Followers

Tuesday, December 7, 2010

HIJRAH KEBANGKITAN PEMUDA


Baru-baru ini saya ada membaca berberapa artikel mengenai cerita yang diada-adakan mengenai hijrah Rasulullah صلى الله عليه وسلم dari Makkah ke Madinah. Dan perkara yang paling penting adalah Rasulullah صلى الله عليه وسلمberhijrah bukan pada waktu malam, tetapi pada waktu siang.

Pada pendapat saya, sebelum berlaku hijrah mungkin periwayatan hidup Rasulullah صلى الله عليه وسلم tidak begitu ditekankan sehingga timbul kisah yang diadakan ini. Berbanding selepas hijrah di mana ummat Islam ketika itu sudahpun berjumlah ribuan orang dan sudah tentu ada dikalangan mereka pemikir yang hebat. Namun, tetap juga timbul hadis palsu kononya daripada Rasulullah صلى الله عليه وسلم.

Bukan cerita tersebut tidak ada baiknya bagi kita umat baginda Rasulullah صلى الله عليه وسلم, namun ia seakan-akan membuat fitnah terhadap Rasulullah صلى الله عليه وسلم. Mengatakan bahawa Rasulullah صلى الله عليه وسلم pernah buat itu dan ini, namun pada dasarnya baginda Rasuluallah صلى الله عليه وسلم tidak langsung pernah berbuat begitu. Bukankah itu dinamakan fitnah? Maka celakalah kepada mereka yang membuat fitnah kepada Rasululah صلى الله عليه وسلم.

Saya berhajat ingin menceritakan mengenai hijrah Rasuluallah صلى الله عليه وسلم berdasarkan hadis sahih, namun saya tidak lagi terjumpa kisah tersebut dalam kitab hadis yang enam. Insya Allah jika saya terjumpa pada kemudian hari saya akan kongsikan bersama pembaca sekalian.


KEBANGKITAN PEMUDA

Perkara yang disahkan oleh para ulama' amnya adalah Rasuluallah صلى الله عليه وسلم telah berhijrah ke Yathrib (Madinah) bersama Abu Bakar as-Siddiq, seorang sahabat yang mashur menegenai keimananya dan sumbanganya kepada Islam.

Mereka berdua ketika itu adalah pemuda. Pemuda yang meluaskan risalah dakwah Islamiah yang masih utuh pemikiran dan perjuangan.

Hijrah mereka bukti pemuda mampu untuk mengubah dunia. Menyebarkan risalah sehingga kesannya Islam berjaya menakluk 2/3 dunia malah membawa kepada iman sehingga ke hari ini.

Inilah pemuda sebenar yang harus dicintohi oleh pemuda-pemuda Islam kini.

Dan juga ketika seorang anak Abu Bakar as Siddiq yang bernama Asma' binti Abu Bakar yang membekalkan makanan untuk mereka (Rasulullah SAW dan Abu Bakar) bersembunyi digua Tsur sebelum berhijrah juga membuktikan bahawa pemudi juga memainkan peranan besar dalam kebangkitan Islam.

Peranan pemuda dan pemudi amat penting namun ciri bagaimankah untuk melahirkan seorang pemuda/di harapan Islam?


PENGHIJRAHAN 4 PERKARA BAGI PEMUDA

Al Imam Hassan Al Banna pernah menyebut bahawa 4 ciri ini harus ada pada seorang pemuda:

PERTAMA: TAKWA
Sifat takut kepada Allah سبهانه وتعلى dengan melaksanakan segala suruhan dan meningglakan segala amalan yang dilarang oleh-Nya berlandaskan al Quran dan as Sunnah.
Ulama memberikan pelbagai makna taqwa dalam kitab mereka namun makna mereka hampir sama iaitu menjurus ketaatan kepada Allah سبهانه وتعلى.
Takwa penting bagi seorang pemuda untuk mencapai kebangkitan dalam segala hal. Pemuda memiliki semangat yang 'luar biasa'. Semangat inilah perlu dipandu oleh sifat takwa kepada Allah سبهانه وتعلى.

Pemuda berani. Jika di Malaysia mereka berani melakukan aksi 'stunt' dalam pesta mat dan minah rempit. Mereka berani menyahut cabaran berdemonstrasi. Mereka berani menegakkan yang hak. Pemuda bisa melakukan segalanya. Takwalah yang akan menjadi pedinding kepada pemuda supaya keberanian mereka tidak disalurkan kearah yang diluar syariat.

