Ini wajah anak asli Mesir. Tinggalnya di celah-celah bagunan. Ayahnya lebih senang dipanggil bawwab (penjaga pintu). Cerianya tiada tara. Namun sebenarnya hidup mereka diliputi kegelapan. Kegelapan dimakan kerakusan pemerintahan kejam regem Hosni Mubarak yang lalu.
Ubatnya cuma satu, mengenal apa itu amanah. Ya, perkara yang akan ditanya oleh Allah SWT atas setiap apa yang diamanahkan. Dimana amanah pemimpin mereka?
Allah SWT berfirman yang bermaksud; “Sesungguhnya Allah menyuruh kamu memberikan amanah kepada yang berhak menerimanya dan apabila kamu berhukum di kalangan manusia maka hendaklah kamu berhukum dengan adil. Sesungguhnya Allah memberikan pengajaran yang sebaik-baiknya kepadamu.” [Surah an-Nisa’ ayat 58].
Jika dirungkap segala rahsia Mesir dari poket anak-anak peminta sedekah dan pengutip kotak sehinggalah guni-guni wang sang pemimpin rakus, dari penjara bawah tanah seperti kandang haiwan sehinggalah istana agung sang kroni, pasti terkejut marahlah seantero dunia akan pemerintahan si kuku besi.
Adakah anda semua mahu tanah tumpah darah kita Malaysia mengikut jejak kegelapan rakyat jolokkan Negara Seribu Menara?
Maka pilihlah pemerintah yang asasnya al Quran dan as Sunnah mencerminkan pemerintahan Rasulullah SAW dan Khulafa ar Roshidin, semoga dengan itu jalan tertegaknya Daulah Islamiah kelak. Insya Allah.
0 pandangan cinta:
Post a Comment