Followers

Sunday, October 31, 2010

NADA CINTA DI DALAM DAKWAH

Baru-baru ini ada seorang sahabat karkun (atau lebih dikenali sebagai tabligh) menegur saya di dalam FACEBOOK. Tanya beliau; "Kat sana tiada markas (pusat dakwah tabligh) ke?".
Jawab saya; "Wallahu 'alam, saya tidak jumpa pulak". Secara jujur saya seorang bekas pelajar madrasah tabligh, Madrasah Syekh Salahuddin Al Amin, Hulu Langat.
Lantas beliau memberi penyataan yang mungkin ada benarnya. Beliau menyatakan "Ana dengar kat sana susah sikit nak buat dakwah. Maklum negara tentera".
Di akhir perbualan saya ada menyatakan bahawa usaha dakwah bukan sahaja dibuat secara berhadapan. Namun usaha ini harus dijalankan melalui semua medium dan pendekatan. Selagi ia tidak terkeluar daripada Syariah.

FACEBOOK, BLOG & INTERNET MEDIUM DAKWAH KONTEMPORARI

Saya petik daripada karangan Prof. Dr. Syeikh Yusuf Al Qardhawi didalam kitab Fikhul Jihad yang berbunyi;

"Menggunakan internet untuk menyampaikan maklumat, suara dan memperkenalkan Islam merupakan satu jihad utama"

Saya amat suka bila melihat banyak group yang menjadikan dakwah sebagai asas group tersebut. Walaupun group yang tiada manfaat banyak juga bilangannya. Kan? >_<

KAU PAKAI TUDUNG PON TIDAK, NAK LETAK HADIS KAT WALL

Saya agak terkilan bila mana ada orang yang mempertikaikan usaha dakwah yang cuba dibuat oleh golongan 'yang kurang beragama' (mungkin). Dia mempertikaikan amal yang dibuat oleh seseorang dengan kata-kata seperti "Sejak bila budak clubing pandai keluarkan hadis ni?", "Kau tidak sedar diri ke, tegur-tegur orang. Ingat kau baik sangat!" sebagai komen kepada wall dakwah yang dibuat oleh sebahagian orang.
Bagi saya, dia cuba untuk merubah diri menjadi yang lebih baik. Atau mungkin sebagai kata-kata semangat. Apa yang kita tulis di wall kita adalah hak kita selagi ia tidak melanggar syariat.
Jika anda tidak suka, kenapa perlu mencaci atau meninggalkan komen yang teruk. Biarkan mereka selagi mereka tidak melanggar syariat.
Saya ada menerangkan sedikit mengenai penulisan wall di Facebook melalui post saya yang sebelum ini.

NADA CINTA DI DALAM DAKWAH

Seperti rintitan sirah Rasulullah SAW, kesemua jalan dakwah yang dilakukan baginda mengikut nada cinta yang amat tinggi. Penuh berkhikmah dan lemah lembut. Ini amat bertepatan dengan firman Allah SWT yang bermaksud;

"Serulah (manusia) kepada jalan Tuhan-mu dengan hikmah dan pelajaran yang baik dan bantahlah mereka dengan cara yang baik".
[QS An Nahl : 125]

Janganlah berdakwah dengan sifat yang kasar.
Saya memetik kata-kata dari hukama' yang berbunyi;

"Sesiapa yang tidak mempunyai sifat lemah lembut, maka ia akan terhalang dari
semua keburukan"


CINTA SIAPA YANG MENEGUR SAYA DAN KERANA CINTA SAYA MENEGUR KAMU

Seseorang yang mempunyai perasaan cinta tidak akan membiarkan orang yang dicintai terjerumus ke dalam neraka.
Atas dasar cinta saya ingin menggunakan medium blog sebagai asas dakwah saya. Kerana saya cinta akan seluruh ummat manusia. Saya tidak ingin melihat sahabat-sahabat saya terjerumus kedalam neraka seperti mana saya tidak mahu terjerumus kedalam neraka. Ingin mereka mendapat redha Allah SWT seperti saya berusaha mendapat redha Allah SWT.
Saya cuba sebaiknya dan selayaknya apa yang dilakukan saya.
Bagi sahabat-sahabat yang mencintai saya, tegur saya jika ada kesilapan. Dekatkan diri saya kepada Allah SWT seperti mana kalian ingin dekat pada Allah SWT. Wallahu 'alam ^_^

Salam cinta dari saya di

Kaherah, Mesir
6.41 pm 31 Oktober 2010

0 pandangan cinta:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © NOTA CINTA Design by Muhammad Salman al Farisi | Blogger Theme by Al Irani Muhammad | Powered by Blogger