Selepas saya tamat Penilaian Menengah Rendah (PMR) pada tahun 2006, saya mula berhajat untuk menyambungkan pelajaran ke sekolah menengah kebangsaan kerajaan atas sebab ingin mengambil aliran sains. Ini kerasa sekolah saya yang sebelum ini tidak menyediakan aliran sains pagi pelajar tingkatan 4 dan 5.
Pertukaran saya ke sekolah tersebut telah mengajar saya 1001 perkara yang sungguh bermakna. Pengalaman bagaimana bergaul dengan realiti remaja Malaysia kini. Kadang-kadang para daie' yang lahir dari sekolah agama tidak tahu akan realiti yang berlaku pada remaja kini. Lalu menuduh dengan 'membabi buta' jika berlaku apa-apa perkara yang melanggar syarie'. Mereka tidak tahu suasana sebenar yang berlaku pada para remaja Malaysia kini.
Saya digelar 'ustaz' sewaktu menjejakkan kaki di situ. Mungkin kerana berlatar belakangkan sekolah agama. Dan saya juga akui, saya mengalami kejutan budaya yang teramat sangat.
Bayangkan antara perkara yang tidak dapat dinafikan yang terdapat pada pelajar sekolah menengah kebangsaan kini ialah;
1) Pergaulan bukan sahaja di tahap bebas, malah mungkin lebih terbuka lagi dari pergaulan seorang suami dan isterinya. Ini rialiti. Anda boleh lihat gadis belasan tahun sudah mempunyai 'love bite' di lehernya, duduk seriba dengan lelaki, tukar baju sukan (untuk pertukaran mata pelajaran Pendidikan Jasmani dan Kesihatan) secara terbuka di dalam kelas, balik berpimpin tangan dengan lelaki, salam berciuman tangan dan pelbagai lagi perkara luar tabie'. Patutlah banyak kes tiada keseronokan kebanyakan mereka yang menikah atas sebab segala keseronokan telah diratah sebelum masanya. Jika tidak kes buang bayi berluasa, kes penceraian meningkat. Alahai, mana letaknya malu mereka agaknya ya?
2) Dadah, rokok, arak dan judi sekadar mainan. Mana tidaknya, pergi sekolah bukan bawa buku sekolah, tetapi dadah, rokok dan kad daun terup di dalam beg. Habis sekolah masing-masing mula merancang gejala sosial yang mahu dilakukan. Dengan couple pergi dating dan tidak kalah juga ada yang pemabuk setelah tamat sekolah terus mencari arak. Bukan mahal sangat arak cap kapak dan thai song di kedai ubat-ubatan cina jika mahu dibandingkan dengan duit saku mereka. Bagi pelajar yang merokok pula jika tidak mampu membeli rokok kotak (yang hampir RM 10 kini) tidak sukar saya katakan bagi mendapatkan rokok batang. Setakat 70 sen kot. Dalam dompet pula dipenuhi tiket 4D dan sport toto.
3) Bila dah mabuk, pelbagai aktiviti yang lebih dasyat akan berlaku. Maka berlakukah samun, ragut dan seks bebas. Agak kelakar bila mereka yang berjiwa Melayu tidak menyamun orang yang berbangsa Melayu, lalu dicari rakyat Indonesia, Bangladesh, Nepal dan tidak terlepas juga apek-apek tua.
4) Dan ada juga diantara mereka yang menjadikan cyber cafe (CC) sebgai port lepak. Kebanyakan CC yang menjadi port lepak remaja bertopengkan kedai cekra padat (CD) atau kedai topup namun dibelakang mereka bukan sahaja CC, malah terdapat juga kasino mini ala-ala Genting.
PENGALAMAN MEMATANGKAN DIRI
Jika mahu disenarai gejala sosial pelajar sekolah biasa kini, mungkin anda tidak percaya anda duduk di Malaysia. Bagaimana kerajaan yang mahu membina menara 100 tingkat namun pembangunan insan pagi para pelajar aliran kerajaan langsung kosong!
Bukan saya ingin mengatakan bahawa semua pelajar sekolah biasa 'jahat' atau pelajar sekolah agama semuanya baik-baik, namun secara umum realiti pelajar sekolah memang teruk diluar sangkaan umum.
Mungkin sukar untuk memulihkan pelar-pelajar ini secara total, namun setiap orang boleh memainkan peranan masing-masing. Namun apa peranan yang boleh dimankan oleh setiap individu?
Dulu andai saya tidak dimasukkan sementara untuk 'turun padang' sementara melihat sendiri apa yang berlaku, mungkin saya juga tidak dapat ambil tahu realiti remaja kini. Dan saya juga bersyukur kerana Allah SWT tidak tetapkan saya terus disana. Andainya saya tetap terus di sana, mungkin saya akan turut rosak dibuai penyakit sosial tersebut.
PERANAN KITA SEBAGAI MUSLIM
Firman Allah SWT yang bermaksud;
"Kamu (wahai umat nabi Muhammad) adalah sebaik-baik umat yang dilahirkan bagi (faedah) umat manusia, (kerana) kamu menyuruh berbuat segala yang baik dan melarang dari segala yang salah, serta kamu pula beriman kepada Allah (dengan sebenar-benar iman)." (sehingga akhir ayat)
[QS Ali Imran 3 : 110]
Semua bagi kita harus memainkan peranan bagi perkara ini iaitu bersama-sama berusaha membentuk modal insan yang terbaik bagi remaja zaman kini. Ini kerana meraka merupakan bakal pemimpin kita pada masa hadapan.
