Pada mulanya saya menyangka penyakit Facebook hanya parah di Malaysia dan mungkin di Indonesia. Namun ketika sampai di Mesir, seorang rakyat Mesir meminta emel Facebook daripada saya untuk ditambah sebagai rakan! Aiwah. Jadi kongklusi di sini, Facebook penyakit 1 dunia.
Saya sudah menggunakan Facebook semenjak tahun lepas (2009) dan hampir dua tahun menggunakanya. Saat ini saya sudah mempunyai 1 291 rakan di Facebook. Namun jumlah yang mungkin saya kenali mungkin hanya 10% atau 200+. Lagi 90% langsung TIDAK DIKENALI!
Bagaimana dengan anda?
MACAM-MACAM POST DI FACEBOOK
Setelah 'log in', perkara pertama yang terpampang di mata kita adalah "What's on your mind" atau dalam Bahasa Melayu "Apa yang anda fikirkan", dalam Bahasa Itali "A cosa stai pensando?" dan dalam Bahasa Arab "ماذا يخطر في بالك".
Saya sering membaca blog terkenal justkhai.com dan akui ini diantara blog kegemaran saya. Anda boleh membaca sendiri apa yang ditulis oleh bro ni dengan tajuk "Hancurnya sebuah kebahagiaan kerana Facebook". Maka di sini sudah nampak apabila kebanyakan mungkin pengguna Facebook menulis apa yang berada di minda mereka. Nampak macam 'seorang yang bodoh' bukan?
Atas nama cinta saya menulis post kali ini. Saya sedar sebelum membaca entry dari JustKhai, banyak yang saya tulis apa yang berada di dalam minda saya. Namun, setelah membaca, agak insaf untuk menulis di dalam Facebook apa yang berada di dalam minda saya walaupun kadang-kadang tertulis. Atas nama cinta saya ingin menegur diri sendiri dan mengajak orang yang saya cintai fikir "Luah pada Allah SWT atau luah pada FACEBOOK".
DISANGKA PANAS SAMPAI KE PETANG, RUPANYA HUJAN DI TENGAH HARI
Anda tidak cukup perhatian? Tidak cukup kasih sayang? Atau tiada tempat mengadu?
Semua persoalan diatas saya simpulkan semuanya berdasarkan niat masing-masing.
Mungkin ada orang yang menulis apa sarapan mereka, keduduan mereka, masalah mereka dan macam-macam lagi di Facebook. Kita yang membaca membuat kesimpulan yang tersendiri, sedangkan yang menulis juga mungkin ada sebab tersendiri. Disini perlunya akan hormat-menghormati. Kadang-kadang apa yang kita tulis dan disangka baik oleh diri kita, orang lain akan menyangka lain. Niat masing-masing.
Contoh:
Seorang remaja lelaki belasan tahun menulis; "I need my Powerpuff Girls". Kita menyangka pelbagai perkara berdasarkan apa yang ada dalam minda remaja tersebut. Namun apabila saya selidik, "Powerpuff Girls" yang dimaksudkan adalah ibunya. Dia memerlukan ibunya ketika ibunya keluar bekerja untuk berberapa hari. >_<
DOA SENJATA MUKMIN
Firman Allah SWT dalam al-Quran yang bermaksud;
"Dan jika syaitan meganggumu dengan sesuatu gangguan, maka mohonlah perlindungan kepada Allah. Sesungguhnya Dialah Yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui"Ubah cara kita luahkan apa yang ada di dalam minda. Kita tukar dengan doa kita kepada Allah Yang Maha Mendengar. Saya masih ingat satu petikan Ustaz Pahrol Mohd Juoi didalam majalah Solusi. Beliau pernah berkata;
[QS Fushshilat : 36]
"Doa bukanlah satu pengaduan, kerana Allah SWT lebih mengetahui apa yang diinginkan dan dilakukan hambanya. Tetapi doa adalah satu bentuk kehambaan dan penyerahan kita kepada Allah SWT"
MARI LUAH APA YANG DI MINDA PADA ALLAH SWT
Saya menulis atas nama cinta. Ingin mengajak orang yang saya cintai bersama saya semoga kita tukar cara kita luahkan apa yang ada diminda kat Facebook kepada berdoa kepada Allah SWT.
Walaupun mungkin sahabat-sahabat ada niat yang tersendiri, namun cuba fikir-fikir sebelum menulis. Apa pandangan orang terhadap kita?
Bagaimana anda menggunakan Facebook adalah atas hak anda dan risiko anda sendiri. Namun jangan sampai kita melakukan yang dilanggar syariat.
Penulisan mengenai Facebook tidak berhenti di sini sahaja. Insya Allah atas dasar cinta kita saling tegur-menegur. ^_^
Chow cincau
Kaherah, Mesir
11.50 pm 29 Oktober 2010
1 pandangan cinta:
i need my Powerpuff Girls meh ?
nice post btw :P
Post a Comment