Dr. Hasan Bin Mohamed Ali, Exco Selangor Darul Ehsan. Jadi kami sebagai para pelajar telah mengadakan majlis yang cukup memberikan kesan terhadap kami. Banyak yang kami dapat hasil daripada program ramah mesra bersama beliau. Dan saya juga telah menjadi sebahagian dariapda ahli jawatankuasa program tersebut.
Dan baru-baru ini juga YB Dato' Ali Rustam, Menteri Besar Melaka juga telah bertandang ke Mesir bagi merasmikan bagunan asrama baru pelajar Melaka. Dan umum pelajar Melaka di Mesir mengetahui kedatangan Ali Rustam ke Mesir bukan membawa seribu erti tetapi telah menitiskan air mata penuh kekecewaan dan kesedihan para penuntut ilmu di bumi ambiya ini. Beliau telah mengharamkan Badan Kebajikan Anak Negeri (BKAN) Melaka Mesir dimana badan yang telah menjaga kebajikan anak negeri tadbiran beliau sendiri dan digantikan dengan persatuan lain . Dan pelbagai lagi kepincangan yang berlaku hasil kedatangan beliau.
Sungguh berbeza. Bagaimana kehadiran pemimpin yang telah memberi seribu erti dan pemimpin yang menyebabkan para pelajar di bumi penuh barokah ini terasa dizalimi.
Semoga ilmu kita sama-sama diberkati Allah SWT.
0 pandangan cinta:
Post a Comment