Followers

Wednesday, January 12, 2011

BUANG ANAK ATAU NIKAH AWAL?


Baru-baru ini heboh apabila Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil mengeluarkan kenyataan dalam tempoh seminggu tahun 2011 membuka tirainya, sudah 7 anak luar nikah dibuang diseluruh Malaysia. Ini belum kira anak haram yang tidak dibuang. Dan belum juga tiba bulan Ogos dan September dimana bulan Ogos dan Septemberlah yang terkenal dengan bulan kelahiran anak luar nikah. 

Pada waktu itu semua ingin bersuara dan mengeluarkan pendapat padahal punca atau sebab perkara itu berlaku tidak mahu diselesaikan dahulu. Bila sudah lahir 'baby' baru terkesan konsert tahun baru. Alahai, bukanya perkara ini tidak pernah disentuh. Dan mungkin saya orang yang keberapa ribu agaknya yang mengatakan perkara yang tidak tahu bila penghujungnya ini.
Saya bukan mahu merungsingkan lagi perkara yang berlaku namun ingin mencadangkan 1 perkara yang Islam bawa sejak azali lagi. Penyelesaian yang mudah jika betul caranya berlandaskan al Quran dan as Sunnah, Insya Allah.


ALAHAI BABY, JIJIKNYA IBU BAPAMU

Asal berlakunya kes buang bayi adalah disebabkan berlakunya hubungan kelamin diluar syarie'. Dan bukanlah orang waras yang menikah secara syariat ingin membuang bayi yang dilahirkan melainkan mereka yang melakukan hubungan sebelum nikah.

Rata-rata mereka melakukan hubungan terlarang tersebut atas dasar cinta. Saya teringat kata-kata seorang motivator mashur di Malaysia beliau mengatakan bahawa; "Wanita bila sudah cinta sanggup menyerahkan jiwa dan raga mereka untuk lelaki tersebut!"

Rasulullah SAW pernah bersabda yang bermaksud; "Aku pernah melihat neraka, maka aku saksikan kebanyakan penghuninya adalah wanita." [HR Muslim] sedangkan juga wanita juga adalah sebaik-baik perhiasan seperti sabda Rasulullah SAW yang bermaksud; "Dunia adalah perhiasan dan sebaik-baik perhiasan adalah wanita solehah." [HR Muslim]

Indahnya seorang wanita itu apabila ia diletak pada tempat yang betul. Demi menjaga fitrah sebenar seorang wanita agar bersama-sama lelaki melaksanakan perintah fitrah seperti yang ditetapkan Allah SWT dalam al Quran al Karim dalam surah An Nur dari ayat 30 – 31. Tidak semua yang dilakukan oleh lelaki boleh dilakukan wanita dan begitu juga sebaliknya. Ini juga dibuktikan dengan firman Allah SWT yang bermaksud; "Lelaki itu pelindung pagi perempuan. Kerana Allah telah melebihkan sebahagian mereka atas sebahagian yang lain. Dan kerana mereka (lelaki) telah member nafkah dan hartanya. Maka perempuan yang baik adalah mereka yang taat (kepada Allah) dan menjaga diri ketika (suaminya) tiada kerana Allah telah menjaga mereka." (sehingga akhir ayat)[QS An Nisa 4 : 34]

Wanita begitu bermakna dalam hidup manusia. Nilainya tidak ubah seperti permata. Permata yang bernilai itu sudah tentu tidak mudah ditayang, dijaga rapi, disayangi dan bukan permata yang berharga bila mana boleh diperolehi ditepi-tepi jalan. Jangan yang disangka permata rupanya kaca sudah lah.

Arahan demi arahan yang dikeluarkan oleh Allah SWT mengenai ayat yang khusus kepada wanita hanya kerana nilai yang tinggi bagi seorang wanita. Dan antara arahan yang patut diambil berat oleh setiap wanita seperti firman Allah SWT dalam surah Al Ahzab ayat ke 32 dan 33. Dimana ayat tersebut Allah SWT memerintahkan agar jangan melembutkan suara, ucap perkataan yang baik, sentiasa berada di rumah, jangan berhias (tabarruj) seperti hiasan orang jahiliah dan pelbagai lagi suruhan buat kaum wanita.

Ya, wanita adalah mereka yang banyak menghuni neraka tetapi ketahuilah wanita juga amat mudah memasuki syurga. Maka sudah tiba masanya bagi setiap wanita mukminah untuk mempercepatkan urusan utama mereka kerana sesungguhnya wanita yang baik itu mudah nikahnya dan murah maharnya.


NIKAHLAH KALIAN

Saya suka bila meliahat seorang wanita yang awal nikahnya. Dalam hati saya mendoakan agar wanita tersebut diberkati oleh Allah SWT. Wanita yang nikah muda ini mempunyai kelebihan yang begitu banyak.

PERTAMA: Masa mendidik bagi anak mereka sudah tentu disaat wanita itu masih muda. Maka bakal melahirkan modal insan yang terbilang kerana berpeluang mendidik anak disaat wanita itu masih muda.

