Followers

Sunday, October 31, 2010

NADA CINTA DI DALAM DAKWAH

0 pandangan cinta
Baru-baru ini ada seorang sahabat karkun (atau lebih dikenali sebagai tabligh) menegur saya di dalam FACEBOOK. Tanya beliau; "Kat sana tiada markas (pusat dakwah tabligh) ke?".
Jawab saya; "Wallahu 'alam, saya tidak jumpa pulak". Secara jujur saya seorang bekas pelajar madrasah tabligh, Madrasah Syekh Salahuddin Al Amin, Hulu Langat.
Lantas beliau memberi penyataan yang mungkin ada benarnya. Beliau menyatakan "Ana dengar kat sana susah sikit nak buat dakwah. Maklum negara tentera".
Di akhir perbualan saya ada menyatakan bahawa usaha dakwah bukan sahaja dibuat secara berhadapan. Namun usaha ini harus dijalankan melalui semua medium dan pendekatan. Selagi ia tidak terkeluar daripada Syariah.

FACEBOOK, BLOG & INTERNET MEDIUM DAKWAH KONTEMPORARI

Saya petik daripada karangan Prof. Dr. Syeikh Yusuf Al Qardhawi didalam kitab Fikhul Jihad yang berbunyi;

"Menggunakan internet untuk menyampaikan maklumat, suara dan memperkenalkan Islam merupakan satu jihad utama"

Saya amat suka bila melihat banyak group yang menjadikan dakwah sebagai asas group tersebut. Walaupun group yang tiada manfaat banyak juga bilangannya. Kan? >_<

KAU PAKAI TUDUNG PON TIDAK, NAK LETAK HADIS KAT WALL

Saya agak terkilan bila mana ada orang yang mempertikaikan usaha dakwah yang cuba dibuat oleh golongan 'yang kurang beragama' (mungkin). Dia mempertikaikan amal yang dibuat oleh seseorang dengan kata-kata seperti "Sejak bila budak clubing pandai keluarkan hadis ni?", "Kau tidak sedar diri ke, tegur-tegur orang. Ingat kau baik sangat!" sebagai komen kepada wall dakwah yang dibuat oleh sebahagian orang.
Bagi saya, dia cuba untuk merubah diri menjadi yang lebih baik. Atau mungkin sebagai kata-kata semangat. Apa yang kita tulis di wall kita adalah hak kita selagi ia tidak melanggar syariat.
Jika anda tidak suka, kenapa perlu mencaci atau meninggalkan komen yang teruk. Biarkan mereka selagi mereka tidak melanggar syariat.
Saya ada menerangkan sedikit mengenai penulisan wall di Facebook melalui post saya yang sebelum ini.

NADA CINTA DI DALAM DAKWAH

Seperti rintitan sirah Rasulullah SAW, kesemua jalan dakwah yang dilakukan baginda mengikut nada cinta yang amat tinggi. Penuh berkhikmah dan lemah lembut. Ini amat bertepatan dengan firman Allah SWT yang bermaksud;

"Serulah (manusia) kepada jalan Tuhan-mu dengan hikmah dan pelajaran yang baik dan bantahlah mereka dengan cara yang baik".
[QS An Nahl : 125]

Janganlah berdakwah dengan sifat yang kasar.
Saya memetik kata-kata dari hukama' yang berbunyi;

"Sesiapa yang tidak mempunyai sifat lemah lembut, maka ia akan terhalang dari
semua keburukan"


CINTA SIAPA YANG MENEGUR SAYA DAN KERANA CINTA SAYA MENEGUR KAMU

Seseorang yang mempunyai perasaan cinta tidak akan membiarkan orang yang dicintai terjerumus ke dalam neraka.
Atas dasar cinta saya ingin menggunakan medium blog sebagai asas dakwah saya. Kerana saya cinta akan seluruh ummat manusia. Saya tidak ingin melihat sahabat-sahabat saya terjerumus kedalam neraka seperti mana saya tidak mahu terjerumus kedalam neraka. Ingin mereka mendapat redha Allah SWT seperti saya berusaha mendapat redha Allah SWT.
Saya cuba sebaiknya dan selayaknya apa yang dilakukan saya.
Bagi sahabat-sahabat yang mencintai saya, tegur saya jika ada kesilapan. Dekatkan diri saya kepada Allah SWT seperti mana kalian ingin dekat pada Allah SWT. Wallahu 'alam ^_^

