Followers

Monday, January 3, 2011

RAJA ADIL RAJA DISEMBAH, RAJA ZALIM RAJA DISANGGAH – Kisah Mahasiswa Melaka di Mesir


Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sekali lagi digesa menyaisat Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd Ali Rustam berdasarkan laporan ketua audit negara 2009 yang menunjukkan terdapatnya keraguan dalam pengurusan Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) yang dipengerusikanya, lapor Harakahdaily.

Timbalan Pesuruhjaya PAS Negeri Melaka, Adly Zahari berkata sehingga kini, SPRM masih gagal menyiasat dan mengheret Ketua Menteri Melaka itu ke muka pengadilan walaupun bukti-bukti sudah terbentang dihadapan mata tentang salah laku dan penyelewengan Maim dan agensi-agensi lain.

[Untuk berita lengkap dari Malaysiakini bertarikh 3 Januari 2010 klik sini.]


PENYELEWENGAN YANG DIBAWA KE MESIR

Baru-baru ini juga Mesir telah menyambut kedatangan Ketua Menteri Melaka bersama deligasi rombongan bagi merasmikan Wisma Sri Melaka iaitu sebuah bagunan asrama mahasiswa Negeri Melaka yang baru. Kedatangan beliau ke Mesir telah disambut meriah oleh anak-anak Melaka di Mesir yang dinaungi oleh sebuah Badan Kebajikan Anak Negeri (BKAN) Melaka yang dikenali sebagai Badan Kebajikan Keluarga Islam Melaka Mesir (BKKIMM).

Walau bagaimanapun, kedatangan yang disambut hebat oleh anak Melaka itu telah dibalasi dengan ketidak pengiktirafan kerajaan negeri terhadap persatuan yang menaungi anak Melaka di Mesir sendiri iaitu BKKIMM. Lalu beliau menubuhkan sebauh persatuan yang baru yang dikenali sebagai Ikatan Mahasiswa Anak Melaka (IMAM) dan Kelab UMNO Melaka Mesir. Kisah ini mengandungi kronologi yang panjang dan cukup memberikan kesan yang mendalam terutama bagi anak-anak Melaka di Mesir.

Ceritanya mudah. BKKIMM, persatuan yang telah menaungi anak Melaka di Mesir sejak dari 1976 ini adalah persatuan yang menaungi dari segala aspek terutama pendidkan, tarbiyah, kebajikan, kewangan, program dan sebagainya. Lalu datang Ketua Menteri Melaka ke sini bukan sahaja dinafikan pengiktirafan kerajaan negeri terhadap persatuan tersebut, malah dihina oleh beliau sendiri iaitu pemimpin terbesar kepada rakyat Negeri Melaka. Beliau menghina persatuan yang menaungi anak Melaka sendiri! Turut terkena tempias ialah Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir (PMRAM).

Alasan penafian pengiktirafan ini dibuat kerana dikatakan bahawa BKKIMM ini mempunyai kaitan dengan PMRAM kononya PMRAM adalah persatuan yang berhaluan kiri. Menurut anak Melaka sendiri, Pegawai Hal Ehwal Pelajar (PHEP) Melaka Mesir sendiri telah memberi kebenaran untuk anak Melaka mengambil menfaat daripada PMRAM dari sudut pendidkan, kebajikan dan hisbah. Namun, pegawai inilah juga yang telah mengatur untuk mengenepikan BKKIMM sebagai badan yang menjaga kebajikan anak Melaka. Dimana letaknya minda waras pegawai tersebut?

Lalu ditubuhkan Kelab UMNO Melaka Mesir. Timbul persoalan adakah anak Melaka di Mesir tidak boleh menyertai PMRAM kerana kononya ia ada kaitan dengan pembangkang sedangkan boleh menyertai Kelab UMNO Melaka? Bukankah menurut Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) mahasiswa tidak dibenarkan menyertai mana-mana parti politik? Mengapa Kelab UMNO Melaka Mesir dibenarkan sedangkan PMRAM persatuan yang tiada kaitan langsung dengan pembangkang tidak dibenarkan?

Dan sekarang Wisma Seri Melaka dimana ditempatkan mahasiswa-mahasiswa Melaka di Mesir kepunyaan rakyat jelata dijadikan markas sementara Kelab UMNO Kaherah. Dan menurut anak Melaka juga, pihak pegawai telah mengugut untuk menarik kembali bantuan zakat jika tidak mengikut kehendak mereka. Adakah pegawai ini sanggup dipersoal oleh Allah SWT mengenai pengurusan beliau terhadap wang zakat? Apa pegawai ini ingat wang zakat tersebut wang abah beliau?

