Followers

Tuesday, January 11, 2011

PENYAKIT KITA & PENYAKIT UMAT ISLAM KINI


KUALA LUMPUR, 8 Jan: Tahun 2011 baru seminggu membuka tirainya tetapi dalam tempoh itu tujuh kes buang bayi dilaporkan.

Angka itu perlu diberi perhatian serius dan bimbang dengan gejala yang berterusan itu, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil berkata kerajaan akan memperhebatkan kempen kesedaran dalam usaha menyekat gejala itu daripada berlarutan.

"Kerajaan komited terhadap usaha membanteras perbuatan membuang bayi yang kini menuntut tindakan segera," katanya kepada pemberita selepas melancarkan kempen 'Kami Prihatin' di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) pada hari Sabtu.

Kempen itu adalah untuk mencetuskan rasa keinsafan dan menebalkan kembali nilai kemanusiaan di kalangan masyarakat dalam usaha menangani kes penderaan kanak-kanak dan buang bayi.

Shahrizat berkata kementerian akan terus mendekati golongan remaja hingga ke peringkat akar umbi selain mempergiatkan kerjasama dengan badan bukan kerajaan dalam menjalankan kempen kesedaran mendidik masyarakat.

Beliau berkata media massa dan badan-badan agama juga perlu terus memainkan peranan yang lebih kritikal bagi membendung gejala itu.

sumber: BERNAMA


SUDAH MUAK

Alahai. Ini isu lama. Namun ia masih sulit untuk diterapkan dalam minda masyarakat. Hatta sampai sekarang sudah sangat-sangat terbukti keburukan zina dengan lahirnya anak haram. Sehinggakan bila ada berita orang buang anak, orang sekarang buat 'derk' je (tidak ambil tahu).

Dan saya salah seorang yang asyik-asyik membebel. Ceritanya diulang-ulang dan rasanya tiada perubahan pun kecuali dalam nisbah yang amat kecil. Ceritalah bagaimana sekalipun, akhbar tetap dengan penyiaran gambar artisnya, television masih dengan rancangan realiti, pemimpin masih dengan gaya hidupnya, yang gila Facebook masih dengan Facebooknya. Cerita punya cerita perkara yang sama berlaku.

Malaysia mempunya 28 juta rakyat. Mesir pula 79 juta rakyat dan sekitar 12 juta sahaja sudah ada di Kaherah. 12 juta tersebut tidak termasuk pelancung dan pelajar di mana kata seorang sahabat saya jika dikira semua yang ada di Kaherah hampir menyamai rakyat Malaysia!

Dahulu, zaman Rasulullah SAW umat Islam tidaklah seramai ini. Sehinggalah umat Islam berjaya menakluki 2 dariapda 3 dunia dan populasi umat Islam semakin berkembang. Namun kini populasi yang berkembang tidaklah sehebat kualiti umat Islam itu sendiri secara umumnya. Umat Islam kini terutamanya diselubungi penyakit wahan! Apa itu penyakit wahan?


PENYAKIT WAHAN

Daripada Tsauban RA beliau berkata, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud; “Hampir tiba suatu masa di mana bangsa-bangsa (diseluruh dunia) akan datang mengerumuni kamu bagaikan orang-orang yang hendak makan mengerumuni talam hidangan mereka”. Maka salah seorang sahabat bertanya; “Apakah kerana dari kami sedikit pada hari itu?” Nabi SAW menjawab, “Bahkan kamu pada hari itu banyak sekali, tetapi kamu umpama buih di waktu banjir, dan Allah (SWT) akan mencabut rasa gerun terhadap kamu dari hati musuh-musuh kamu, dan Allah (SWT) akan mencampakkan ke dalam hati kamu penyakit ‘wahan’.” Seorang sahabat bertanya, “Apakah wahan itu hai Rasulullah (SAW)?” Nabi SAW menjawab; “Cinta pada dunia dan takut pada mati.”
[HR Abu Daud dalam sunanya 37 : 4284]

PERTAMA: Akan tiba dimana bangsa-bangsa akan mengerumuni umat Islam bagai orang yang hendak makan mengerumuni makananya. Umpama pelajar asrama, dapat KFC lalu dihidang di atas talam. Bayangan yang cukup mudahkan. Sepetinya umat Islam ini harus dimiliki, harus ditakluki, dilunyai-lunyai dan disantap-menyantap.

KEDUA: Adakah umat Islam di saat itu (pada pendapat saya 'di saat ini!') sedikit? Erm, sedikit dari segi nilai namun dari segi kuantitinya ramai sangat. Di Mesir sahaja sudah 79 juta. Jika mahu nilaian di Malaysia mengikut data CIA atau lebih dikenali sebagai Central Intelligence Agency di Amarika, umat Islam di Malaysia meliputi 60.4% iaitu lebih dari setengah dari penduduk Malaysia. Dan saya andaikan jika tiap-tiap seorang dari umat Islam berjaya dakwah seorang sahaja dari orang kafir untuk memeluk agama Islam sudah pasti seluruh rakyat Malaysia adalah Muslim. Itu cuma andaian kalau berlaku. Ini dikuatkan dengan sabda nabi Muhammad SAW seperti diatas iaitu "Bahkan kamu pada hari itu banyak sekali".

KETIGA: Umpama buih-buih diwaktu banjir. Perumpamaan yang mudah kita ambil iaitu buih-buih di tepi pantai. Dimana buih-buih itu tidak boleh dikira. Namun bila tiba saatnya buih itu akan meletup dan hancur begitu sahaja tanpa kesan. Perumpamaan yang pedih bagi umat Islam kini.