Salam cinta dari saya di

Kaherah, Mesir
6.41 pm 31 Oktober 2010
Read full post »

Saturday, October 30, 2010

SENYUM SEBAHAGIAN DARIPADA CINTA

0 pandangan cinta


Baru-baru ini, ketika saya masih berkhidmat dengan sekolah saya, Sekolah Menegah Islam Al Irsyad, Kuantan, seorang sahabat rapat mengenagkan akan kembali neneknya ke rahmatullah (semoga neneknya tergolong dalam dolongan yang de redhai Allah SWT). Dia terkenang sehingga menitiskan air mata.



Di saat itu sata bertanya; "Boleh ana minta 1 perkara dengan enta?",



Dalam kaadaan sedih di bertanya; "Enta nak minta apa dengan ana?",



"Boleh tak kalau enta senyum pada ana" jawab saya. Lantas sahabat karib saya terus tersenyum disaat dia sedang menagis. Alhamdulillah!



SENYUM SIHIR YANG DIHALALKAN



Didalan satu buku karya Dr. Abdullah Aidh Al Qarni beliau ada menyatakan bahawa "Senyum adalah sihir yang dihalalkan".



Mengapa senyum dikatakan sihir?



Jawapan saya bagi penyataan yang diberikan oleh Dr. Abdullah Aidh Al Qarni adalah senyum boleh mengubah segalanya. Dari seorang yang sedang besedih kepada gembira, menimbulkan cinta, pengikat ukhwah dan menyihatkan!



Baru-baru ini ada seorang sahabat yang saya lihat sepanjang hari hanya tersenyum. Pada malamnya saya bertanya; "Kenapa ana tengok enta 1 hari ni senyum je".



"Ana dapat mesej dari mak ana. Mesej ni yang buat ana senyum. Enta tahu mak ana cakap apa?"



Lalu dia menunjukkan mesej yang berbunyi;


"Assalamualaikum, salam Jumaat mama ucapkan. Moga dirimu peroleh rahmat
dari-Nya. Aidil ukirlah senyuman yang paling manis buat mama tau. Biarpun
mama tidak nampak, tapi mama dapat merasainya. Salam sayang dari
mama".


Saya amat tertarik dengan mesej yang diberi oleh mamanya. Meredakan rindu anaknya di perantauan.


SENYUM UBAT PALING MUJARAB

Ada seorang ahli hikmah Inggeris pernah bermadah;
"Doktor terbaik di dunia ada 3; iaitu doktor diet, doktor ketenangan dan doktor
senyum"

Bagi saya, kata-kata diatas menerangkan mengenai 3 perkara yang menyihatkan. 3 perkara ini bukan sahaja menyihatkan tubuh badan (jasmani), bahkan menyihatkan dalaman (rohani). Pertama, diet atau dalam Islam lebih mashur dengan puasa. Kedua ketengan, atau dalam Islam dikenali dengan sabar. Dan ketiga adalah senyum. >_<

Maka orang yang saya cintai sekalian.

Izinkan saya meminta sesuatu daripada anda?

SENYUM SEKARANG!

:)

Kaherah, Mesir
12.18 pm 30 Oktober 2010
Read full post »

Friday, October 29, 2010

LUAH PADA ALLAH SWT ATAU LUAH PADA FACEBOOK

1 pandangan cinta
FACEBOOK sekarang adalah satu yang betul-betul tidak asing. Semua Facebook. Dari pihak kerajaan, restoran, budak kecik, pemimpin negara, artis, budak punk, budak masjid, semua ada Facebook.

Pada mulanya saya menyangka penyakit Facebook hanya parah di Malaysia dan mungkin di Indonesia. Namun ketika sampai di Mesir, seorang rakyat Mesir meminta emel Facebook daripada saya untuk ditambah sebagai rakan! Aiwah. Jadi kongklusi di sini, Facebook penyakit 1 dunia.

