Mengenai PMRAM. Sila lihat jika anda mahu lebih memahami penulisan saya kali ini.
Atas sebab itu saya mendaftarkan diri untuk berada di bawah PMRAM sebagai wadah (platfom) untuk saya membina pemikiran dan kemahiran berlandaskan Islam sepanjang menuntut di Mesir ini setelah saya mengkaji sendiri apa itu PMRAM.
Nama PMRAM bukanlah baru bagi saya. Saya sudah mendengar nama ini sejak di Malaysia lagi. Ketika ada dikalangan guru saya lepasan Al Azhar, Mesir.
PMRAM adalah sebuah Non-Government Organizations (NGO) yang ditubuhkan pada tahun 1930 iaitu 6 tahun setelah kejatuhan Khalifah Uthmaniah dan juga mungkin diantara NGO yang terawal ditubuhkan di dunia.
Persekutuan Putra-putra Semenanjung (PPS) adalah nama asal bagi PMRAM sebelum ditukar kepada Persekutuan Melayu Mesir (PMM) pada tahun 1953. Pada tahun 1965, NGO ini sekali lagi menukarkan namanya kepada Persekutuan Melayu Republik Arab Bersatu (PMRAB) sebelum ditukarkan sehingga sekarang yang dikenali sebagai Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir (PMRAM) pada tahun 1971.
PMRAM dengan Mesir sudah tidak asing lagi. Ini dibuktikan dengan penghanratan 65 pemuda Melayu sebagai askar sukrela bagi membantu Mesir dalam perang 3 serangkai diantara Israel, Prancis dan Inggeris.
Hasil kemenangan Mesir dalam perang 3 serangkai tersebut, mereka telah menghadiahkan kepada PMM (nama PMRAM pada masa itu) sebidang tanah seluas 2 212 meter persegi sebagai membalas jasa mereka membantu Mesir dalam perang 3 serangkai tersebut.
Namun PMM ketika itu tidak mempunyai sumber kewangan yang mencukupi untuk medirikan bagunan atas tanah yang diberi.
Namun berlaku berberapa peristiwa yang akhirnya Kerajaan Malaysia bersetuju untuk mendirikan bagunan di atas tanah tersebut.
Walaupun begitu, hak PMRAM keatas tanah tersebut yang kini dikenali sebagai ARMA singkatan kepada Asrama Rumah Melau Abbasiyah (atau Dewan Malaysia Abbasiyah Kaherah) dinafikan walupun hanya anjung untuk dijadikan pejabat pengurusan dan tempat aktiviti diadakan.
Dan lebih teruk lagi apabila PMRAM difitnah seperti vedio di bawah.
MEREKA BERPERANGAI ZIONIS DAN MUNGKIN LEBIH TERUK
Peristiwa di atas adalah 1 daripada 1000 lagi peristiwa kejam yang dilakukan oleh pemimpin sebuah negara yang meletakkan mahasiswa negara mereka di bawah tempurung (seperti 'katak bawah tempurung'). Peristiwa tersebut tidak ubah seperti Zionis yang merampas dan menafikan hak tanah terhadap Palestin. Namun bagi saya Zionis lebih baik daripada pihak yang merampas tanah yang dihadiahkan oleh kerajaan Mesir kepada PMRAM. Ini kerana Zionis tetap memberikan sekangkang kera tanah untuk didiami oleh rakyat Palestin, namun pihak yang merampas hak tanah ini tidak memberikan walaupun sekangkang semut untuk PMRAM. Ini dinamakan kejam melampaui Zionis.
Bukti secara realiti telah saya berikan di atas. Mereka bercadang untuk untuk menarik balik biasiswa terhadap pelajar Mesir hanya kerana menyertai PMRAM. Dan perkara yang disebutkan di atas memang realiti sehingga kini. Dan banyak lagi penindasan yang dilakukan oleh mahasiswa di Mesir.
Sedangkan misi dan visi PMRAM adalah jelas hanya untuk kebaikan rakyat mereka di bumi Ambiya ini. Semoga yang terbaik dari Allah, Insya Allah.
APABILA MAHASISWA DI LETAK BAWAH TEMPURUNG
Pada 27 April 1971, kerajaan Malaysia telah menubuhkan satu akta untuk menyelaraskan penyelenggaraan, peruntukan dan pentadbiran bagi Institusi Pengajian Tinggi (IPT) di seluruh Malaysia khususnya. Namun tahun demi tahun akta ini dipinda dan akhirnya ia menyekat kebebasan besuara di kalangan rakyat yang ternyata terdapat di dalam Perkara 10 Perlembagaan Persekutuan.
