Followers

Friday, May 4, 2012

APLIKASI CINTA

Adik beradik besar saya.

Kadang-kadang, kita perlu melakukan sesuatu untuk meng'aplikasi' cinta kita. Maksud saya, kita tidak perlu nak kata kepada orang yang kita cinta; "Aku cinta padamu" 'sangat' tanpa membuktikanya.

Baru-baru ini saya pulang ke Malaysia. Saya cuba buktikan kepada keluarga saya yang saya sangat cintakan mereka. Tetapi bukan semua yang kita mahu lakukan dapat dilaksanakan. Termasuklah cubaan saya untuk aplikasi cinta tersebut.

Kadang-kadang, kita bertanya pada diri; "Mengapa perkara ini berlaku pada aku? Sedangkan aku sudah berdoa pada Allah SWT agar berikan yang terbaik untuk aku." Sebenarnya kita sahaja menyangka perkara itu adalah yang terbaik untuk kita, walhal Allah SWT yang menciptakan kita lebih tahu benda itu bukanlah yang terbaik untuk kita.

Ada orang merasakan; "Hidup dia lagi indah pada aku. Dia ada kereta besar, dia ada gelaran Datuk, dia dapat kerja yang menarik, gaji yang besar," walhal ramai yang tidak mengetahui itu bukanlah hakikat kebahagian yang sebanar. Bagaimana anda boleh menilai seseorang itu hidupnya lebih indah dari anda jika anda sendiri tidak 'jalan satu kasut' bersamanya?

Bagi saya, kebahagian cinta yang sebenar hanya apabila kita aplikasi syukur dalam diri.

"Dan (ingatlah) ketika Tuhanmu memaklumkan; "Sesungguhnya jika kamu bersyukur, nescaya Aku akan menambah (nikmat) kemadamu. Tetapi jika kamu mengingkari (nikmat-Ku), maka pasti azab-Ku sangat berat." [QS Ibrahim ayat 7]


CINTA PALESTIN & SYRIA

Di Malaysia, saya juga diberi kesempatan oleh Allah SWT untuk mengikuti satu program anjuran Aqsa Syarif di bawah Pertubuhan IKRAM Malaysia di Stadium Melawati, Shah Alam. Program tersebut digelar Global March to Jarussalem.

Secara peribadi, saya tidak merasakan dengan mengikuti program tersebut, dapat aplikasikan cinta saya terhadap Palestin. Kerana, sifir orang bercinta, akan cuba hidup bersama. Mereka hanya bergembira berhibur malah boleh jadi sehingga lalai, walhal rakyat Palestin sekian lama dengan rentetan hidup derita yang sama.

Saya tidak mahu menghina penganjur, jauh lagi peserta. Namun, saya cuba untuk sampaikan maksud aplikasi cinta bagi diri saya. Agar ia sebagai daya penguat untuk diri saya laksanakanya, dan mungkin boleh jadi inspirasi buat anda.

Saya akui, bukan dalam kuderat saya buat masa ini cuba untuk aplikasikan cinta saya terhadap mereka. Tetapi, saya akan tetap mencuba, walau dengan cara tersendiri.

Teringat ketika saya mengikuti program yang seakan sama, di Masjid Wilayah Persekutuan Jalan Duta. Tuntasnya, penduduk Palestin penat berjuang tidak mengenal tempat, peserta hanya penat melompat.

Saya tidak mahu, ianya hanya cinta dusta.


CINTA SAYA KEPADA DIA

Saya juga akui, saya punya cinta. Demi untuk aplikasi cinta saya, saya cuba sedaya upaya saya dalam masa yang sama saya sedang menuntut ilmu, saya akan bernikah dengan si dia.

Saya tidak mahu khabar cinta saya cinta dusta. Dalam masa yang sama, saya juga tidak mahu hiaskan cinta saya dengan kemaksiatan. Kerana itu saya cuba aplikasi cinta saya, dengan syariatnya.

Saya juga mahu bunda saya tahu, keinginan saya untuk bernikah adalah tanda cinta saya kepada bunda.

:: 5 - 20 Mac ini saya akan hadapi Final Year exam (Imtihan akhir sanah). Jika mahu tahu benarkah saya cinta terhadap ilmu, maka saya akan cuba menjawab sebaik mungkin, usaha sebaik mungkin. Doakan saya. ::

:: Sayangi Malaysia, Berubahlah ::

0 pandangan cinta:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © NOTA CINTA Design by Muhammad Salman al Farisi | Blogger Theme by Al Irani Muhammad | Powered by Blogger