Saya sudah menggunakan Facebook semenjak tahun lepas (2009) dan hampir dua tahun menggunakanya. Saat ini saya sudah mempunyai 1 291 rakan di Facebook. Namun jumlah yang mungkin saya kenali mungkin hanya 10% atau 200+. Lagi 90% langsung TIDAK DIKENALI!

Bagaimana dengan anda?

MACAM-MACAM POST DI FACEBOOK

Setelah 'log in', perkara pertama yang terpampang di mata kita adalah "What's on your mind" atau dalam Bahasa Melayu "Apa yang anda fikirkan", dalam Bahasa Itali "A cosa stai pensando?" dan dalam Bahasa Arab "ماذا يخطر في بالك".

Saya sering membaca blog terkenal justkhai.com dan akui ini diantara blog kegemaran saya. Anda boleh membaca sendiri apa yang ditulis oleh bro ni dengan tajuk "Hancurnya sebuah kebahagiaan kerana Facebook". Maka di sini sudah nampak apabila kebanyakan mungkin pengguna Facebook menulis apa yang berada di minda mereka. Nampak macam 'seorang yang bodoh' bukan?

Atas nama cinta saya menulis post kali ini. Saya sedar sebelum membaca entry dari JustKhai, banyak yang saya tulis apa yang berada di dalam minda saya. Namun, setelah membaca, agak insaf untuk menulis di dalam Facebook apa yang berada di dalam minda saya walaupun kadang-kadang tertulis. Atas nama cinta saya ingin menegur diri sendiri dan mengajak orang yang saya cintai fikir "Luah pada Allah SWT atau luah pada FACEBOOK".

DISANGKA PANAS SAMPAI KE PETANG, RUPANYA HUJAN DI TENGAH HARI

Anda tidak cukup perhatian? Tidak cukup kasih sayang? Atau tiada tempat mengadu?

Semua persoalan diatas saya simpulkan semuanya berdasarkan niat masing-masing.

Mungkin ada orang yang menulis apa sarapan mereka, keduduan mereka, masalah mereka dan macam-macam lagi di Facebook. Kita yang membaca membuat kesimpulan yang tersendiri, sedangkan yang menulis juga mungkin ada sebab tersendiri. Disini perlunya akan hormat-menghormati. Kadang-kadang apa yang kita tulis dan disangka baik oleh diri kita, orang lain akan menyangka lain. Niat masing-masing.

Contoh:

Seorang remaja lelaki belasan tahun menulis; "I need my Powerpuff Girls". Kita menyangka pelbagai perkara berdasarkan apa yang ada dalam minda remaja tersebut. Namun apabila saya selidik, "Powerpuff Girls" yang dimaksudkan adalah ibunya. Dia memerlukan ibunya ketika ibunya keluar bekerja untuk berberapa hari. >_<

DOA SENJATA MUKMIN


Firman Allah SWT dalam al-Quran yang bermaksud;
"Dan jika syaitan meganggumu dengan sesuatu gangguan, maka mohonlah perlindungan kepada Allah. Sesungguhnya Dialah Yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui"
[QS Fushshilat : 36]
Ubah cara kita luahkan apa yang ada di dalam minda. Kita tukar dengan doa kita kepada Allah Yang Maha Mendengar. Saya masih ingat satu petikan Ustaz Pahrol Mohd Juoi didalam majalah Solusi. Beliau pernah berkata;
"Doa bukanlah satu pengaduan, kerana Allah SWT lebih mengetahui apa yang diinginkan dan dilakukan hambanya. Tetapi doa adalah satu bentuk kehambaan dan penyerahan kita kepada Allah SWT"

MARI LUAH APA YANG DI MINDA PADA ALLAH SWT

Saya menulis atas nama cinta. Ingin mengajak orang yang saya cintai bersama saya semoga kita tukar cara kita luahkan apa yang ada diminda kat Facebook kepada berdoa kepada Allah SWT.

Walaupun mungkin sahabat-sahabat ada niat yang tersendiri, namun cuba fikir-fikir sebelum menulis. Apa pandangan orang terhadap kita?

