Followers

Tuesday, January 18, 2011

HARGA AIR MATA DAN MUHASABAH


Dulu-dulu, ketika zaman nakal 'seorang remaja'. Ada seorang cikgu yang sangat dibenci oleh remaja tersebut. Benci kerana remaja tersebut sedang mengalami zaman panas seorang remaja. Dan perasaan tidak suka terhadap guru adalah perkara biasa bagi pelajar yang nakal macam remaja tersebut.

Dia ponteng kelas. Dan duduk dalam makmal komputer. Ketika remaja tersebut baru melangkah ke sekolah tersebut dia sudah dilantik sebagai setiausaha Kelab Kewartawanan & Penyiaran (KKWP). Maka bilik kegiatan persatuan yang juga makmal komputer sekolah di bawah urusan remaja tersebut. Remaja tersebut keluar untuk berehat sebelum meneruskan lakonanya atas tiket setiausaha KKWP. Pulang sahaja dari kantin, seorang junior melaporkan kepada remaja tersebut cikgu yang dia benci sebelum ini mencarinya. Ya, mencarinya kerana mendapat laporan remaja tersebut ponteng kelas.

Lalu remaja tersebut tanpa berfikir panjang terus menulis nota cinta buat cikgu tersebut. Wah3. Nota cinta yang membuatkan sesuatu yang tidak disangka berlaku. Nota cinta tersebut berbunyi;
"Cikgu, kenapalah cikgu ni bodoh sangat. Saya keluar dari makmal pun cikgu tak perasan. Kenapa cikgu cari saya? Kalau berani cari lah saya."
Terus nota cinta tersebut diletakkan di moto kapcai milik cikgu tersebut. Terus remaja tersebut lepak bersama pakcik jaga. Kebiasaan remaja nakal memang buat baik dengan pakcik jaga. Lepak sekali dan tidak mustahul hisap rokok sekali. Atas sebab mudah hendak meloloskan diri. Politik alam persekolahan katakan.

Lepak dan berberapa minit lepas itu remaja tersebut lihat cikgu tersebut terus ke motornya. Motor kesayanganya. Dan terus baca nota cinta dari remaja tersebut lalu kembali ke bilik guru. Remaja tersebut mengambil kesempatan melarikan diri namun disedari oleh guru tersebut.

Cikgu tersebut terus mengejar remaja tersebut sehingga keluar dari kawasan sekolah. Acara kejar-mengejar diteruskan walaupun remaja tersebut dilanggar kereta kerana mahu meloloskan diri dengan menyemberang jalan tanpa toleh kiri kanan. Atas sebab di langgar kereta remaja tersebut cedera lalu terpaksa menyerah kalah. Terus cikgu tersebut menyepak remaja tersebut sebelum menyoal; "Awak ingat saya tak dapat cari awak. Awak yang tulis ni? Betul?"

Remaja tersebut dengan berani berkata; "Ya, saya buat! Cikgu boleh buat apa kalau saya tulis?"
Atas perasaan marah cikgu tersebut melunyaikan remaja tersebut tanpa ada perasaan belas kasihan.


SAYA JUGA PERNAH BUAT SILAP

Ya, dahulu juga saya pernah buat silap. Saya manusia yang serba kekurangan ini tidak pernah terlepas dari kesilapan. Dan saya juga sentiasa berkeinginan untuk muhasabah. Muhasabah setiap saat. Cuba menyesal atas kesilapan yang berlaku berulang-ulang kali. Dalam kaadaan saya sedar dan dalam kaadaan saya alpa.

Siapa yang dapat mengaku bahawa dalam hidupnya tidak pernah walaupun sekali berbuat kesilapan? Dan adakah tiap-tiap kesilapan yang kita lakukan itu diiringi dengan lafaz istighfar? Atau kita terlalu alpa sehingga tidak perasan, tahu dan kisah atas kesilapan yang kita lakukan? Atau perasaan ego terlalu menyelimuti diri sehingga tidak sedikitpun mahu mengaku kasilapan yang telah kita lakukan?

Saya selalu berfikir disaat saya sedang leka dengan dunia. Oleh kerana maksiat yang saya lakukan kadang-kadang membuat saya lupa kepada Allah SWT. Ketika tiada sedikitpun iman di dalam hati dek kerana lalai dengan dunia. Allah SWT masih mengurniakan rahmat dan kasih sayangnya walaupun saya alpa kepada-Nya. Dan disaat itupun jika dimuhasabah kembali kita harus beristighfar kepadanya. Kerana meletakkan dalam hati kita selain dari-Nya.