Antara akta yang dipinda yang ternyata menyekat kebebasan bersuara adalah seperti yang disebut dalam Syeksyen 15 (5) (a) Akta Universiti dan Kolej Universiti yang menyebut;
Tiada seorangpun pelajar universiti dan tiada pertubuhan, badan atau kumpulan
pelajar universiti yang ditubuhkan oleh, di bawah atau mengikut, perlembagaanya
boleh menyatakan atau melakukan apa-apa jua yang boleh munasabahnya ditafsirkan sebagai menyatakan sokongan kepada atau simpati dengan atau bangkangan terhadap mana-mana parti politik sama ada diluar atau di dalam Malaysia.
Zaman ketika seorang menjadi mahasiswa adalah zaman dimana seseorang akan membentuk jati diri dan fikrah yang akan digunapakai apabila melangkah ke alam kerjaya. Ini kerana kebanyakan daripada mereka yang bergelar mahasiswa adalah mereka yang berumur diantara 18 sehingga 30 tahun. Pada umur ini minda dan tenaga mereka adalah dalam kaadaan yang terbaik. Ini terbukti apabila Rasulullah SAW ketika menjalankan dakwah secara rahsia di Makkah, ramai diantara yang mengikut baginda adalah di kalangan pemuda.
Dan apabila seorang itu sudah menigkat dewasa dan berumur, maka fungsi minda dan tenaga akan berkurangan. Pada masa tersebut seseorang akan tetap dengan fikrah yang dipegang oleh mereka. Sebagai contoh dalam pilihanraya, undian terhadap kerajaan yang sudah lama memerintah walaupun kerajaan tersebut adalah kerajaan yang teruk kebanyakannya adalah dikalangan warga tua. Ini kerana mereka akan kekal dengan fikrah sejak dari dahulu lagi walaupun mereka tahu kerajaan tersebut adalah kerajaan yang teruk. Manakala warga muda yang lebih berfikiran terbuka akan mengundi mengikut apa yang mereka fikir baik bagi mereka.
Atas dasar tersebut, saya lihat mereka yang menggubal AUKU hanya untuk menutup minda mahasiswa agar tidak berfikir secara lebih terbuka dalam apa-apa perkara.
CAKAP TIDAK SERUPA BIKIN
Sepanjang saya berada di sini, saya tidak pernah mendengar apa-apa fikrah yang dibawa oleh PMRAM menjurus kepada PAS secara zahir. Dan bendera PAS juga tidak kelihatan walaupun 1 di sini (sehingga artikel ini ditulis).
Namun, apabila anda semua pergi ke bagunan asrama pelajar negeri Pahang di Hayy Asyir, Kaherah, Mesir, anda akan melihat lambang Umno sepertinya ada pergerakan Umno di negeri ambiya ini.
Kenapa ini berlaku?
Ini yang dikatakan cakap tidak serupa bikin. Adakah pemimpin sebergini yang diharapkan?
WAHAI MAHASISWA, JANGAN ANDA DAYUS TERHADAP DIRI SENDIRI
Maka saya menyeru kepada semua mahasiswa, anda adalah bakal pemimpin Malaysia suatu hari nanti. Anda adalah harapan ummah. Anda yang akan mencorak bagaimana Islam pada masa akan datang. Anda sebahagian yang akan menjadikan Islam sebuah agama yang melengkapi semua perkara sama ada politik, kempimpinan, perundangan dan pelbagai lagi. Islam adalah agama yang saling lengakap dan melengkapi.
Maka bukak minda anda. Gunakan masa ketika anda menjadi mahasiswa sebagai masa yang terbaik bagi anda. Bina fikrah yang berasaskan Islam. Berfikir dengan lebih terbuka.
Janganlah anda bertindak dayus terhadap diri anda sendiri. Cuba bina diri yang terbaik selagi anda masih berstatus pelajar.
Bagi mereka lepasan SPM, mengapa anda masih duduk di dalam negara sedangkan anda sudah 17 tahun berada di Malaysia. Cuba cari pengalaman menuntut ilmu di negara orang. Anda akan menemui pelbagai kelebihan ketika belajar di luar negara, Insya Allah.
Semoga anda semua dan saya lebih baik selepas ini berlandaskan syariatnya, Insya Allah.
Salam dari
Kaherah, Mesir
5.18pm 25 November 2010
p/s: Selesai sudah segala urusan. Semoga cepat-cepat belajar dan cepat-cepat baik berbakti kepada Malaysia, Insya Allah.
0 pandangan cinta:
Post a Comment