Bagaimana anda menggunakan Facebook adalah atas hak anda dan risiko anda sendiri. Namun jangan sampai kita melakukan yang dilanggar syariat.

Penulisan mengenai Facebook tidak berhenti di sini sahaja. Insya Allah atas dasar cinta kita saling tegur-menegur. ^_^

Chow cincau

Kaherah, Mesir
11.50 pm 29 Oktober 2010
Read full post »

PEMIMPINKU PEMIMPINMU

0 pandangan cinta

NOTA CINTA: Ini adalah permulaan langkahku kepada pembukaan blog. Setelah genap 2 minggu berada di bumi ambia' penuh barokah ini, insya Allah.

Aku, seorang yang baru di sini. Aku melihat Mesir dari bulu mata aku sebagai yang baru. Tapi bukan bulu mata yang mahu dicerita di sini ^_^.

Tetapi,

Pasal perbezaan PEMIMPIN! Aiwah! PEMIMPIN!

Aku menulis bukan mahu menyatakan bahawa aku yang terbaik. Sory! Tapi sebagai iktibar. Sebab semua akan menjadi pemimpin. Iktibar semoga kita bersama-sama menyahut menjadi seorang pemimpin yang bertanggung jawab. Andai saya ada silap, tegur saya. Saling tegur menegur, Insya Allah.

Berdasarkan sabda Rasulullah SAW yang bermaksud (hadis ni panjang. namun saya ringkaskan agar kita ambil dia punya isi penting):

"Setiap dari kamu adalah pemimpin dan setiap dari kamu bertanggungjawab ke atas orang bawahannya (yang dipimpin)".

[HR Bukhari dan Muslim]

MESIR

Mesir mengamalkan pemerintahan tentera. Atau bahasa kasar, diktator.

Contoh;

1) Di Mesir, anda tidak di benarkan mengambil gambar sesuka hati. Sedangkan aku nak ambil gambar sungai Nil, secara sembunyi. Sebab pernah kena marah waktu nak ambil gambar sungai Nil. Ngeh3. Namun masih ada kebebasan untuk bergambar. Siapa mahu ambil gambar di Mesir datang lah. Peace. >_<

2) Patung-patung pemimpin mereka tersergam indah di merata tempat. Boleh cakap, setiap kawasan, misti ada patung. Rasulullah SAW pernah berpesan kepada Saidina Ali bin Abi Talib yang bermaksud;

"Jangan engkau biarkan sebuah patung pun kecuali engkau hancurkan dan jangan pula engkau biarkan kuburan yang ditinggikan kecuali engkau ratakan (dengan tanah)."

[HR. Muslim]

Jadi? Fikir-fikirkan.

3) Hidup dikawal ibarat penjenayah. Setiap langkah kita di Mesir, Mohabbit (betul ke istilah ni, lupa.. huhu..) akan tahu. Kalau di Malaysia digelar SB. Jadi jangan buat hal di Mesir. Ada seorang sahabat cerita, bagusnya SB Mesir ni. Kalau kita dirompak, maka perlu buat laporan dalam masa terdekat. Kerana penjenayah akan mudah dikesan. Sebab setiap langkah orang di Mesir akan direkod. Aiwah!

MALAYSIA

Apa cerita di Malaysia?

Semenjak berada jauh dari Malaysia, saya akui seakan-akan ambil tahu atas SEMUA BERITA DARI MALAYSIA! Setiap artikel dari Malaysia akan di baca. Semua laman web media-media Malaysia di lawati.

Sedangkan di Malaysia, mahu tengok Utusan Meloya pon malas, inikan mahu membaca tiap-tiap muka fitnah direka mereka. Berita TV 1 sampai ke TV 9, semua jarang ditonton. Mujur rumah ada UniFi. Banyak sikit rancangan lain.

Antara yang betul-betul TIDAK PUAS HATI pasal kemimpinan Malaysia adalah;

1) Penganjuran Islamic Fashion Festival (IFF) yang ternyata MENYALAHI HUKUM SYARA'. Kat sini tidak perlu di huraikan. Banyak Blog-blog yang sudah menerangkan hukum dan bukti. Ulama' mashur Malaysia sendiri seperti Ustaz Zaharudin & Dr. Maza sudah memberikan pendapat (boleh lihat di blog mereka). Walaupun ada pendapat ulama' mashur Malasyia yang lain macam sikit (singkatan ulama UMNO) yang ternyata memberikan pendapat bodoh yang amat mudah di bidas.