KEDUA: Bakal melahirkan zuriat yang ramai. Ia, apabila sudah nikah pada waktu muda maka masa untuk subur dan terus meramaikan umat Nabi Muhammad juga lebih lama. Sungguh, Rasulullah SAW amat suka dengan umatnya yang ramai.

KETIGA: Terjaga cintanya. Ia, disaat muda dia sudah mantap urusan cintanya. Berbeza diantara cinta pertama dan cinta yang entah kali berapa amat jauh sekali. Cinta kali pertama lebih mendalam, ikhlas, telus dan mantap. Mereka yang sudah berberapa kali jatuh bangun dalam urusan cinta pasti tidak hebat cintanya seperti mereka yang cinta pertama. Maka wanita yang nikah awal ini sudah pasti mantap cintanya dimana akan menjamin rumah tangga mereka.

KEEMPAT: Seorang wanita yang sejak dari muda sudah terjaga maruah mereka dimana tidak keluar melainkan dengan suami, tidak berkongsi rasa melainkan dengan suami dan segalanya dilakukan bersama suami yang sudah pasti maruahnya tidak sempat diserahkan kepada lelaki yang belum layak baginya. Maklum sahaja, sekarang zaman teknologi maklumat dimana informasi boleh dikongsi dengan begitu mudah.

KELIMA: Apabila seorang lelaki menikahi wanita yang muda, didikan terhadap wanita tersebut lebih baik. Seperti didikan yang dilaksankan Rasulullah SAW terhadap Aisyah RA, isteri yang paling baginda cintai. Sehinggakan Aisyah RA menjadi rujukan para sahabat di saat Rasulullah SAW sudah wafat.


MASALAH NIKAH MUDA

Kadang-kadang timbul dalam perasaan mereka yang sayangkan anak. Bimbang layakah lelaki itu nak jaga anak aku, macam mana dengan nafkah lelaki itu nak kasi terhadap anak aku dan seribu satu persoalan diminda ibu bapa sejak dari kecil membelai dan mengasuh anak itu bagai menatang minyak yang penuh.

Namun, Allah SWT telah melaksanakan janji-Nya dalam al Quran yang bermaksud; "Dan nikahlah orang-orang yang masih membujang diantara kamu, dan juga orang yang layak (menikah) dari hamba-hamba sahayamu yang laki-laki dan perempuan. Jika mereka miskin, Allah akan member kemampuan kepada mereka dengan kurnia-Nya. Dan Allah Maha luas (pemberian-Nya), maha mengetahui." [QS An Nur 24 : 32]Juga dalam firman-Nya yang bermaksud; "Dan Allah menjadikan bagimu pasangan (suami isteri) dari jenis kamu sendiri dan menjadikan anak dan cucu bagimu dari pasanganmu, serta memberimu rezeki dari yang baik. Mengapa mereka beriman kepada yang batil dan mengingkari nikmat Allah." [QS An Nahl 16 : 72]

Allah SWT telah menyimpulkan kepada mereka tidak percaya akan akan nikmat Allah SWT inilah mereka yang beriman dengan sesuatu yang batil. Kita sebagai hambanya seharusnya bertawakkal kepada Allah SWT yang memberikan rezeki. Sebagai seorang lelaki waras yang mencintai isterinya sudah pasti tidak akan membiarkan isterinya tanpa nafkah. Dan mungkin atas dasar perkahwinan itulah Allah SWT menurunkan pemberianya yang amat luas.

Juga mungkin timbul dalam fikiran bimbang mengenai urusan rumah tangga yang bakail ditempuh nanti. Adakah bakal suami atau isteri betul-betul sesuai bagi kita.
Rata-rata mereka mula berfikiran matang bila menjejakkan kaki ke lembah perkahwinan. Sebagai contoh, bayi yang belajar berjalan. Asal pandai belajar seorang bayi berjalan apabila dia memulakan langkah yang pertama untuk berjalan. Andai bayi tersebut tidak memulakan langkah pertama untuk berjalan, adakah bayi itu boleh berjalan sendiri apabila sudah meningkat usia?

Begitu juga dengan perkahwinan. Keberanian untuk bertunang adalah sebagai langkah pertama untuk menempuh gerbang perkahwinan. Adakah mereka yang tidak mula dengan langkah pertama ini tiba-tiba sudah pandai urus rumah, jaga anak, didik anak, memasak dan sebagainya. Semuanya perlu langkah pertama.

