Followers

Wednesday, May 2, 2012

BUKAN KERNA NAMA


Bidang penulisan sememangnya darah daging saya.

Ayah saya menceritakan bahawa beliau sudah mula menulis dan menghantar puisi ke RTM sejak dari usia remaja. Sehingga sekarang, darah penulisan itu mengalir membawanya menjadi seorang Ketua Pegarah Eksikutif di sebuah syarikat penerbitan.

Ibu saya pula dengan kegigihanya mengusahakan syarikat penerbitan majalah agama. Menuturi anak-anaknya agar bersama-samanya meneruskan dakwah dalam bidang penulisan.

Sehingga saat ini, mungkin diri saya sebenarnya tidak tertahan untuk menulis setelah sekian lama beristirehat dari medan juang. Sampaikan ada yang menggelarkan saya lari, menyorok diri dan seumpamanya.

"Kata mereka, jika diendah, berjalan lurus dikata bengkok". Apa yang mereka kata saya biarkanya berlalu, kerana akhirnya saya juga sedar diri saya siapa. Dan mengapa bidang penulisan ini kadang-kadang menjadi satu yang asing bagi saya.

Saya teruskan pekerjaan saya sebagai seorang pembaca dalam syarikat internet yang serba besar. Membaca blog-blog juga laman-laman artikel ketika blog saya terus kosong dari sesuatu yang bermenfaat.

Saya tekad, untuk kembali menjadi diri saya. Tidak perlu sehebat Dr. Maza yang lamannya seolah-olah anjung fatwa. Juga tidak perlu sehebat Hilal Ashraf, menjadi idola para remajawan. Bukan juga mahu seperti yang lain, menjadi yang lain, mengikut telunjuk yang lain.

Saya harus menjadi diri saya. Menulis dengan cara saya sendiri. Berkongsi ideologi bersama pembaca sekalian.



Jangan kau pandang bibir yang manis
Kerana dia bisa menghancurkan
Jangan kau pandang wajah yang indah
Kerana dia bisa meracunmu
(chorus)
Dengarlah hai teman
Dengarkan bersama
Aku menulis bukan kerna nama
Kerna sifat kasih
Pada sesama insan
Dan menyatakan kasih sayangmu
Kita sama semuanya sama
Apa yang ada hanyalah kehidupan
Jangan kau dengar puisi dusta
Kerana dia bisa merosakkan jiwamu
Dengarkanlah puisi di pusaka
Yang telah turun temurun hari ini
Jangan kau alas hatimu itu
Dengan secebis warna kehitaman
Dialah seperti anai-anai
Lambat laun hancurlah dirimu 

0 pandangan cinta:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © NOTA CINTA Design by Muhammad Salman al Farisi | Blogger Theme by Al Irani Muhammad | Powered by Blogger