Followers

Thursday, November 18, 2010

NEGARAKU NEGARA UMMAT ISLAM


Di zaman kegemilangan pemerintahan Umar bin Khattab RA, telah berlaku satu penaklukan yang besar dan amat bersejarah dalam Islam. Iaitu penaklukan Jerussalem atau lebih dikenali sebagai Palestin pada masa kini. Peristiwa tersebut berlaku pada tanggal 637 Masehi.
Pada hari penaklukan tersebut, Saidina Umar al Khattab pergi ke Haram al Syarif (tempat Rasulullah SAW memulakan mikraj ke langit) untuk berdoa diiringi Uskup Yunani Sofronius (pemimpin Jerussalem pada waktu itu) selepas berjaya menakluk secara sepenuhnya kota Jerussalem.
Uskup mengiringi Saidina Umar dalam kaadaan yang ketakutan. Beliau menyagka bahawa Saidina Umar seorang pahlawan Islam terbilang pasti seorang yang amat membenci orang Kristian dan pada hari tersebut akan terjadi pembunuhan yang amat kejam sekali.
Namun sangkaan Uskup ternyata meleset. Umat Islam, Kristian dan Yahudi ternyata hidup dengan penuh aman sekali dengan pelaksanaan hukum syariah berlandaskan al Quran dan as Sunnah di Palestin.
Namun,
462 tahun selepas itu, iaitu pada tahun 1099 Masehi Tentera Salib berjaya menakluki Palestin selepas berlaku perperangan yang dasyat. Dalam peristiwa itu, umat Islam dibunuh dengan kejam. 4000 umat Islam dibunuh dalam masa 2 hari.
Jalan-jalan di Palestin dihiasi dengan darah. Kedamaian yang dilangsungkan selama 462 tahun lebur begitu sahaja.
Walau bagaimanapun, pada tahun 1187M tentera Salahuddin Al Ayubi kembali berjaya membebaskan kembali tanah Palestin daripada taklukan Tentera Salib. Salahuddin Al Ayubi tidak membalas dendam terhadap apa yang dilakukan oleh Tentera Salib dahulu. Namun, baginda terus melaksanakan apa yang di ajarkan Islam. Peristiwa ini berlaku pada 2 Oktober 1187 Masehi.


MALAYSIA NEGARA ISLAM?

Saya amat tersinggung dengan penyataan media Eropah baru-baru ini yang menyatakan bahawa Malaysia adalah sebuah 'negara Islam moden'.
Bukan ingin meremehkan negara tanah air yang tercinta, namun istilah 'negara Islam' bagi Malaysia adalah sesuatu yang tidak layak apatah lagi kenyataan tersebut dikeluarkan oleh mereka yang bukan Islam.
Seperti seorang pakar membuat kek membicarakan mengenai pembuatan kapal terbang.
Secara bahasa dan juga istilah, Malaysia adalah sebuah negara umat Islam dan bukan negara Islam.
Perkara ini dikuatkan lagi dengan makna negara Islam dari sudut istilah iaitu 'satu wilayah yang melaksanakan hukum Islam dan keamanan wilayah tersebut berada di tangan Islam'.
Jadi anda boleh nilai sendiri adakah Malaysia melaksanakan hukum Islam secara menyeluruh?


ISLAM ITU SELAMAT

Saya ingin memetik satu kenyataan daripada pemimpin Malaysia suatu masa dahulu yang menyatakan;
"Jika hukum Islam dilaksanakan di Malaysia, akan berlaku kekacauan di dalam Malaysia"
Saya simpulkan pemimpin tersebut sebagai 'jahil' yang teramat sangat. Adakah beliau melihat sejarah bagaimana Rasulullah SAW mentadbir daulah Islamiyah di dalamnya mempunyai perlbagai agama seperti Yahudi, Majusi dan Kristian. Juga pada zaman-zaman khulafa al Rasyidin juga seperti sejarah yang saya ceritakan di atas.
Keaman ternyata malah ketika itu negara Islam meliputi 2/3 dunia.
Dalam bahagian mana mereka mengatakan bahawa undang-undang Islam membawa kerosakan dan kekacauan?
Allah SWT yang mencipta manusia lebih mengetahui apa yang terbaik untuk hambanya. Maka Allah SWT telah menciptakan undang-undang yang terbaik untuk hambanya. Mengapa kita sebagai manusia ingin menggubal undang-undang sendiri?
Adakah kalian lebih arif mengenai manusia daripada Allah Azza Wajalla?


CUBA AMAL ISLAM SECARA MENYELURUH

Baru-baru ini juga ada pihak yang menyuruh taat kepada pemimpin kerana itu adalah perintah Allah SWT seperti yang tercatat dalam surah An Nisa' ayat 59.
Saya menyelar golongan ini kerana golongan ini mengambil Islam secara suku-suku. Taat perintah Allah SWT supaya taat kepada pemimpin tapi menyokong pemimpin yang menghina Islam.
Saya umpamakan seperti seorang yang tidak minum arak kerana arak diharamkan dalam al Quran tetapi makan khinzir. Dia seperti buta akan ayat pengharaman khinzir namun nampak ayat pengharaman arak.
Saya akui susah untuk mengamalkan Islam secara menyeluruh dalam kehidupan. Namun apa yang kita ketahui sepatutnya kita ambil iktibar dan cuba amalkan.


TEGUR TANDA CINTA

Saya taat kepada pemimpin saya. Namun bukan makna saya tidak boleh menegur apa yang silap terhadap pemimpin saya. Saya cinta kepada pemimpin saya sehinggakan saya tidak mahu mereka disiksa oleh Allah SWT kerana mereka tidak mahu mengamalkan Islam.
Adakah dinamakan cinta bila seorang itu membiarkan orang yang dicintai membuat dosa sehingga terjerumus ke dalam neraka?
Adakah juga dinamakan cinta bila seseorang yang tahu akan sesuatu perkara membiarkan orang yang tidak tahu kekal bodoh selama-lamanya?
Saya selaku mahasiswa yang masih daif dalam ilmu tetapi berhajat untuk berkongsi apa yang saya tahu. Maka saya juga perlukan nasihat daripada kalian dalam segala hal. Semoga kita nasihat menasihati.
Kepada anda yang akan mengundi pada pilihanraya terdekat, mengapa tidak kita mencuba pemimpin yang akan melaksanakan Islam? Abaikan pemimpin yang ternyata hanya Islam pada nama.
Buang sikap tidak mahu ambil tahu akan politik. Anda adalah yang akan menentukan hala tuju Malaysia. Bagaimana pemimpin yang anda mahukan untuk memerintah Malaysia. Adakah pemimpin yang mencontohi Rasulullah SAW ataupun pemimpin yang rosak akhlaknya?
Fikir-fikirkan.

Nota cinta buat pemimpin dari saya

Kaherah, Mesir
10.35 am 19 November 2010

0 pandangan cinta:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © NOTA CINTA Design by Muhammad Salman al Farisi | Blogger Theme by Al Irani Muhammad | Powered by Blogger