2) Menjadikan Malaysia sebagai hab maksiat. Pemimpin yang beragama Islam ini meletakkan otak kurniaan Allah SWT pada martabat yang amat rendah. Mana pergi ulama Umno? Mana pergi Majlis Fatwa?

Secara ikhlas, saya sebagai mahasiswa luar negara (status baru tukar ni.. huhu..) tidak pernah terikat dengan akta penyekat demokrasi iaitu Auku (Akta Universiti & Kolej Universiti).

Saya cuba sebaik mungkin menjadi seorang rakyat Malaysia yang baik dan sayang akan negara. Atas rasa sayang itu maka saya zahirkan kebencian itu. Saya akui, suara kerdil saya memenag tidak akan didengari oleh beliau, namun paling kurang saya dapat menyedarkan rakyat Malaysia disamping saya mengharapkan dengan usaha yang sedikit dapat keredhaan Allah SWT di akhirat kelak >_<.

PENDENGAR DAN PENGKRITIK

Saya ingin berkongsi satu madah yang sangat menarik.

"Kita mungkin menjadi pengkritik tegar ketikadi bawah. Tetapi kita perlu menjadi pendengar yang tegar ketika di atas"

Mungkin sahaja ketika saya menjadi rakyat, akan mengkritik setiap yang dilakukan oleh pemimpin. Atas ilmu yang sedikit, emosi remaja yang kuat dan perasaan yang menyimpan seribu rasa saya mengkritik.

Namun,

Saya juga perlu menyiapkan diri untuk menjadi pendengar yang baik ketika saat saya di atas. Disaat saya memimpin.

Nota cinta ini ditulis kerana cinta akan pemimpin yang mengikut syarak, cinta semoga saya menjadi pemimpin yang mengikut syarak kelak. Insya Allah.

Masuroh, Mesir

11.16 am 29 Oktober 2010

Read full post »

NOTA CINTA BUAT SAHABAT-SAHABATKU

0 pandangan cinta

Saat Muhammad Salman Al Farisi menulis nota cinta ini, saya mengalami rindu yang teramat sangat. Rindu mengenagkan ukhwah kerana Allah SWT. Adakalanya ukhwah yang kita bina hanya sebentar, namun kesanya ingat hingga ke hari hari ini. Itu indahnya ukhwah.

Saya tertarik dengan seorang bangsa arab di sini. Kami baru berkenalan dan hanya sebentar berborak. Sekadar bertanya nama & sedikit perbualan. Kerana saya masih baru di sini, maka saya tidak tahu banyak perkataan bahasa arab. Jadi perbualan kami kadang-kadang macam 'cakap dengan dinding'. Tetapi setelah 4 hari, kami bertemu kembali. Saat ini dia masih ingat nama saya yang panjang secara sepontan, namun saya masih cuba mengingati namanya.

Pada satu-satu masa, saya juga amat teringat pada sahabat-sahabat saya saat di sekolah rendah. Namanya masih dihati. Bahkan kedudukan rumahnya juga masih dalan ingatan. Ada yang saya ingat mukanya, namun namanya saya lupa. Ada sahabat yang masih mengingati saya melalui FACEBOOK, namun saya puas mengingatinya kembali. Mungkin sudah lupa.

Says; "Huhu.. Sory sangat-sangat" sambil buat muka malu. =,='

Ada 1 harapan saya bersama sahabat-sahabat. Saya nukilkan berdasarkan firman Allah SWT yang bermaksud:

"(Pada hari akhirat kelak) orang yang bersahabat ada yang saling bermusuhan diantara satu sama lain, kecuali orang yang bertakwa"

[QS az-Zukhruf 43 : 67]

Harapan agar kita sama-sama tergolong dalam golongan orang-orang yang bertakwa (sudah tentu ini harapan setiap muslim, bahkan lagi mukmin), agar kita terus bersahabat sehingga ke hari akhirat. Andainya kita terpilih untuk mendiami syurga Allah SWT (Insya Allah.. yang ini harapan juga.. Kan3..) kita tetap boleh bersahabat. Seperti di dunia, saling nasihat menasihati, ziarah menziarahi dan pelbagai lagi.