Juga bimbang dengan pelbagai perkara lain yang timbul hasil penyakit was-was mengenai agama dengan bakal suami atau isteri yang akan dinikahi itu merupaka sesuatu yang mudah untuk disimpulkan. Allah SWT telah berfirman yang bermaksud; "Dan diantara tanda-tanda (kebesaran)-Nya ialah Dia menciptakan pasangan-pasangan untukmu dari jenismu sendiri agar kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya. Dan dia menjadikan diantaramu rasa kasih dan sayang. Sungguh pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda (kebesaran Allah) bagi kaum yang berfikir." [QS Ar Rum 30 : 21]

Allah SWT telah berjanji untuk memberikan pasangan yang terbaik untuk kita agar kita berasa tenteram dengan pasangan kita saling lengkap melengkapi. Jadi mengapa seharusnya apabila Allah SWT telah melafazkan janjinya kita tidak berpegang teguh dengan janji-Nya? Allah SWT yang menciptakan hambanya pasti Dia lebih tahu apa yang terbaik buat kita. Tidak selayaknya bagi kita mempertikaikan apa yang telah dijanjikan oleh Allah SWT.


PILIH DIANTARA DUA JALAN

Kahwin bukanlah permainan. Ia menentukan siapa bakal pemilik cinta kita selepas Allah SWT, Rasulullah SAW dan ibu bapa. Atas dasar bukan permainan itulah perkara ini harus diambil serius dari awal lagi. Ia, sejak dari muda dan tidak mustahil 20 tahun sebelum kita melaksanakan perkahwinan tersebut. Kita berpegang dengan janji Allah SWT atas keberkatan perkahwinan dan pelbagai lagi janji yang dinukilkan melalui al Quran dan al Hadis. Namun adakah kita fikir kita juga terikat dengan firman Allah SWT yang bermaksud; "Sedangkan perempuan yang baik untuk lelaki yang baik, dan lelaki yang baik untuk perempuan yang baik (pula). Mereka itu bersih dari apa yang dituduhkan orang. Mereka memperoleh ampunan dan rezeki yang mulia." [QS An Nur 24 : 26]

Ia, pasangan kita adalah cermin bagi diri kita secara umum. Makanya untuk mendapatkan jodoh yang baik seharusnya kita sejak dari mula cuba menjadi yang terbaik dahulu kepada jodoh kita.

Pilihan mudah. Anak haram sekarang dibuang merata tempat namun sekarang cuba kita pilih samaada ingin menjadi ibu bapa yang membuang anak atau nikah awal apabila sudah sampai seru atau boleh jadi sudah dihukumkan wajib nikah. Yang pastinya setiap orang Insya Allah akan memalui frasa perkahwinan namun cara dan bagaimana perkahwinan itu hanya Allah SWT sahaja yang tahu. Kita sebagai hambanya selayaknya berdoa agar yang terbaik selayaknya kurniaan Allah SWT untuk diri kita.

Saya membuat solusi bahawa bagi mengelak berlakunya pembuangan bayi dan gejala sosial yang ternyata diluar syariat Islam ini hanya dengan nikah awal. Apabila sudah sampai seru, maka segerakan nikah. Tidak mustahil mereka yang melakukan hubungan seks diluar syariat ini sudah sampai seru intuk bernikah, duit cukup, nafkah boleh diberi dan jatuh hukum wajib nikah namun atas sebab sukar urusan nikah mereka melakukan hubungan terlarang dan akhirnya melahirkan anak luar nikah dan dibuang di tong sampah ('auzubullah). Bayangkan jika urusan nikah mereka mudah maka pastinya bertambah khalifah Allah SWt di muka bumi untuk mempermudahkan urusan dakwah Islamiah.

Ingatlah firman Allah SWT yang bermaksud; "Dan tidaklah pantas bagi lelaki yang mukmin dan perempuan yang mukmin, apabila Allah dan Rasul-Nya telah menetapkan sesuatu ketetapan, akan ada pilihan (yang lain) bagi mereka tentang urusan mereka. Dan barangsiapa yang menderhakai Allah dan Rasul-Nya, maka sungguh, dia telah tersesat dengan kesesatan yang nyata." [QS Al Ahzab 33 : 36]

Wallahu 'alam

p/s: Saya mahu sempurnakan agama saya secepat mungkin. Mahu menjaga padangan dan kemaluan saya dari perkara yang haram dan saya mahu nikah awal. ^_^ Mahu meletakkan seseorang selepas Allah SWT, Rasulullah SAW dan ibu bapa dalam hati saya secepat mungkin agar iman ini mantap. Ameen ya rob.

3 pandangan cinta:

Chameleon said...

p/s: Saya mahu sempurnakan agama saya secepat mungkin. Mahu menjaga padangan dan kemaluan saya dari perkara yang haram dan saya mahu nikah awal. ^_^ Mahu meletakkan seseorang selepas Allah SWT, Rasulullah SAW dan ibu bapa dalam hati saya secepat mungkin agar iman ini mantap. Ameen ya rob.

Makbonda61 said...

Membena rumah adalah memenuhi keperluan hidup,membena rumah tangga adalah memenuhi tujuan hidup. Setuju?

Anonymous said...

salam..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © NOTA CINTA Design by Muhammad Salman al Farisi | Blogger Theme by Al Irani Muhammad | Powered by Blogger