Allahu Akbar,
Allahu Akbar,
Allahu Akbar,
Walillah-il-hamd..
Selamat Hari Raya Aidil Adha saya ucapkan kepada semua kaum keluarga dan sahabat-sahabat yang saya cintai sekalian.
Secara ikhlas saya sudah menyiapkan sebanyak 3 artikel untuk dibaca oleh
para sahabat sekalian. namun artikel tersebut belum dibetulkan sepenuhnya.
Maka mungkin saya tidak akan mengeluarkan artikel dalam masa terdekat ini kerana kesibukan menyambut Aidil Adha bersama Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir (PMRAM) dan berberapa Badan Kebajikan Anak Negeri (BKAN) terutama Badan Kebajikan Anak Selangor Mesir (BKSAM). Juga berberapa kesibukan menguruskan hal yang amat penting selepas raya.
Semoga Allah menerima amalan kami dan kamu,
Taqobbalahu minna wa minkum. Insya Allah.
Kaherah, Mesir.
4.31pm 17 November 2010
Gambar bersama sahabat, Ustaz Zuhairie di rumah saya di Mesir. Selepas menunaikan solat Aid Adha. Solat raya bersama orang arab di Masjid Musa, Hay El Sabek.
Kemudian takbir bersama orang Melayu. Entah kenapa air mata boleh keluar.
Bersama keluarga pada raya Aidil Fitri yang lepas. Rindu saat ini.
Gambar terakhir bersama adik beradik pada hari raya Eid Fitr yang paling lengkap. Gambar selepas ini tiada yang lengkap kerana semua sudah menyambung pelajaran di luar negara.
0 pandangan cinta:
Post a Comment