KEDUA: IKHLAS
Melakukan segala amalan hanya kerana Allah سبهانه وتعلى [Hadis no. 1 40 Hadis Imam Nawawi]. Nilai ikhlas amal seseorang tidak boleh dinilai oleh sesiapa melainkan Allah سبهانه وتعلى.
Berdasarkan hadis no. 1 40 Hadis Imam Nawani yang menceritakan seorang lelaki yang berhijrah ke Madinah kerana seorang wanita yang bernama Ummu Qaish. Sahabat tersebut sudah memiliki SEMANGAT (untuk berhijrah) dan TAKWA (bernikah) ketika melakukan hijrah. Namun kerana niat beliau untuk bernikah, maka beliau mendapat apa yang ditijunya. Semuanya ikhlas dan ikhlas bergantung sejauh mana niat kita.

KETIGA: SEMANGAT
Seperti yang saya katakan sebelum ini, semangat antara elimen penting dalam diri seorang pemuda.
Saya akui, bukan semua orang memiliki sifat yang sama atau bahasa mudah bukan semua memiliki semangat yang sama. Namun perkara ini perlu dipupuk dalam diri seorang pemuda. Melakukan sesuatu pekerjaan sehabis baik.
Dalam skop kelas di sekolah contohnya. Bukan semua ada bakat menjadi Kutua Kelas, Bendahari atau lain-lain jawatan. Jika semua menjadi Ketua Kelas, siapa mahu melaksanakan tugas yang diarahkan?
Atas sebab itu bukan semua pelajar berbakat menjadi Ketua Kelas. Namun, Ketua Kelas harus memimpin sehabis baik dan pelajar-pelajar yang lain harus taat sehabis baik. Ketua Kelas semangat dengan kempimpinanya dan pelajar-pelajar harus semangat untuk melaksanakan arahan yang diberi.
Juga dalam skop pemerintahan negara. Bukan semua layak untuk menjadi Perdana Menteri (PM). Ramai diantara rakyat yang mengecam tindakan PM apabila beliau mengutarakan cadangan dan tidak kurang juga yang bersetuju kerana fahaman politik ataupun ilmu masing-masing. Namun, adakah antara mereka yang mengkritik itu layak untuk menjadi PM? Apa yang akan terjadi jika semua mahu menjadi PM?
Maka perlunya seorang PM yang bersemangat melaksanakan tugas dengan sehabis baik dan rakyat juga perlu patuh sehabis baik selagi Perdana Menteri itu TIDAK MELANGGAR AL QURAN DAN AS SUNNAH.

Yang penting semangat!

KEEMPAT: AMAL
Ada satu perpatah arab yang mengatakan; "Ilmu tanpa amal ibarat pokok yang tidak berbuah".
Seorang pemuda sudah TAKWA, IKHLAS dan SEMANGAT namun masih tidak melakukan amalan dalam kehidupan tidak lengkap sepenuhnya. Semangat melakukan tangungjawab namun tidak membaca al Quran walaupun satu muka surat paling kurang tiap-tiap hari. Ikhlas dalam memimpin namun melecehkan suruhan Allah سبهانه وتعلى. Dimanakah nilai mereka seorang pemuda? Semoga kita bersama-sama berubah, Insya Allah


REALITI PEMUDA ACUAN PEMIMPIN BUTA ISLAM

Realiti pemuda acuan pemimpin Malaysia kini.

Dan Lut ketika dia bertanya kepada kaumnya; "Patutkah kamu melakukan perbuatan keji (homoseksual) yang tidak pernah dilakukan oleh seorangpun dari penduduk alam ini sebelum kamu?" Sesungguhnya kamu mendatangi lelaki untuk memuaskan nafsu syahwat kamu dengan meninggalkan perempuan, bahkan kamu ini adalah golongan yang melampaui batas.
[QS Al A'raf 7 : 30 - 31]

"Apabila telah mendatangi seorang lelaki meliwat seorang lelaki yang lain dalam kaadaan kedua-duanya merelakan, maka kedua-dua lelaki itu berzina"
[Syarah al Muhazzab : 18 / 263]

Ibn Abbas berkata bahawa Rasulullah صلى الله عليه وسلم pernah bersabda (yang bermaksud) : "Sesiapa yang mendapatinya melakukan perbuatan kaum nabi Lut (homoseksual), maka rejamlah yang diatas dan dibawah (kedua-duanya)".
[HR Daud, Tarmidzi dan Ibn Majjah]

Adam Lambert. Beliau terkenal dengan seorang artis homoseksual antarabangsa.
Umum mengetahui artis adalah idola bagi masyarakat. Terutama ketika minda para pemuda kini yang menjadikan artis mereka sebagai idola. Mengapa ketika minda pemuda ini dikotori kerajaan boleh lagi membenarkan artis ini melakukan persembahan di Malaysia. Adakah mahu pemuda Malaysia yang sekian teruknya kini mengikut rentak Adam Lambert (homoseksual)?

