Saban hari saya berfikir,
Saya ini sebenarnya terlalu leka,
Sebagai seorang Muslim,
Ya, sebagai seorang Muslim.
Yang harus memikirkan nasib
Sesama Muslim yang lain,
Layakkah saya menggelarkan diri,
Sebagai seorang Muslim,
Jika saya juga tidak memikirkan,
Nasib Muslim yang lain.
Hari ini bunda saya akan pergi Kemboja melalui Jihad Pendidikan Asia,
Sementara saya kadang-kadang masih leka,
Leka dengan hiburan yang langsung tidak memdidik jiwa,
Untuk menjadi seorang pemuda Islam dari sudut yang sebenarnya.
Dan di saat saya leka itu mungkin pejuang kecil di Palestin menemui syahidnya.
Dan pelajar-pelajar Melaka masih berjuang menegakkan persatuan yang mereka bina.
Dan negara miskin dengan kemiskinanya.
Disaat orang kafir giat melaksanakan dakyahnya.
Sahabat di Malaysia dengan gejala remajanya.
Bila hati bertanya "Dimanakah saya?"
Mula hati menyimpan 1001 serba salah dan pelbagai rasa.
Dan pelbagai lagi yang berlaku namun saya masih terpaku,
Namun jika ditanya "Muslimkah kamu?"
Saya masih ingin mengaku,
Namun adakah layak gelaran Muslim itu untukku?
Salman Al Farisi Muhammad,
Rumah Ust. Alang,
Kaherah, Mesir
11.35 am Jumaat 14 Januari 2010
1 pandangan cinta:
smoga dpt menjadi muslim yang meningkat ke arah MUKMIN SEJATI...bitaufiq wa najah da'iman =D
Post a Comment