Followers

Tuesday, May 8, 2012

HITAM PUTIH POLITIK MALAYSIA

Dr. Muhammad Morsi dan Dr. Abdul Mun'im, keduanya calon Presiden Mesir solat jenazah bersebalahan.

Bagi saya, tiada apa yang hendak dihairankan ketika akhbar New Straits Time Malaysia (NST) mengeluarkan kenyataan Tan Seri Rahim Noor, mantan Ketua Polis Malaysia yang menyatakan Tuan Guru Dato' Bentara Setia Nik Abdul Aziz Bin Nik Mat (saya mahu biasakan diri memanggil seorang dengan nama penuh pangkat beliau, sebagai latihan protokol) sebagai 'bapa kepada orang kafir' (terjemah versi saya kepada 'father of kafir').

Kalau tidak salah pemahaman saya mengenai maksud tajuk berita tu, Rahim Noor menuduh anak atau anak-anak Tuan Guru Nik Abdul Aziz sebagai kafir. (macam tu erk?)

Sebenarnya, tuduhan macam ni saya dah biasa, dan ianya biasa bagi mereka yang terlibat dengan politik. Kerana saya salah seorang dari follower @UmnoOnline di Twitter, dan apa yang di re-tweet oleh @UmnoOnline kebanyakannya cacian dan makian orang Umno terhadap pemimpin dan penyokong Pakatan Rakyat (PR).

Re-tweet oleh @MediaUmno

Malah, turut wujud orang kuat PR yang turut menggunakan caci maki terhadap orang dan pemimpin Umno. Cumanya, media rasmi PR tidak pernah lagi pada pengamatan saya menggunakan caci maki terhadap pemimpin Umno.

Bagi saya, isu ini hangat kerana yang penuduh itu masih dianggap sebagai 'VIP' Umno dan disiarkan di akhbar utama Bahasa Inggeris di Malaysia. Saya yakin, jika Rahim Noor sekadar tweet menyatakan Tuan Guru Nik Aziz sebegitu, dan di re-tweet oleh @UmnoOnline sekalipun, orang pandang sebelah mata sahaja. Tak akan heboh macam ni.

Saya juga sebenarnya tidak suka juga kalau pemimpin pakatan rakyat terlalu bising pasal isu ini. Kerana anda harus sedar, anda juga sering mengeluarkan cacian dan makian yang 'se-akan-akan sama' dengan cacian oleh Rahim Noor.

Tweet oleh Dr. Maza

Bukti paling senang saya cari, adalah tweet dari Prof. Madya Dr. Mohd Asri Zainul Abidin (@realDrMaza) yang menyatakan; "Tuduhan TGNA bapa kafir? Saya tentang habis-habisan. Dulu saya pernah dituduh ulama' PKR 'bapa setan'. Demikianlah politik."

Lalu ditanya; "Sudahkah beliau meminta maaf?"

Jawab Dr. Maza; "Tak pernah."

* Sebenarnya, boleh sahaja saya tunjukkan video dari YouTube pasal tuduhan 'ulama' PKR tu.


HITAM PUTIH POLITIK MESIR

Dulu saya ingat lagi, melalui Twitter heboh mengenai Ikhwan Muslimin melalui sayap parti mereka Freedom & Justice Party (http://www.fjponline.com/ FJP) tdak menyertai berberapa perhimpunan di Medan Tahrir ketika ambang pilihanraya parlimen Mesir.

FJP lebih mengambil bahagian dalam kempen pilihanraya parlimen yang semakin hampir. Namun, FJP seolah-olah 'memekakkan diri' apabila ada sesetengah pihak mempertikaikan ketidak bersamaan parti tersebut dalam himpunan di Tahrir.

Dan kesanya, FJP memenangi 47% dari semua kerusi parlimen yang dipertandingkan iaitu sebanyak 498 kerusi. Kemenangan yang terbesar walaupun untuk menang walaupun 1 kerusi ketika zaman pemerintahan Hosni Mubarak adalah sesuatu yang amat sukar.

Teguran saya kepada @KhalidSamad. Ada kisah sebaliknya.

BIJAKNYA SESEORANG

Saya teringat kata-kata seorang sahabat; "Orang pandai ialah mereka yang mengambil pengajaran dari silap diri sendiri. Tetapi orang yang cerdik, bijaksana, bagus, terbaik dan seumpamanya adalah orang yang ambil pengajaran dari silap orang lain."

Mungkin orang politik Malaysia harus ambil pengajaran apa yang berlaku di Mesir. Perubahan harus dilaksanakan.

Untuk sedikit info, lebih 140 orang ahli parlimen Mesir yang hafiz al Quran, lebih 100 orang yang menghafal 10 000 hadis, lebih dari 180 orang yang hafal lebih dari setengah al Quran, lebih 170 orang yang memiliki PHD dalam pelbagai bidang, lebih 50 orang yang tidak memiliki kereta dan lebih 350 orang pernah dipenjarakan diantara 6 bulan sehingga 9 atau 10 tahun.

Malaysia?

Hanya tanda tanya. Takkan ahli parlimen Malaysia hanya pandai cakap pasal porno, kafir mengkafir, caci mencaci dan seumpamanya? Fikirlah sendiri.

Buat pilihan terbaik, untuk Malaysia, demi Malaysia. Agar ianya juga terbaik buat Islam.

Post ini khusus buat penyokong, aktivis (macam saya) dan pemimpin PR.

Keratan akhbar tuduhan Rahim Noor.
Mungkin video ini pencerahan mengenai kafir mengkafir;


Wallahu 'alam.

0 pandangan cinta:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © NOTA CINTA Design by Muhammad Salman al Farisi | Blogger Theme by Al Irani Muhammad | Powered by Blogger