Suka duka dihadapi bersama.

Pelbagai Jenis Sahabat

Sepanjang hidup saya, saya telah menuntut ilmu (secara formal) sebanyak 9 buah sekolah. Banyak juga >_<

1) Sekolah Rendah Islam al-Ain

2) Sekolah Kebangsaan Sungai Merab Luar

3) Sekolah Agama Sungai Merab Luar

4) Sekolah Kebangsaan Jalan Bukit (1)

5) Sekolah Menengah Kebangsaan Saujana Impian

6) Sekolah Menengah Islam al-Irsyad

7) Sekolah Menengah Kebangsaan Jalan Bukit

8) Darul Quran Nurul Hasanah

9) Madrasah Syekh Salahuddin al-Amin

Dan Maahad Buuth Islami, Kaherah akan menjadi sekolah ke 10 saya! Insya Allah.

Maka saya telah bertemu dengan pelbagai jenis kawan-kawan. Dari seorang yang alim, hafal berpuluh kitab, soleh, kuat berdakwah, setia kawan,selalu qiamullail, pandai, motivasi tinggi, susah hidupnya, zuhud dan pelbagai lagi sifat mahmudah kepada jenis yang sosial, hancur rumah tangga, minum arak, berjudi, tidak solat dan pelbagai lagi sifat mazmumah.

Disini saya amat akui sabda Rasulullah SAW yang bermaksud;

"Bersahabat dengan orang yang soleh dan dengan orang yang jahat persis seperti berkawan dengan pengedar minyak wangi dan tukang besi (yang menghembus bara api). Pengedar minyak wangi sama ada ia memberi anda sebahagian atau anda membeli bau-bauan daripadanya atau sekurang-kurangnya anda mendapat juga baunya. Manakala tukang besi pula samada ia menyebabkan baju anda terbakar atau anda mendapat bau yang hapak."

[HR Abu Daud]

Saat saya bersahabat dengan orang-orang yang memiliki sifat mahmudah, saya terikut-ikut akan perbuatanya. Paling kurang saya akan malu untuk melakukan sesuatu maksiat. =,= Terikut-ikut dengan qiamulali, dakwah, rajin dan pelbagai sifat mahmudah.

Juga saat saya bersahabat dengan "tukang besi" secara kiasnya, "walaupun baju saya tidak terbakar, saya mendapat bau yang hapak!".

Semoga kekal sehingga ke akhirat

Saya Sayang Sahabat Saya Yang Baik Lebih Dari Yang Kurang Baik

Ada 1 kata-kata ulama yang mashur (ada yang kata ini hadis, wallahu 'alam);

“Jika seseorang itu sayang kepada sahabatnya maka hendaklah dia beritahu bahawa dia menyayanginya.”

Saya sayang sahabat yang baik, soleh dan mukmin. Kalian mengajar saya kepada kebaikan. Kalain mendekatkan saya kepada Allah SWT. Kalaian mngajar saya pelbagai ilmu. Bukan dalam kemampuan saya untuk mengenang kembali jasamu wahai sahbatku. Serius, saya sayang kalian. Semoga ukhwah ini berkekalan sehingga hari akhirat. Ameen.

Namun saya juga sayang-sahabat yang kurang baik. Mereka kadang-kadang mengajar erti pengorbanan. Mengenalkan saya "yang ini adalah perbuatan terkutuk, gejala sosial remaja zaman kini, dosa dan maksiat kepada Allah Azza wa Jalla". Kalian tetap sahabat saya walau apa yang berlaku. Semoga saya berjaya mengajak kalian kepada jalan-Nya. Insya Allah.

Nota Cinta Buat Sahabat-sahabatku

Andainya dalam kemampuan ilmu dan tenagaku, mungkin nota ini lebih panjang dari yang anda baca sekarang. Kerana sahabat-sahabat adalah sebahagian dari kelip mata dan tutur bicaraku.

