Followers

Saturday, May 5, 2012

TARBIAH #OSEM TIADA TANDINGAN, TIADA PENGAKHIRAN

Menyambut ulang tahun kelahiran housemate, Hariz Dzulkarnain yang ke-20
Eid Milad wahai sahabatku.
Saya mumulakan jejak kembara ilmu saya ke Mesir dengan menaiki kapal terbang tanpa orang yang dikenali bersama, dan ianya adalah kali pertama saya menaiki kapal terbang. Saya meng'survival' kan diri dengan mencari kenalan yang bisa menumpangkan rumahnya sementara di Mesir sebelum saya mencari rumah sendiri kemudian hari.

Ketika saya menumpang di rumah tersebutlah, saya banyak belajar cara hidup di negara orang. Saya di didik agar pergi ke Sungai Nil dan Masjid al Azhar bersendirian. Bagi saya, ia adalah satu cabaran buat saya yang tidak mahir berbahasa arab ketika itu, dan masih dalam musim orentasi di 'Mesir'.

Hasil didikan itu, banyak yang saya belajar mengenai cara hidup di Mesir. Cara bermuammalat, berkomunikasi, cara hidup dan pelbagai lagi. Hasil didikan abang lama.

Genap 4 bulan berada di Mesir, saya juga sempat berhadapan dengan revolusi 25 Januari Mesir. Bagi saya, pelajar yang merasai proses revolusi jika mereka menghayati revolusi itu sendiri, dapat melahirkan mahasiswa yang beridealogi dan berfikrah.

Setelah 2 bulan di Malaysia dalam proses evakuasi, kami pulang semula ke bumi yang diberkati, Mesir. Hasilnya, saya menjadi seorang aktivis PMRAM yang aktif. Alhamdulillah, saya juga telah berjaya menganjurkan program selaku pengarah sehinggakan hasil darinya dapat mengikat ukhwah yang kuat diantara mahasiswa Mesir.


SETELAH SETAHUN BERSAMA UKHWAH & TARBIAH

Kini, saya telah melepasi tempoh setahun di Mesir, bermakna tahun ini adalah tahun ke-dua saya di Mesir. Banyak yang saya belajar darinya, namun lagi banyak yang saya perlu belajar.

Tiada tempoh akhir bagi seseorang untuk menuntut ilmu. Saya juga mempunyai matlamat untuk menuntut ilmu dalam tempoh yang panjang.

Saya masih terus dan terus menjadi seorang yang dahagakan ukhwah dan tarbiah, walaupun ukhwah dan tarbiah di Mesir ini cukup 'awesome'. Saya dahagakanya bukan kerana saya tidak memperolehinya, tetapi kerana apa yang saya dapat itu membuatkan saya lebih dahagakanya.

Rumah saya kini, saya tinggal bersama mereka yang mempunyai pelbagai latar belakang dan  fikrah. Namun, kami cuba mengimbangi diantara satu sama yang lain.


DAHAGA YANG BERTERUSAN

Saya percaya, walau selama manapun saya berada di Mesir, saya tetap dahagakan berberapa perkara. Antaranya, ilmu, ukhwah dan tarbiah. Tiga perkara yang bagi saya, tidak akan berhenti untuk saya memperolehinya.

Jangan pernah menanti graduasi al Azhar atau timur tengah menjadi sealim Syeikh Yusuf al Qardhawi, setawadhu' Tuan Guru Nik Aziz, atau sehebat Hassan al Banna. Mereka (graduan) adalah mereka, dengan cara mereka yang tersendiri. Mereka akan tetap dalam posisi mereka dalam Islam, jangan sesekali mengkritik mereka jika anda juga merasakan, kritikan anda tidak membina.

Mereka bahkan lebih memerlukan nasihat-nasihat pengkritik, kerana adat si pengkritik itu kritik kerana cinta.

Jangan juga pernah menilai seseorang yang anda kenal lepasan universiti timur tengah, anda terus menghukum semuanya sebegitu. Sama ada dalam perkara yang baik atau sebaliknya.

Jika anda cinta kepada mereka, nasihat dan doakan mereka. Jika anda cintakan saya, nasihat dan doakan saya.

Wallahu 'alam.

0 pandangan cinta:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © NOTA CINTA Design by Muhammad Salman al Farisi | Blogger Theme by Al Irani Muhammad | Powered by Blogger