Ada juga diantara mereka yang datang untuk melancong ataupun berukhwah sesama sahabat sepengajian ketika waktu sekolah menengah dahulu. Begitu juga dengan pelajar Mesir, ramai diantara kami yang akan menghabiskan sisa cuti mengambil pengalaman di negara orang lain.
Musim sejuk tahun lepas saya sempat berkenalan dengan seorang sahabat yang menuntut di universiti di kota Manchester, London. Walaupun tempoh perkenalan kami sebentar, banyak yang saya belajar dari tempoh yang sebentar itu.
Saya sempat bertanya mengenai suasana belajar dan kehidupan di negara Eropah.
"Aku kalau ada kawan-kawan yang nak datang ke Manchester, aku tidak akan bawa mereka ke Stadium Manchester United. Sebab akupun tidak pernah pergi ke sana," katanya secara berseloroh.
"Sebenarnya, dari pergi ke stadium yang tiada menfaat itu, lebih banyak tempat-tempat lain yang bermenfaat untuk di lawati di kota London. Kita sebenarnya tidak tahu bahawa kegiatan dakwah Islamiah di Eropah bergitu pesat di sana. Banyak sekolah-sekolah Islam, gereja-gereja yang berjaya dibeli untuk dijadikan masjid, pusat-pusat kajian Islam dan banyak lagi tempat yang berkaitan denganya yang lebih menarik untuk dilawati. Cuma kita sahaja tidak tahu mengenainya."
Baru-baru ini juga heboh kisah mengenai seorang yang berniqob (purdah) membeli barang di sebuah kedai milik bangsa Arab. Dengan sengaja pemilik kedai memarahi wanita yang memakai niqob dengan menyatakan atas sebab wanita yang pakai niqoblah bangsa Arab dipandang hina dimata orang Barat. Pemilik kedai tersebut menyangka wanita yang memakai niqob tersebut adalah dari bangsa Arab. Lalu wanita itu membuka niqobnya dan ternyata dia bukanlah dari bangsa Arab. Dia mengatakan dia berada di negaranya (Barat) dan dia bebas melakukan apa yang dia mahu (berniqob).
MUSLIM TIADA ISLAM PADANYA
Melihat keagungan budi, pekerti, adab, budaya dan moral orang selain Islam membuatkan diri ini berasa begitu malu. Wujudnya Islam itu pada diri orang yang bukan Islam melalui kehidupannya, walhal orang Islam sendiri kebanyakannya hanya Islam sekadar di kad pengenalan.
Seorang pakcik yang pernah pergi berdakwah di Jepun menyatakan bahawa negara Jepun ini sudah lengkap dengan segalanya. Mereka mempunyai teknologi, budi pekerti, gaya hidup dan nilai moral yang tinggi, cuma sayangnya mereka tidak mempunyai iman dalam diri. Tanpa iman itulah yang tidak melengkapkan apa yang sebenarnya dibawa oleh Islam yang kini dipraktikkan oleh orang Jepun.
Islam kini seolah-olah tiada pada diri umat Islam.
Kita sebenarnya patut cukup berasa malu kerana negara yang terbaik dalam index rasuahnya dalam kalangan negara Islam adalah Qatar yang hanya menduduki kedudukan yang ke-19. Maksudnya negara yang paling bersih dari rasuah adalah negara bukan Islam! (Sumber: http://chartsbin.com/view/nz2)
Malaysia?
Kebanyakan negara Islam sendiri membawa imej yang cukup kotor pada mata antarabangsa. Bagaimana pepatah; "Setiap dinding adalah tandas," yang cukup mashur untuk mentejemah sesebahagian perangai orang Arab Mesir. Diktator-diktator juga kebanyakanya yang popular lahir dari negara Islam.
Cari saja di laman pencari seperti Google.com akan frasa 'terrorist' (pengganas), gambar-gambar yang berkaitan dengan perkataan tersebut jelas memaparkan Islam adalah pembawa kepada keganasan.
Dari sebawah-bawah martabat seorang Islam kini, sehinggalah ke peringkat pemimpin, banyak yang menggambarkan perkara yang nagetif.
I'AM MUSLIM
Pembersihan nama kotor terhadap Islam kini terletak pada bahu kita semua. Kita semua yang akan dipertanggung jawabkan untuk membersihkan nama Islam dari semua sikap-sikap negetif yang dicop oleh orang bukan Islam.
Kita seharusnya melihat diri kita sebagai Muslim dan harus tekadkan dalam hati bahawa; "Saya adalah seorang Muslim."
Setiap dari perkataan yang terkeluar dari lidah itu tidak lain tutur kata seorang Muslim. Setiap perbuatan itu juga menunjukkan seorang Muslim. Dan ke dua-dua perkara tersebut juga perlu disertakan dengan niat dalam hati ikhlas sebagai seorang Muslim yang menjadi hamba kepada Allah SWT.
Mahu menjadi seorang Muslim itu tidak pernah menghalang dari anda terus bergelar sebagai penyanyi rock, pemimpin, penyapu sampah, penjual nasi lemak mahupun pemandu kereta mayat.
Jadilah seorang Muslim yang merasakan seolah-olah kita sentiasa melihat Allah SWT. Andai tidak mampu, cukup jadi sebagai seorang Muslim yang merasakan Allah SWT itu sentiasa melihat diri kita.
Menjadi seorang Muslim itu juga harus diimbangkan dengan ilmu yang ada mengenai Islam. Ilmu yang berlandaskan al Quran dan as Sunnah juga yang dibawa oleh para ulama' dan ilmuan Islam.
Siapapun anda, atas fahaman apapun anda, apapun anda, jadilah seorang Muslim.
MENGIMPIKAN SAKURA GUGUR DI MALAYSIA
Saya sering mengimpikan andai perkara-perkara yang baik yang berkaitan dengan adab dan moral di negara Barat mahupun di negara Timur seperti di Jepun digabungkan dengan iman sebagai seorang Islam pada diri saya, keluarga, kenalan, pembaca blog saya dan seluruh umat Islam khususnya.
Indah andai Islam itu dipandang tinggi oleh warga antarabangsa. Pada waktu itu, tiada seorangpun yang berani menjentik orang Islam apatah lagi mahu melukis karikatur yang menghina Rasulullah SAW.
Saya mengimpikan negara Islam itu begitu maju dalam bidang teknologi. Tenaga nuklear menjana tenaga negara Islam di samping bisa menjadi senjata yang menggerunkan lawan.
Orang Islam berjalan persis Rasulullah SAW iaitu seakan-akan menuruni bukit seperti yang diamalkan oleh bangsa Jepun kini. Cara percakapan bisa membawa orang lain merasakan Islam ini cukup indah.
Tiada lagi membuang air di dinding-dinding. Bahkan korupsi amat dijauhi. Tingginya martabat sebagai seorang Islam.
Dari sudut ekonomi, mata wang Islam menjadi pertukaran utama antarabangsa. Ekonomi berpandukan Islam yang bebas riba'.
Perundangan juga mengamalkan undang-undang yang dibawa oleh Islam. Bangsawan mahupun hamba sama-sama diadili dengan undang-undang yang adil.
Ah, kesimpulanya semuanya indah bagi seorang Muslim. Indah pada luaran, indah lagi pada iman.
Namun mampukah perkara itu berlaku agaknya? Salahkah saya mengimpikan keindahan bunga sakura gugur di bumi Malaysia?
Sudah pasti perkara itu mampu. Bagaimana caranya? Caranya dengan diri saya sendiri. Ya, saya. Siapa? Saya!
Semoga menfaat pada saya!
0 pandangan cinta:
Post a Comment