KEEMPAT: Allah SWT akan menarik rasa gerun terhadap kamu dari hati musuh-musuh kamu. Ia, disaatnya kini orang kafir langsung tiada rasa hormat dan takut malah umat Islam seperti ayam-ayam yang sudah ditunggu masanya untuk di'sembelih'. Ya, disembelih nyawanya atau ilmunya atau perasaanya atau nafsunya. Semuanya amat mudah bagi mereka kerana sudah tiada lagi perasaan takut.

KELIMA: Penyakit wahan, cinta dunia dan takut mati. Erti cinta hanya dapat ditafsirkan secara individu namun frasa cinta dunia hanya satu. Iaitu dunia adalah segalanya. Rasa cinta yang pasti ada dalam diri kebanyakan manusia kini termasuk saya. Siapa yang dapat menyangkal cinta dunia yang wujud dalam diri mereka? Dan siapa yang dapat mengatakan bahawa; "Saya tidak takut mati?".


24 JAM YANG SUNTUK

Semua orang dikurniakan waktu yang sama. Tiada beza walaupun sesaat. Namun kadang-kadang masih ada diantara mereka yang kosong hidupnya. Masih menulis perkataan 'boring' di Facebook dan bermacam-macam lagi. Masih membuat perkara-perkara yang tiada menfaat.

Kita sebenarnya begitu berada di dalam zon selesa. Zon yang tidak memikirkan manusia lain sedangkan kita perlu tahu bahawa musuh kita sentiasa berusaha untuk melemahkan kita. Memviruskan kita dengan penyakit wahan dan tidak senang sehingga kita mengikut agama mereka seperti yang difirmankan oleh Allah SWT yang bermaksud; "Orang-orang yahudi dan Nasrani tidak akan senang kepada kamu hingga kamu mengikut agama mereka.." [QS Al Baqarah 2 : 120]

Kita masih lagi boleh bersuka ria duduk lena dengan nikmat dan cinta kita terhadap dunia. Bukan semua manusia itu sempurna namun adakah kitacuba perbaiki diri dan peka terhadap sesuatu seperti sambungan firman Allah SWT ayat diatas yang bermaksud; "Katakanlah "Sesungguhnya petunjuk Allah (SWT) itulah petunjuk yang benar". Dan sesungguhnya jika kamu mengikuti kemahuan mereka (Yahudi dan Nasrani) setelah pengetahuan datang kepadamu, maka Allah (SWT) tidak lagi menjadi pelindung dan penolong bagimu." [QS Al Baqarah 2 : 120]


ISLAM BERDASARKAN TANGGUNGJAWAB

Mungkin ada diantara pembaca merupakan seorang arkitek, doktor, pelajar, mak cik jual nasi lemak, tukang sapu sampah dan tidak mustahil juga seorang pemimpin masyarakat. Dan Islam itu terletak bagaimana situasi kita kini. Firman Allah SWT yang bermaksud; "Tidak sepatutnya bagi orang-orang mukmin itu pergi semuanya (ke medan perang). Mengapa tidak pergi dari tiap-tiap golongan diantara mereka berberapa golongan untuk memperdalam pengetahuan mereka (mencari ilmu) tentang agama dan untuk memberi peringatan kepada kaumnya apabila mereka telah kembali kepadanya, supaya mereka itu dapat menjaga dirinya." [QS At Taubah 9 : 122]

Tidak semua umat Islam itu harus menjalani kehidupan yang sama. Setiap orang memiliki kehidupan yang berbeza namun bagaimana kita mengaplikasi kehidupan tersebut berlandaskan Islam. Bagaimana seorang arkitek itu mengaplikasi Islamnya, doktor menjalankan dakwahnya, pelajar dengan fikiran Islamnya, mak cik jual nasi lemak dengan penghayatan Islam dalam dirinya bahkan bagaimana pemimpin itu mengaplikasi Islam dalam pimpinanya semuanya terletak pada diri tersebut. Selagi mana ia tidak melanggar al Quran dan as Sunnah. Aplikasi Islam dalam kehidupan itu sendiri penting sebagai vaksin pelindung dari penyakit wahan.


CINTA DUNIA

Firman Allah SWT yang bermaksud; "Ketahuilah sesungguhnya kehidupan dunia itu hanyalah permainan dan sesuatu yang melalaikan, perhiasan dan bermegah-megah diantara kamu serta berbangga-banggaan tentang banyaknya harta dan anak-anak. Seperti hujan yang tanam-tanamanya mengagumkan para petani. Kemudian tanaman itu menjadi kering dan kamu lihat warnanya kuning dan kemudian hancur. Dan diakhirat nanti ada azab yang keras dan ampunan dari Allah (SWT) serta keredhaan-Nya. Dan kehidupan di dunia ini tidak hanyalah kesenangan yang menipu." [QS Al Hadid 57 : 20]

Cuba berjihad dengan ilmu bagi menangani penyakit wahan yang dibawa oleh orang kafir ini dengan jihad yang sesungguhnya-sungguhnya seperti frman Allah SWT yang bermaksud; "Maka janganlah kalian mengikuti orang-orang kafir, dan berjihadlah terhadap mereka dengan al Quran dengan jihad yang benar." [QS Al Furqan 25 : 52]

Sungguh pandangan saya penyakit inilah yang telah menyebabkan umat Islam jatuh lalu tunduk terhadap orang kafir laknatullah 'alaih. Lalu mari kita sama-sama berniat dan berdoa lalu laksanakan dengan percakapan dan perbuatan bahawa saya akan bersama-sama memulihkan serta menangani penyakit yang semakin parak ini, Insya Allah.

Salam nota cinta, Wallahu 'alam.

0 pandangan cinta:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © NOTA CINTA Design by Muhammad Salman al Farisi | Blogger Theme by Al Irani Muhammad | Powered by Blogger