Saya suka ketika Maher Zain datang ke Malaysia. Ketika itu kaki club malam pun sudah tahu memasang lagu Maher Zain sebagai ringtone. Ini satu perubahan yang baik walaupun mereka bukanlah ingin mengikut pesanan Maher Zain dalam lagunya tetapi paling kurang alunan nasihat itu didengari saban waktu.
Ini membuktikan artis yang membuat persembahan di Malaysia amat memberi kesan mendalam terhadap pemuda khusunya.

Adakah pemimpin Malaysia tidak mampu menyekat kemasukan Adam Lambert? Malah mahu melonggarkan lagi syarat kemasukan artis antarabangsa.

Jika ya! maka mereka memang pemimpin yang tidak sayangkan pemuda.

Lagi,


dan lagi,


Gambar ke-3 pula menunjukkan bahawa kanak-kanak kini juga telah dikotori minda mereka dengan semangat yang melampaui batas untuk menjadi artis. Kanak-kanak Melayu Islam telah sejak dari kecil belajar begaul bebas. Dari kecil sudah diajar untuk membuka aurat. Apa yang akan terjadi ketika mereka besar? Anak-anak itu lahir dalam kaadaan fitrah maka ibu bapalah yang membentuk mereka sama ada menjadi PENZINA, PEMINUM ARAK ataupun menjadi seorang pemuda/di harapan ummah.

Dimanakah letaknya Islam yang meniggikan taraf peradaban. Islam yang meninggikan taraf wanita dengan adanya aurat, meniggikan taraf akal dengan pengharaman arak, merendahkan taraf kezaliman tengan pengharaman judi dan seumpamanya?

Adakah satu-satu kaum itu dikira tinggi peradabanya jika penuh dengan zina, anak lahir luar nikah, mabuk sana sini, hiburan merata-rata dan seumpamanya?

Apa tanggungjawab kita sebagai pemuda dan? Juga tanggungjawab ibu bapa sebagai pebentuk pemuda zaman kini?


HIJRAH KEBANGKITAN PEMUDA

Wahai pemuda/di yang saya cintai sekalian. Masa lalu biar disesali dengan istighfar dan taubat. Cuba kita usaha untuk masa akan datang dengan menjadi yang lebih baik. Hijrah seorang pemuda.

Jika anda seorang pemuda yang teruk yang boleh berubah apatah lagi tidak teruk, mengapa anda tidak anda berubah? Terlalu susahkah untuk berubah? Pastikah anda sempat bertaubat sebelum tiba ajal yang tidak mustahil tiba selepas anda membaca artikel saya?

Mereka yang 'redha' dengan segala tindakan rosak yang dilakukan seperti contoh yang saya berikan di atas, mengapa tidak anda tidak berusaha untuk menasihati mereka? Paling kurang sebarkan risalah dakwah walaupun melalui Facebook.

Mereka yang terdiri daripada seorang daie, berusahalah meningkatkan dakwah kita dalam segala aspek. Jadilah mereka yang menyahut suruhan 'ta'muruna bil ma'ruf wa tanhau na 'anil mungkar' denagn lebih bersemangat.

Sungguh di dunia mempunya pelbagai jenis golongan. Pemuda adalah golongan utama. Mari kita bangkit menjadi pemuda yang mencontohi sebaik-baik pemuda iaitu Rasulullah صلى الله عليه وسلم. Nasihat menasihatilah sesama kita semoga kita lebih baik pada masa akan datang, Insya Allah.

Salam perubahan daripada saya

Kaherah, Mesir
1.32 pm 09 Desember 2010

p/s: Baru-baru ini saya ada memasuki kelas Bahasa Arab Fushah secara intensif di sini. Dalam kelas saya langsung tiada seorang orang Melayu. Alhamdulillah dengan itu saya lebih mudah mendalami Bahasa Arab. Dan saya telah berukhwah dengan pelajar dari seluruh pelusuk dunia. Terutama dari rangkaian negara Rusia dan Amarika Selatan.
Kebanyakan mereka yang dari Amarika Selatan kelihatan seperti kaum India di Malaysia. Dari segi pakaian, percakapan dan mimik muka. Apa bila disiasat, datuk moyang mereka berasal dari India yang telah dibawa oleh penjajah.
Mungkin mereka juga adalah saudara kepada kaun India di Malaysia. Begitu indah ukhwah rupanya.

