Followers

Thursday, January 20, 2011

CINTA DENGAN MEMBERI SALAM


Ketika saya menuntut di Madrasah Syekh Salahudin Al Amin, Hulu Langat satu ketika dahulu, saya belajar satu perkata yang ada pada jamaah tabligh namun tiada pada mereka yang menghina jamaah tersebut.

Ketika saya bergiat dengan jamaah tersebut itulah saya hairan. Hairan mengapa mereka menghina sebuah jamaah Islam yang besar. Jamaah tersebut bukanya terdiri dari mereka yang bodoh-bodoh dan tidak tahu ilmu agama. Tetapi mereka terdiri dari orang alim yang belajar kitab bertalaqqi sehingga 9 tahun. Tinggi sangatkah ilmu mereka yang menghina jamaah tabligh ini?

Jemaah tersebut terdiri dari mereka yang ingin meletakkan Allah SWT dalam hati-hati manusia di seluruh dunia. Dan mereka juga terdiri dari orang Islam seluruh dunia. Ehem-ehem, sagaknya mereka yang menghina jamaah tabligh ada berapa pengikut agaknya ya? Garu kepala lalu hairan, agaknya apa yang mereka benci sangat dengan jamaah ini sebenarnya?


ASSALAMUALAIKUM

Terus ketika saya jalan-jalan di sekitar Kuala Lumpur selepas menghadiri 'Malam Markas' jamaah tabligh di Masjid Jame' Sri Petaling. Malam penuh tarbiah peningkat iman dan takwa dan disusuli dengan kesediaan diri untuk berdakwah di jalan Allah SWT.

Stesyen LRT paling dekat dengan Masjid Jame' Sri Petaling adalah stesyen LRT Bukit Jalil berbanding stesyen LRT Sri Petaling sendiri bagi pendapat saya jika berjalan kaki. Dekat dengan menghala ke kanan selepas keluar dari puntu gerbang masjid dan jalan kira-kira 100 meter.

Terus menghala ke kiri melintasi stesyen minyak, pusat membeli belah dan rumah-rumah besar yang di dalamnya tersimpan kereta-kereta mewah seperti Ferrari dan Lamborghini kira-kira 300 meter. Jika sebelum saya tiba di Mesir, tempat parking kereta bagi Kompleks Sukan Bukit Jalil yang terletak di kiri jalan jika saya dari masjid ke stesyen LRT bukit Jalil merupakan Stesyen Bas Sementara. Sementara kerana Puduraya sedang di'islah'.

Dan ketika dalam perjalanan itu lah saya mempraktikkan ilmu cinta yang saya dapat dari hadis Rasulullah SAW. Dalam sebuah hadis Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud; "Kamu tidak akan masuk syurga sehinggalah kamu beriman. Kamu tidak akan beriman sehinggalah kamu saling berkasih sayang. Hendakkah kamu aku tunjukkan suatu perkara apabila kamu melakukanya akan saling mengasihi? Sebarkan salam antara kalangan kamu," [HR Muslim].

Saya lalu disebelah brader bermuka Melayu ala-ala Jawa. Memberi salam atas dasar menjalankan rahsia cinta sesama Muslim. "Waalaikum salam. Erm, Ada apa dik kasi salam kat abang?" Tanya brader tersebut selepas saya memberi salam. Saya tersipu malu dan berkata; "Eh, Tak ada apa-apa bang. Saja kasi salam." dan terus beredar dengan seyuman. Brader itu membalas senyuman saya dan juga beredar.

Terus terdetik dalam hati saya kasi salam bukanya mahu berurusan panjang sahaja. Berselisihpun harus memberi salam sesama Muslim. Seperti ilmu cinta yang saya telah praktikkan dalam jamaah tabligh. Dariapda Abu Hurairah RA, Rasulullah SAW pernah bersabda yang bermaksud; "Apabila seorang kamu bertemu saudaranya, maka berilah salam kepadanya. Maka jika menghilang (berpisah) di antara keduanya oleh pokok, dinding atau batu, kemudian bertemu, maka berilah salam kepadanya," [HR Abu Daud].

PELEK AGAKNYA ASSALAMUALAIKUM INI YA!!

Begitu juga ketika saya menuntut di Sekolah Islam Al Irsyad, Kuantan. Tahun 2009 secara tepatnya sebagai senior tingkatan 5. Juga otai asrama. Maklumlah, kita paling besar ketika itu. Dan saya juga orang yang di pertanggung jawabkan untuk menyiapkan baju asrama. Baju yang dirancang akan dipakai ketika program tutup kampung asrama, program sebagai simbolik asarama akan ditutup kerana penghujung tahun. Bagi kami abang senior walaupun sedang berhempas pulas untuk SPM tetap ingin menjalankan program tutup kampung yang terbaik kerana itu adalah memori yang indah akan kami nukilkan di sekolah tersebut. Rindu saat itu.

Sahabat saya Syukri yang sebenarnya banyak membantu saya dalam penyiapan baju asrama tersebut. Jasa beliau Allah SWT sahaja yang layak membalasnya.