Muhammad Salman Al Farisi amat meningati kalian, doa yang terbaik untuk kalian, mahu yang terbaik untuk kalian, bangga dengan kalian dalam sebahagian perkara, mahu jadi seperti kalian dalam sebahagian perkara, ingin menasihati kalaian jika tersilap langkah dan mengharapkan nasihat kalaian dalam banyak perkara.

Saya mengajak sahabat saya agar kita sama-sama ikhlas dalam bersahabat kerana Allah SWT kekal selama-lamanya. Insya Allah. ^_^ I heart U sahabatku (I <3>

10.19 pm 27 Oktober 2010 Kaherah, Mesir.

Persahabatan bukan bagaimana kamu melupakanya, tapi bagaimana anda memaafkanya. Bukan bagaimana anda mendengar, tapi bagaimana anda memahami. Bukan bagaimana anda melihat, tapi bagaimana anda merasa. Bukan bagaimana anda melepaskan, tapi bagaimana anda mempertahankannya.
Read full post »

LANGKAH PERTAMA KE BUMI AMBIYA'

0 pandangan cinta

Bertahmid, Selawat dan Bersyahadah

Khabar ini ku buat khusus buat ibu bapa, saudara serta teman-teman. Menceritakan sedikit sebanyak mengenai langkahku ke bumi yang penuh barokah ini, bumi ambiya.

Saat tamatnya Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) , aku menyimpan azam untuk terus menyambungkan pelajaran ke salah satu bumi ambiya. Diantara Makkah ataupun Mesir. Namun cita-cita itu tidak semudah yang disangka.

Madrosati insya allah.
.

Ramai sahabat yang bertanya; "Kenapa enta tak ambik STAM dulu?"

Kadang-kadang aku memikirkan pelbagai jawapan yang meyakinkan diriku bahawa AKU AKAN KE SANA TANPA STAM!! Waktu tu memang semangat. Antara alasan yang dicipta adalah:

1) STAM melambatkan waktu untuk kesana, sedangkan aku ingin cepat-cepat untuk habis belajar. Sebab mahu cepat nikah. Sebab nikahkan menyempurnakan agama.. wah3..

2) Kalau ambil STAM sebelum ke kesana, aku belum tentu dapat fasih Bahasa Arab.. Makanya aku kena ambil masa dahulu untuk pelajari Bahasa Arab sebelum masuk ke universiti.. Kalau pergi tanpa STAM, aku sudah dapat kelebihan di situ..

Ketika ini aku ingat akan sebuah hadis yang diajar oleh Ustaz Abdullah Abd Wahab supaya membangkitkan semangat pelajar-pelajar mempelajari Bahasa Arab walaupun BA bukanlah subjek kegemaranku.. >_<

"Cintailah Bahasa Arab kerana 3 perkara, 1) Kerana aku berbahasa arab, 2) Kerana al-Quran bahasa arab, 3) Kerana bahasa ahli syurga bahasa arab"

Walaupun aku bukanlah cemerlang sangat dengan bahasa arab ni.. SPM bahasa arab agak teruk.. hehe..

3) Aku cuba lari dari masalah cinta dunia (yang ni menarik sikit).. Semakin aku di Malaysia, aku makin dekat dengan masalah cinta, masalah sosial dan masalah hati.. huhu.. Ada seorang pernah bermadah;

"Jika anda lari dari masalah, maka masalah anda akan datang semula kepada anda.. Namun cubalah selesaikan masalah, kerana ia lebih baik untuk anda"

Wah3.. Aku tergolong dalam golongan yang lari dari masalah.. Maka ini bukan alasan utama..

4) Pelajar lepasan PMR boleh ke sana, bahkan aku tidak.

5) Mahu belajar hidup berdikari.. Ibu bapa jauh (sedeh).. Insya allah ia mematangkan diri..

dan yang paling penting!

6) Aku mahu belajar di sana.. BELAJAR! BELAJAR! BELAJAR!.. ILMU! ILMU! ILMU!

Maka azam terus tersemat di hati.. Di samping aku berkhidmat di sekolahku (bab ni banyak memori, kalau cerita, sedih ada, gembira ada..)