Saya amat kesal dahulu ketika saya selaku bekas sekolah agama tidak dapat membetulkan mereka sahabat-sahabat saya menjadi pemuda dan pemudi harapan ummah. Dan sedikit sebanyak terikut dengan jejak langkah mereka.
Wahai mereka yang bekas sekolah agama yang berpeluang untuk melihat sendiri kaadaan sahabat kita di sekolah menengah biasa, seharusnya anda semua memainkan peranan yang besar untuk menjalankan usaha dakwah kepada mereka. Anda tahu hukum, anda belajar agama, anda ditarbiyah dan mengapa tidak anda tidak mampu untuk membetulkan mereka? Saya yakin mereka sebenarnya buta agama. Pendedahan agama dalam jiwa mereka masih cetek. Bersahabat baiklah dengan mereka. Gunakan nada cinta dalam membawa mereka kearah kebaikan. Mungkin anda diantara sebab mereka untuk berubah.
Kadang-kadang remaja yang ketagih Facebook tidak tahu Islam dalam skop yang sebenar. Cuba kita tegur-tegur kawan-kawan di Facebook dan mengajak mereka kearah kebaikan. Bukan semua manusia sama seperti kita, yang mungkin lepasan sekolah agama dan tahu sedikit sebanyak hukum hakam. Mari mula mengajak mereka kearah kebaikan.
RESAM IKAN
Resam ikan di laut. Duduk dalam lautan sekian lama namun ikan tersebut tidak masin persis air di laut. Namun bila sampai di darat dilumur garam sedikit, terus digelar ikan masin selama-lamanya. Begitu juga kita bila melangkah dari sekolah agama ke sekolah biasa, jangan kita terikut dengan suasana mereka seperti resam ikan di laut. Dan juga janganlah menjadi seperti air laut, belajar ilmu agama begitu tinggi namun sedikitpun tidak merubah remaja kini kearah kebaikan.
Jangan juga kita menjadi ikan masin, baru sebentar berada di sekolah biasa langsung lupa hukum hakam dan berubah menjadi teruk bahkan lagi teruk daripada mereka. Tetapi jadilah seperti garam, baru sebentar berada bersama mereka yang kurang pengetahuan agama kita sudah boleh merubah mereka menjadi lebih baik malah lebih baik dari kita.
Firman Allah SWT yang bermaksud;
"Dan berilah peringatan serta amaran kepada kaum kerabatmu yang dekat"
[QS As Syura 26 : 214]
Dari Abu Hurairah RA, Rasulullah SAW bersabda yang bermasud;
"Sesiapa yang mengajak kepada kebaikan, maka ia memperolehi ganjaran pahala oleh orang yang mengikutnya, tidak dikurangkan sedikitpun dari pahala mereka itu dan sesiapa yang menyeru kepada kejahatan, maka ia memperolehi dosa sepertimana dosa yang diperolehi oleh orang yang mengikutnya, tidak dikurangkan sedikitpun dari dosa tersebut"
[HR Muslim]
Juga dari Abu Hurairah RA dalam satu hadis yang panjang Rasulullah SAW telah menyeru kaum Quraish maka mereka (kaum Quraish) berkumpul lalu Rasulullah SAW bersabda maknyanya;
"...Wahai bani Abu Mutalib, selamatkan diri kamu dari api neraka, wahai Fatimah, selamatkan diri kamu dari api neraka, maka sesungguhnya aku tidak memiliki sesuatu apapun daripada Allah SWT kecuali bagiku terhadap kamu kaitan kekeluargaan, aku akan memperkukuhkan dengan persaudaraan kamu."
[HR Muslim]
Jom mengajak kepada kebaikan ^_^ Selamat menduduki alam persekolahan.
Nota cinta buat sahabat
Kaherah, Mesir
11.06 pm 4 Januari 2010
p/s: Saya menulis artikel ini khusus buat sahabat saya yang telah keluar dari Sekolah Menengah Islam Al Irsyad selepas tamat Penilaian Menengah Rendah (PMR) dan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) baru-baru ini. Semoga antum semua menfaat untuk ummah untuk menjalankan kerja dakwah yang semakin luas skopnya selepas ini. Insya Allah, semoga menfaat.
4 pandangan cinta:
saya suka membaca artikel saudara di atas .. cuma pada kata : "Dan juga janganlah menjadi seperti air laut, belajar ilmu agama begitu tinggi namun sedikitpun tidak merubah remaja kini kearah kebaikan." saya kurang mengerti .. adakah ditujukan pada diri sendiri atau peranan sebagai pelajar agama .. harap dapat memahamkan saya insan yang lemah :)
Tapi makbonda lagi sedih pada segelintir bekas pelajar sekolah agama yang berubah personaliti selepas menamatkan persekolahan.Yang perempuannya menyingkatkan penutup kepala dan t shirtnya,yang lelaki bercelana pendek. Rupanya tudung labuh semasa alam persekolahan dulu hanyalah uniform.Semoga mereka pulang kepangkal.Wallauaalam.
kepada anooymous: saya memberi pengumpamaan kepada mereka yg lepasan sekolah agama lalu masuk ke sekolah biasa atau masyarakat, namun langsung tidak boleh merubah masyarakat tersebut.. Wallahu 'alam.. ^_^
Terima kasih semua
syukran akhi!! insyaAllah.. saya akan cube kuat dan mngubahkan dyeorg.. kwn yg saya knal ni da b'minat ngn b.a.. sonok ase... doakan lah sye yek!!
Post a Comment