Bila bicara mengenai wanita, saya suka umpamakan seperti gambar ini:
Sekuntum bunga yang mekar, cantik, wangi dan pelbagai lagi perumpamaan bagi bunga. Seperti sejambak bunga ros, warnanya merah gah dan terlalu indah ketika dilihat. Namun rantingnya berduri menunjukkan bertapa ia perlukan harga diri yang tinggi.
Saya amat kagum melihat bunda saya. Beliau seorang wanita sejati yang mempunyai impian yang besar. Jika sebanyak harta 'Si Qorun' belum tentu dapat membalas jasa beliau. Dan segala wangian di dunia belum tentu dapat menyamakan dengan wanginya kasih sayang beliau. Tidak layak untuk menulis tentangnya kerana semua kata-kata indah hanya untuk beliau.
Juga buat kakak sulung saya. Seorang yang tekad, pandai dalam pelbagai aspek, dan beliau juga seorang yang paling banyak menasihati & mengerti mengenai adik-adiknya. Selaku kakak sulung sudah pasti dia yang paling saya hormati dan sanjungi selepas bunda saya. Saya yakin dia paling banyak mewarisi sifat keibuan bunda saya. Juga mewarisi ketokohan abuya saya.
Kepada kakak saya yang memiliki sifat ketenangan. Seorang yang tawadhu' dan rendah diri namun di dalam hatinya tersimpan 1001 hasrat, harapan dan impian. Saya ingin menjadi sepertinya dalam sebahagian perkara. Semoga segala doamu dimakbulkan Allah SWT.
Ini buat adik kesayangan saya. Seorang putri bongsu dalam keluarga kami. Dia seorang yang paling pintar. Juga menjadi harapan keluarga. Saya mahu ambil tahu segalanya pasal kamu. Dan saya mahu kamu menjadi sebaik-baik muslimah yang akan menghuni ibu syurga di akhirat kelak. Harapan saya menggunung kepadamu namun tinggi lagi harapan emak dan abuya kepadamu.
Kalimat ini juga buat bakal rusuk kiriku. Andainya saat halalnya cintaku kepadamu, aku harapkan semoga cintaku kepadamu mekar dalam dan pudar seperti mana mekar dan pudarnya agamamu.
Saya juga suka bila umpamakan wanita seperti permata. Sungguh permata yang bernilai itu sukar dilihat dan jarang dipertontonkan. Bekasnya serba cantik secantik tutupnya aurat akan ia dan dijaga rapi seperti tingginya agama yang menjaga dirinya. Permata yang tidak pecah jika jatuh dan dihentak. Bukan boleh dilihat dijalanan juga di laman sosial seperti Facebook. Putih bersih belum ternoda dari apa-apa kotoran.
Tiada NOTA CINTA seindah doa kalian kepadaku juga doaku kepada kalian.
Ikhlas dariku =,=!
Kaherah, Mesir
10.45 pm 20 November 2010
p/s: Ini adalah nota cinta umum dari saya. Sebagai contoh supaya wanita-wanita Islam diluar sana mengambil apa yang tersurat dan tersirat dari nota ini. Semoga ia ikhlas yang terbaik dariku juga bermanfaat bagi kalian, Insya Allah.
0 pandangan cinta:
Post a Comment