Followers

Monday, June 13, 2011

GERAK KERJA DAKWAH TANGGUNGJAWAB BERSAMA


Satu hari Imam Hasan al Basri pernah berkata;
"Sesungguhnya aku sedang menasihati kamu, bukanlah bererti akulah yg terbaik dalam kalangan kamu. Bukan juga yang paling soleh dalam kalangan kamu, kerana aku juga pernah melampaui batas untuk diri sendiri. Seandainya seseorang itu hanya dapat menyampaikan dakwah apabila dia sempurna, nescaya tidak akan ada pendakwah. Maka akan jadi sikitlah orang yang memberi peringatan".

Sahabat-sahabat sekalian, carilah di dalam al Quran dan juga Hadis Rasulullah SAW mengenai arahan untuk berdakwah, mengajak kepada yang baik (amar ma'ruf) dan mencegah kemungkaran (nahi mungkar) saya percaya anda akan menemukan puluhan dalil sahih akan seruan dakwah. Dan yang paling mashur seperti yang disebutkan dalam surah Ali Imran ayat 104.

Dakwah yang ingin saya ajak sahabat-sahabat laukan (secara umum) bukanlah dakwah seperti para ustaz, ustazah ataupun para alim. Tapi cukuplah dakwah yang mudah. Iaitu mengajak kawan-kawan pergi solat berjamaah, jahui zina dan couple', tutup aurat, meletakkan hadis-hadis atau ayat-ayat quran di wall masing, ataupun apa juga perkara yang membawa kepada kebaikan dan mencegah kemungkaran. Mudah kan?

Siapa lagi yang akan menyebarkan risalah dakwah jika bukan kita wahai saudaraku? Ingatlah antara sifat yahudi adalah tidak mencegah kemungkaran diantara mereka. Ini disebutkan dalam firman Allah SWT yang bermaksud;
"Kerana mereka (Yahudi) itu mereka tidak saling mencegah kemungkaran yang dilakukan oleh mereka, amat buruklah apa yang mereka kerjakan."
[QS Al-Maidah : 79]

Perkara ini juga disebutkan dalam sabda Rasulullah SAW yang bermaksud; "Apabila sahaja Bani Israel melakukan maksiat, para ilmuan mereka menegahnya, namun apabila tegahan tidak diendahkan, para ilmuan itu duduk bersama mereka di dalam majlis mereka, makan dan minum bersama mereka (seolah-olah redha), maka kerana itu, Allah membiarkan hati-hati sama di antara satu sama lain ( kotor dan keji), dan dilaknat mereka itu dari lisan Nabi daud dan 'Isa."
[HR Ahmad]

Satu pepatah mashur yang saya ingin berkongsi untuk sahabat-sahabat sekalian adalah "Islah Nafsak wadu' ghairoh" iaitu bermaksud "perbaharuilah diri kamu dan ajaklah orang lain"

Secara mudahnya apa tindakan kita bagi menjalankan usaha penyebaran risalah dakwah? Usah tepuk dada, tapi teruslah tanya perkara tersebut kepada diri anda sendiri dan laksanakan sekarang. Selamat beramal sahabat-sahabat dan salam dakwah dari saya. =)

Wallahu 'alam,
Semoga menfaat.

1 pandangan cinta:

Anonymous said...

betul2 amar ma'ruf nahi munkar.
terus kan usaha teman!
ALLAHUAKBAR!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © NOTA CINTA Design by Muhammad Salman al Farisi | Blogger Theme by Al Irani Muhammad | Powered by Blogger