Edit: 1. Bulan Muharram adalah bulan pertama yang dipilih oleh Saidina ‘Umar bin al-Khattab untuk kiraan bulan bagi tahun hijrah. Maksudnya, dua belas bulan dalam satu tahun, Saidina ‘Umar al-Khattab r.a. membuat keputusan untuk memilih Muharram sebagai bulan pertama bagi tahun Hijrah. Ini seperti bulan Januari bagi tahun masihi. Maka, telah berlaku salahfaham sesetengah pihak lalu menganggap Nabi s.a.w berhijrah dalam bulan Muharram. Itu andaian yang tidak tepat.

2. Dahulunya, orang Arab tidak mempunyai kiraan tahun. Mereka hanya mempunyai kiraan bulan dengan nama bulan seperti yang digunakan oleh umat Islam. Nama bulan-bulan hijrah kita hari ini diambil dari nama bulan-bulan ‘Arab. Cumanya, Arab tidak mempunyai kiraan tahun seperti mana bangsa Rumawi yang mempunyai kiraan tahun masihi mereka.

Di zaman Saidina Umar, umat Islam mencadangkan agar diwujudkan kiraan tahun bagi kalender umat Islam. Pelbagai cadangan diberikan termasuk dicadangkan tahun kelahiran Nabi s.a.w. untuk dijadikan tahun pertama kiraan kalendar umat Islam Namun ditolak oleh Amirul al-Mukminin Umar bin al-Khattab r.a. Beliau kemudiannya bersetuju tahun Nabi s.a.w berhijrah dijadikan tahun pertama kiraan tahun dalam kalendar umat Islam.

Kemudian timbul pula persoalan bulan manakah patut dijadikan bulan pertama. Pelbagai cadangan diberikan, termasuk bulan Ramadan. Namun, Amirul Mukminin ‘Umar bin al-Khattab r.a menolaknya kemudian memilih bulan Muharram. Ini disebabkan bulan tersebut umat Islam baru sahaja menyelesaikan ibadah haji. Bukan kerana bulan tersebut Nabi s.a.w berhijrah.

3. Sejarahwan besar al-Hafizd al-Imam Ibn Kathir (w. 774H) menyebut dalam karya sejarahnya al-Bidayah wa al-Nihayah:

Kata Muhammad bin Sirin: Seorang lelaki datang kepada Umar dan berkata: “Tetapkan tarikh seperti mana orang bukan arab lakukan dengan menulis pada bulan tertentu dan tahun tertentu”. Jawab Umar: “Cadangan yang baik”. Mereka berkata: “Tahun bila kita hendak mulakan?”. Ada yang mencadangkan tahun kebangkitan Nabi s.a.w, ada pula cadangan tahun kewafatan dan lain-lain. Lalu mereka bersetuju tahun baginda berhijrah. Lalu mereka bertanya lagi: “Bulan manakah hendak kita mulakan?”. Ada yang mencadangkan Ramadan. Ada yang mencadangkan “Muharram kerana ia bulan yang orangramai baru sahaja selesai menunaikan haji dan ia juga termasuk dalam bulan-bulan haram”. Lalu mereka pun bersetuju menjadikan bulan Muharram bulan yang pertama. (al-Bidayah wa al-Nihayah, 3/252, Beirut: Dar al-Fikr).

Riwayat ini jelas menunjukkan pemilihan Muharram sebagai bulan pertama dalam kalender Hijrah bukanlah kerana ia bulan yang Nabi s.a.w berhijrah padanya. Ia hanya bulan pilihan yang dijadikan bulan pertama bagi kalendar hijrah.

4. Menurut para pengkaji Sirah Nabi s.a.w, hijrah berlaku dalam Bulan Rabi’ul Awwal, bukan Bulan Muharram. Ini disebut dalam pelbagai riwayat. Sebuah karya kajian sirah Nabi s.a.w yang mendapat anugerah dan pengiktirafan besar dalam dunia Islam iaitu al-Rahiq al-Makhtum karangan al-Syeikh al-Mubarakfuri telah menyimpulkan bahawa Nabi s.a.w keluar dari rumah baginda ke rumah Abu Bakar al-Siddiq pada malam 28 haribulan Safar, tahun ke empat belas selepas menjadi rasul. Dari situ, baginda bersama Abu Bakar ke Gua Thur. Mereka berdua berada dalam gua tersebut selama tiga malam. Pada hari pertama bulan Rabiul Awwal baginda dan Abu Bakar keluar dari Gua Thur lalu memulakan hijrah ke Yathrib (Madinah). Mereka dipandu oleh Abdullah bin ‘Uraiqit. Pada hari Isnin, 8 Rabiul Awwal, Nabi s.a.w sampai ke Quba. Baginda berada di Quba selama empat hari dan mengasaskan Masjid Quba. Pada 12 Rabiul Awwal, selepas solat Jumaat, barulah baginda memasuki Yathrib yang kemudian dinamakan Madinah. Inilah kesimpulan yang diambil dari pelbagai riwayat serta catatan ahli sejarah dan hadis. (lihat perincian: al-Mubarakfuri, al-Rahiq al-Makhtum, 163-172. Beirut: Muassasah Fuad).

