Saya sebenarnya masih dikira lambat dalam mengejar arus komunikasi terkini. Saya masih ingat ketika saya berumur 16 tahun (2007) saya masih menggunakan Nokia 3310 tanpa 'keypad' ketika teman-teman yang lain sudah menggunakan kamera canggih N-Series dan pelbagai lagi.
Saya juga telah mendengar mengenai Twitter sekian lama walaupun saya baru membuka akaun tersebut pada tahun lepas.
Selalu orang suarakan, berada dalam laman sosial ini adalah sesuatu yang membazirkan waktu. Apa yang akan anda perolehi dari duduk sekian waktu depan komputer hanya mengadap Facebook & Twitter?
Bergantung untuk apa seseorang itu menggunakan laman sosialnya, saya membahagikan penggunaan laman sosial kepada berberapa bahagian.
Menfaatnya facebook adalah bagaimana anda menggunakanya. Kalau setakat main game, atapun chating, komen perkara mengarut-mengarut, atau cari pasangan, yang kemudian tukar ganti, anda merupakan golongan yang telah berjaya membuatkan facebook tempat manusia bersosial tanpa menfaat.
Saya menggunakanya untuk 'up-date' berita / informasi terkini.
Dan, jika anda ingin menggunakan facebook sebagai sesuatu yang mendatangkan duit, tekan butang segi tiga bahagian paling atas sebelah kiri, klick log-out dan laksanakan kerja yang menfaat. Dengan itu anda akan mendapat wang hasil log-out tersebut.
SHARE & RE-TWEET
Istilah 'tweet-hot' atau facebook-er famous sering dikejar-kejar oleh pengguna laman sosial kini. Ramai dari kalangan facebook-er yang sanggup menyebarkan berita-berita palsu, gambar yang diedit, cerita-cerita yang disahkan palsu riwayatnya semudah menekan butang 'share' dan 're-tweet'.
Siapa tidak tahu dengan kisah penjaga kubur nabi, mayat di atas kubah nabi dan banyak lagi kisah-kisah bertopengkan ketuhanan walhal kalau mereka buka al Quran, tadabbur maknaya, mereka akan jumpa berjuta-juta lagi perkara yang mendekatkan diri mereka kepada tuhan dari berita dusta dalam facebook tersebut.
Saya tidak merasakan apa yang disebarkan itu sebagai medium dakwah jika perkara itu benar dan dustanya kita tidak dapat sahkan. Bagaimana jika berdakwah atas nama sesuatu yang dusta?
"Wahai orang-orang yang beriman, jika seseorang yang fasik datang kepadamu membawa sesuatu berita, maka telitilah kebenaranya, agar kamu tidak mencelakakan sesuatu kaum kerana kebodohan, yang akhirnya kamu menyesali perbuatan itu."
[QS al Hujrat ayat 6]
Atas kebodohan mereka yang membuat berita tersebut, lalu menyebarkanya, membuatkan seluruh kaum yang membuka facebook percaya atas berita yang dibawa oleh sifasiq tadi.
GILA NIKAH MUDA
Baru-baru ini ada seorang pelajar, tingkatan 2 meminta pandangan saya mengenai nikah muda! Katanya;
"Akhi, saya rasa saya nak nikah gantunglah tahun ni. Lepas itu buat macam yang orang dalam facebook cakap, nikah tapi duduk rumah mak ayah masing-masing. Lepastu boleh dating, kalau dapat anak pun tidak apa, sebab anak halal."
Muka saya selepas sahabat saya cakap sebergitu. ==! |
Saya tidak pernah marah seseorang buat artikel mengenai nikah muda. Saya pun pernah membuat artikel mengenai nikah muda.
Dan sekarang, di facebook ada pelbagai group dan perseorangan yang gila-gila punya promo nikah muda. Hey, anda membuatkan Islam hanya nampak dalam hal-hal pernikahan. Walhal, Islam itu syumul. Banyak lagi perkara yang membina modal insan yang anda boleh buat selain pernikahan.
Kalau mereka yang sudah nampak matlamat hidup mereka seperti ingin bekerjaya, tahu asas agama, matang dan seumpamanya terkesan tidak menjadi masalah.Yang menjadi masalah, sampai budak sekolah menengahpun terkesan!
Saya tidak menghalang anda, tetapi berpada-padalah.
KESIMPULAN: KLIK DUSTA
Berhentilah melaksanakan klik dusta anda. Dalam posting lama saya, saya ada memetik kata-kata seorang pemimpin. Beliau telah berkata;
"Sekarang, sesuatu berita amat laju untuk disebarkan lebih laju dari menulis 140 huruf di laman Twitter."
Anda perlu tahu, setiap apa yang anda post di Facebook dan Twitter, tidak bernada, tidak berlagu. Setiap orang akan membaca tulisan anda dengan nadanya yang tersendiri.
Anda mungkin niat bergurau, mereka fikir tidak.
Anda tidak akan menyesal untuk berfikir sejenak sebelum anda post sesuatu. Apa sahaja perkara termasuk agama, politik, cinta, life dan seumpamanya.
Saya masih belajar dalam berkata-kata di facebook.
Salman al Farisi
Kaherah, Mesir.
6:09 AM 3 Mei 2012
0 pandangan cinta:
Post a Comment