Di pendekkan cerita, aku berjaya mengumpul sedikit wang untuk sambung belajar walaupun banyak yang pakai duit abuya.. Thanx alot abuya.. U r my hero..

Alhamdulillah.. Akhir bulan September, aku bertekad untuk membeli tiket.. Target untuk ke Makkah dipadam.. Mesir matlamatku.. Disini terdapat berberapa konflik yang tidak diduga.. Namun hasil usaha dan doa tanpa henti ibu bapa dan sahabat, aku jalankan usaha dalam diam.. Kata-kata seorang kakak lagi membakar semnagat ini sebenarnya.. Walaupun aku ketawa mendengar kata-katanya..

"Akak tidak akan percaya awak nak ke Mesir selagi mana awak tidak naik kapal terbang"

aku kata dalam hati; "Wah.. Aku Salman Al Farisi! Atas nama sahabat Rasulullah yang kuat menuntut ilmu!"

Bersyukur kepada Allah Azzawajalla.. Akhirnya tiket dapat dibeli hasil pertolongan abangku.. Ramai yang menyokongku dan membakar semnagatku.. Kata terima kasih yang tidak terhingga..

gambar pertama Sungai Nil.. KCB; ''siapa yang pernah minum air sungai nil pasti akan kembali ke mesir semula..''
lepas ni mahu ambil gambar sg. Nil yg lbih cantik..

Sehingga kini, aku di Mesir.. Masih berusaha untuk pergi menuntut ilmu.. Kerana pada saat nota cinta ini ditulis, aku masih belum bermula untuk menuntut ilmu secara formal.. Semoga Allah SWT permudahkan segala urusanku..

Nota cinta ini ditulis disebabkan aku amat-amat malu kerana aku datang bukan dengan usahaku 100% kerana itu adalah matlamatku pada awalnya.. Maka kerana sifat maluku, aku ingin menzahirkan terima kasihku pada Ibu Bapaku, Haji Muhammad Zakaria & Rusnah Abu Samah, adik beradikku, Nurdina, Lukman al Hakim, Muazatul Adawiayah, Muhammad Suhail, Muhammad Syafiq, Ummu Solehah, Muhammad Thoriq, Ummu Sakinah, Muhammad Uzair Izzat Amir, Muhammad Nukman Muqarrin, Muhammad Ammar Yassar & Ummu Jannah.. Sejak lahir hingga ke liang lahad, kalian adalah sebahagian dari degup jantungku.. I Miz u so much..

Tidak lupa pada sahabatku.. Memberi kata nasihat.. Yang terlalu ramai.. Sehinggakan aku merasa serba salah ingin meletakkan nama.. Kerana akan nanti dipersoalkan

"Aku tolong ko, ko tak letak pon nama aku.. Lupa member ke"..

Terima kasih sahabat-sahabatku.. Allah SWT sahaja yang layak menilai jasamu..

Juga kepada ummi dan pakcik (keluarga angkatku).. Jasa kalian tidak ku duga.. Amat bernilai dan berharga.. Tidak terungkap di papan keyboard.. Insya Allah, semoga Allah SWT mempertemukan kita dengan kaadaan yang lebih baik.. Menjadi sebahagian keluargaku.. Ameen ya rob..

Juga kepada yang memberi pertolongan secara langsung juga tidak langsung.. Barokallah..

Maka saat ini aku membulatkan tekadku yang dalam.. Belajar bersungguh2.. Banyak matlamat yang tersusun.. Semoga hijrahku menjadikan aku seorang khalifah yang diredhai Allah.. Mukmin sejati.. Insya Allah.. Seperti hijrahnnya Salman Al Farisi sahabat Rasulullah yang menemukanya dengan iman..

Salam nota cinta,

Kaherah, Mesir

10:20 pm 23 Okrtober 2010

Masjid al-Azhar.. Masjid asal al-Azhar.. Majlis ilmu di hampir tiap2 penjuru masjid.. Subhanallah cantik binaanya.. Telah melahirkan ribuan ulama'..
Read full post »
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © NOTA CINTA Design by Muhammad Salman al Farisi | Blogger Theme by Al Irani Muhammad | Powered by Blogger