Beliau sempat bermesara bersama kami ketika menghantar baju yang siap dicetak kepada kami. Dan ketika pertemuan kali pertama itu dia yang memulakan salam kepada kami dengan lafaz salam yang lengkap. Lafaz cinta penuh doa. "Assalamualaikum wahohmatullahi wabarokatuh!" dengan nada yang sungguh-sungguh. Terus budak-budak asrama ini tergelak. Ada yang jawab dan ada yang gelak. Dan menjawab dengan penuh panjang ada juga.

Dan sebenarnya peristiwa tersebut dengan salam yang serba lengkap itu juga telah menimbulkan baris-baris cinta dalam nota yang sungguh indah. Sehinggakan kami pelajar asrama terindu-rindukan Syukri. Ingin berjumpa dan berukhwah semula. Semuanya indah atas dasar cinta dan ukhwah. Indah sungguh!


MESIR PUNYA SALAM

Ketika dalam perjalanan dari kelas ke Rumah Sementara Pelajar Selangor Hayy Sabek, saya terserempak dengan sahabat saya dari jauh. Cara jalanya, kaca matanya, bajunya, kopiahnya semuanya saya kenal.

Memang dia yang saya cari atas berberapa urusan. Dan saya harapkan akan bertembung dengannya di simpang jalan. Sangkaan saya meleset sama sekali. Dia membelok ke arah lain. Alah, dia bukanya jauh sangat dan jika saya jerit namanya sudah tentu dia dengar. Terus saya menyahut namanya, dia paling ke arah saya dan berjalan ke arah saya. Saya senyum lebar terus memberi salam dari jauh juga dengan nada yang sama dengan nada saya menyahut namanya sebelum ini.

Tiba-tiba saya dengar ada orang sebelah menjawab; "Waalaikum salam warohmatullahi wabarokatuh!" nada orang arab Mesir. Tergelak saya rupanya ad brader Mesir ala-ala Maher Zain jawab salam saya. Orang mesir ini kita kasi salam dalam kaadaan bagaimana sekalipun dia akan jawab. Sungguh terharu! Walaupun kita kasi kepada mereka yang secara zahirnya tidak beragama, namun dia tetap akan menjawab salam. Malaysia?


RENDAH DIRI DENGAN SALAM

Pernah seorang sahabat bertanya kepada saya. Dia mempunyai sedikit masalah dengan keluarganya atas keegoaanya. Dan dia meminta padangan saya mengenai cara mahu merendahkan ego.

Saya jawab secara sempotan; "Mulakan member salam." Ya, sebenarnya kita ini terlalu ego agaknya sehingga segan ingin memberi salam. Malu ataupun segan? Atau bukan budaya Melayu Islam Malaysia agaknya?

Memulakan salam banyak hikmahnya. Doa yang kita mulakan dahulu terhadap sesama Muslim. dan itu secara tidak sengaja mengajar kita ilmu rendah diri. Rendah diri dengan memulakan memberi penghormatan (salam) kepada setiap Muslim di seluruh dunia secara amnya. Firman Allah SWT dalam al Quran yang bermaksud; "Apabila kamu diberi penghormatan dengan sesuatu penghormatan, maka balaslah penghormatan dengan lebih baik dariapdanya. Atau balaslah penghormatan itu (dengan yang serupa). Sesungguhnya Allah (SWT) selalu membuat perhitungan atas tiap-tiap sesuatu," [QS An Nisa : 86]


UBAH TRADISI

Nampaknya Melayu Islam Malaysia harus ubah tradisi mereka. Ubah tradisi dengan memulakan memberi salam. Indah bukan.

Bayangkan, jalan-jalan di Suria KLCC. Ada seorang gadis Melayu seksi berpakaian ala-ala Eropah. Berselisih dengan kita terus memberi salam. Salam yang diberi diiringi bau minyak wangi tabarruj seorang penzina. Apa pendapat kita?

Juga berjalan-jalan di taman Esplande di Bandar Kuantan. Taman yang bersebelahan dengan muara sungai Kuantan. Budak skaters berselisih dengan kita berpakaian seluar pendek dan kasut DC besarnya. Memberi salam. Apa padnagan kita?

Misti indah susana tersebut. Tidak kira siapa, semua saling berebut-rebut memberi salam. Ehem-ehem, nampaknya siapa lagi mahu memulakan salam jika tida kita? Huhu, maka mari kita memulakan salam. Buang sifat malu dan ego anda dan mula melafazkan lafaz cinta sesama Islam. Ini asas kesatuan Islam, Insya Allah. Jom memreri salam!

Assalaualaikum sebuah lafaz cinta, Wallahu 'alam.

Kaherah, Mesir
7.54 am Khamis, 20 Jauanri 2011

1 pandangan cinta:

teacher said...

salam salman,

begitulah kalau orang tu tak faham sesuatu perkara, bertindak dgn apa yg mrk sangka je. Org yg pernah ikut jamaah tabligh, akan merasai kebaikan dan kelebihannya. Bukankah setiap jemaah itu ada niche areanya yg memberi kesan pada masyarakat.

biarlah mrk 'terjun' dgn labu2nya, kita msg2 buat kerja yg kita yakini, tanpa menghina atau merendahkan org lain, krn tu bukan akhlak seorg mukmin....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © NOTA CINTA Design by Muhammad Salman al Farisi | Blogger Theme by Al Irani Muhammad | Powered by Blogger