gua_thur.jpg

Gambar Hiasan - Gua Thur

5. Dengan ini, berdasarkan maklumat yang dinyatakan tadi, jelas bulan muharram bukanlah bulan baginda Nabi s.a.w berhijrah, ataupun memulakan hijrah. Kesimpulannya; baginda keluar dari rumah pada akhir bulan Safar. Memulakan hijrah pada hari pertama Rabiul Awwal dan sampai ke Madinah pada 12 Rabiul Awwal. Jika ada perbezaan pendapat dalam kalangan sejarahwan, ia berkisar pada hari-hari yang disebutkan itu sahaja. Adapun bulan, mereka bersetuju hijrah Nabi s.a.w pada Rabiul Awwal. Dengan itu, kita sepatutnya tahu bahawa bulan Muharram adalah bulan pertama dalam kiraan kalendar hijrah, bukan bulan hijrah Nabi s.a.w.

6. Penetapan kalendar hijrah yang dibuat oleh Amirul Mukminin Umar bin al-Khattab r.a adalah langkah yang tepat bagi memenuhi keperluan urusan pentadbiran dan kehidupan umat Islam. Walaupun idea itu bermula dari cadangan meniru cara pengurusan bukan muslim, tetapi meniru bukan muslim dalam perkara yang bukan ibadah dan pula dapat memberikan faedah kepada umat Islam adalah sesuatu yang diizinkan, bahkan disuruh oleh Islam. Langkah Saidina Umar r.a. itu telah membantu pengurusan dan pentadbiran umat Islam sepanjang zaman. Maka, penetapan tarikh bagi tahun hijrah bukanlah bagi mengujudkan satu upacara agama, tetapi untuk urus tadbir umat.

7. Setelah kita jelas tentang latar penetapan tahun hijrah, iaitu ia berlaku pada zaman Saidina Umar bin al-Khattab r.a bukan pada zaman Rasulullah s.a.w, maka sudah pastilah tiada apa-apa upacara ibadah khusus –sama ada solat khusus, atau puasa khusus atau bacaan khusus- yang Nabi s.a.w lakukan sempena tahun baru hijrah kerana kiraan tahun baru hijrah belum bermula pada zaman baginda. Pada zaman Umar dan khalifah-khalifah selepas Umar juga tiada sebarang upacara ibadah khusus sempena kedatangan tahun baru hijrah. Sebaik-baik petunjuk dalam ibadah ialah petunjuk Nabi s.a.w dan al-Khalafa al-Rasyidin.

8. Setiap hari, setiap waktu umur kita bertambah atau meningkat. Sama ada memasuki tahun baru atau tidak, hayat kita tetap bertambah singkat dan ajal semakin dekat. Setiap kita disuruh untuk berazam ke arah yang lebih baik, samada menjelang atau belum tahun yang baru. Itulah kehidupan dan jiwa seorang muslim. Masa tidak selalu menunggu kita. Kabaikan jangan ditangguh, keburukan jangan ditanggung. Jangan menunggu tahun baru untuk berubah kepada yang lebih baik. Jangan menunggu tahun baru untuk meninggalkan keburukan. Itulah jalan hidup yang patut kita fahami dan hayati. Itu sikap golongan soleh sepanjang zaman. Mereka sentiasa memohon kebaikan dan sentiasa beristighfar kepada Allah.

9. Jika tahun baru hendak diingati atau dihayati, mungkin di sudut kedatangan tahun baru boleh menjadi pemangkin semangat dan azam. Membantu penilaian dan perancangan. Maka, ia akan menggalakkan kita memuhasabah diri; apakah kejayaan amalan baik atau dosa yang telah kita lalui tahun lalu? Juga, yang penting apakah perancangan dan azam kebaikan bagi kalendar yang akan datang. Maka kita pun berazam ke arah prestasi yang lebih baik.


Sumber: http://drmaza.com/home/?p=1297#more-1297

0 pandangan cinta:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © NOTA CINTA Design by Muhammad Salman al Farisi | Blogger Theme by Al Irani Muhammad | Powered by Blogger