Iman kita di akhir zaman boleh diumpamakan seperti semut di batu hitam. Gelap dan tidak kelihatan. Boleh jadi kerana kelalaian kita tidak ubah seperti Islam di siang hari namun kafir di malam hari atau Islam dimalam hari dan kafir di siang hari. Sekejap kafir sekejap Islam. Kafir ketika kita lalai kepada-Nya dan kembali Islam bila kita ingat kepada-Nya. Dan itu juga satu kesilapan! Kesilapan yang kita anggap kecil namun ia sebenarnya penilaian atas iman kita.


SALAHKAN DIRI DAN JANGAN SALAHKAN MANUSIA

"Ya, aku tahu aku salah. Alah, setiap manusiakan pernah berbuat kesilapan!"

Disaat kita sudah berbuat kesilapan namun ada hajat ingin mengaku atas kesilapan yang dilakukan. Namun bukan diri yang disalahkan. Tetap sahaja ingin mengumumkan kesalahan itu dengan kata "Setiap manusia pernah melakuakn kesilapan." Menyalahkan manusia yang sentiasa melakuakan kesilapan bukan keatas diri sendiri. Itu dialog biasa. Persoalanya mengapa harus disalahkan manusia? Alahai terjatuh tersadung batu namun batu yang dimarahnya. Sedangkan mata itu yang tidak lihat jalan.

Susah sebenarnya ingin mengaku atas silap yang dilakukan. Walhal jika seseorang itu yang melakukan kesalahan lalu dituduh atas kesalahnya atas bukti-bukti yang nyata sekalipun susah mahu mengaku. Inikan kesalahan yang dilakuakn secara tidak sengaja tiba-tiba mahu mengaku. Memangnya kita sukar ingin mengaku kesalahan? Atau..

Tolong mengaku kesalahan anda jika anda melakukan kesalahan walaupun secara sembunyi. Apatahlagi ketika bukti sudah nyata di depan mata. Dan ketika itu anda sepatutnya berkata; "Ya, saya silap! Dan itu sememangnya kesilapan yang saya lakukan."

Seorang ulama bernah bermadah; "Takutilah kamu akan kesilapan yang dilakukan secara sembunyi kerana saksi perbuatan tersebut (Allah SWT) juga adalah hakim perbuatan tersebut (yang akan mengadili kesilapan tersebut di akhirat kelak)."


PENGAKUAN YANG SEBENAR-BENARNYA

Saya sebenarnya cemburu sangat melihat sahabat-sahabat yang masih boleh menangis disaat tahajjut mereka. Adakah saya ini begitu ego sehinggakan tidak sanggup untuk menitiskan setitis air mata di hadapan Allah SWT.

Ketika saya kecil dahulu saya sering disajikan dengan program-program ilmiah yang mengalirkan air mata. Namun saya hairan kenapa air mata saya kini payah untuk dititskan. Mahal sangatkah air mata ini jika ingin dibandingkan dengan dosa-dosa yang telah saya lakukan? Air mata yang ingin dititiskan ketika menyesali atas setiap kesilapan yang dilakukan. Cembur sangat!

Sebenar-benar pengakuan kita adalah di hadapan Allah SWT. Dia yang Maha Menegtahui yang akan Mengadili di akhirat kelak. Dan kita juga harus bermuahasabah. Sudah berapa lama agaknya kita meniggalkan pengaduan kita kepada Allah SWT? Atau sepanjang hidup tidak pernah walaupun sekali mengadu kepadanya?

Wallahu 'alam

p/s: Ketika saya menulis post kali ini, blog saya sudah mencapai page view sebanyak 8000 kali selama 2 bulan setengah saya menulis. Namun saya tidak pernah mendapat kata-kata muhasabah buat diri saya dalam penulisan saya. Saya mahukan penambah baikan dalam setiap apa yang saya lakukan terus berharap agar ada yang menegur diri saya yang serba kekurangan dan sentiasa melakukan kesilapan ini.
Dan penulisan kali ini agak sempoi berbanding sebelumnya. Dan mahu menilai sejauh mana penulasan yang sempoi ini agar saya dan pembaca yang saya cintai sekalian sentiasa muhasabah selalu. Anda mahu tahu makna muhasabah? Tanyalah pakcik google atau Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka.. ^_^

2 pandangan cinta:

ila said...

kunjungan pertama di blog ini...menarik tulisan awak ...wujud keinsafan dalam diri...

Anonymous said...

Terima kasih untuk blog yang menarik

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © NOTA CINTA Design by Muhammad Salman al Farisi | Blogger Theme by Al Irani Muhammad | Powered by Blogger