Saya hairan bagaimana mereka yang belajar tinggi meletakkan martabat akal mereka di paras yang paling rendah. Bertapa jijiknya perangai mereka. Jika ingin dicerita secara ditil terutama anak-anak Melaka sendiri yang menghadapi peristiwa ini, pastinya akan bergilangan air mata kita. Ini mungkin satu juzu' dariapda kisah panjang yang tidak tahu bila penghujungnya kemelut ini.


KRONOLOGI PENDEK KISAH ANAK MELAKA MESIR

28 Disember 2010 Selasa
  • Ketibaan Y.A.B Datuk Seri Haji Mohd Ali Bin Mohd Rustam ke Mesir dan telah disambut gembira oleh Ahli Jawatankuasa Tinggi (AJKT) Badan Kebajikan Keluarga Islam Melaka Mesir (BKKIMM) di lapangan terbang.
  • Y.A.B Datuk Seri telah mengumumkan hasrat akan menukar persatuan yang sedia ada (BKKIMM) dengan nama Ikatan Mahasiswa Anak Melaka (IMAM) dalam satu majlis di kediaman rasmi TYT Yang Berbahagia Prof. Madya Dr. Fakhruddin Bin Abdul Mukti, Duta Besar Malaysia Kaherah dan pengiktirafan terhadap BKKIMM telah ditarik semula. Turut hadir deligasi Kerajaan Negeri Melaka, Pegawai Kedutaan Besar Malaysia Kaherah (KBMK) dan Pegawai Education Malaysia (EM). BKKIMM telah dituduh sebagai persatuan yang hipokrik.
  • Malam. Telah berlangsung sambutan perasmian Wisma Seri Melaka. Selepas ucaptama telah berlangsungnya sesi soal jawab diantara anak Melaka Mesir dengan YAB Datuk Seri. Mahsiswa meminta YAB Datuk Seri menjelaskan mengenai hasrat meliau untuk membubarkan BKKIMM dan megantikan dengan persatuan baru. YAB Datuk Seri telah membenarkan kata-kata tersebut dan berkata beliau telah berbincang dengan para deligasi dan Pegawai Hal Ehwal Pelajar (PHEP) Melaka Mesir. Beliau telah menyatakan persatuan yang sedia ada telah mengadakan hubungan baik dengan PMRAM iaitu persatuan yang berhaluan kiri. Apabila diminta respon, semua anak Melaka tidak bersetuju kerana persatuan yang sedia ada telah memadai menaungi anak Melaka di Mesir.
29 Disember 2010 Rabu
  • Sesi dialog tamat pada jam 1 pagi tanpa memuaskan hati semua anak Melaka. Ahli BKKIMM tidak berganjak. Ahli Jawatan kuasa Tertinggi (AJKT) BKKIMM meminta ahli supaya mengadakan solat hajat.
  • Mengikut tentetif pukul 9 pagi perjumpaan akan diadakan namun dibatalkan
  • YAB Datuk Seri mengadakan pertandingan boling bersama ahli Kelab Umno Kaherah
  • Juga sepatutnya diadakan perjumpaan sesi dialog YAB Datuk Seri dengan AJKT tetapi dibatalkan atas alasan kesuntukan masa
30 Disember 2010 Khamis
  • Telah diadakan perjumpaan para deligasi dengan AJKT bayangan IMAM
31 Disember 2010 Jumaat
  • Telah diadakan ugutan pada mahsiswa perubatan akan penarikan wang zakat

PENUTUP: SEDIKIT PANDANGAN SAYA MENGENAI PERISTIWA TERSEBUT

Menurut sejarah, Badan Kebajikan Anak Selangor Mesir (BKASM) juga pernah menerima peristiwa yang seakan-akan peristiwa yang terjadi keatas pelajar Melaka kini. Bahkan BKAN Johor dan Terengganu juga tidak terlepas. Jika perkara ini ingin dirungkai kembali, sudah pasti teserlah kepincangan yang berlaku pada pentadbiran kerajaan persekutuan kini.

Kesimpulan yang saya beri mudah, tukar kerajaan secara total. Jangan terpedaya dengan kata-kata Datuk Seri Najib Tun Razak bahawa kita jangan buat ekspirimen terhadap pertukaran kerajaan. Bagaimana dahulu wang zakat yang diberikan kerajaan Selangor BN hanya sekitar RM 5,000 ditambah kepada RM 7,500 ketika pemerintahan kerajaan Pakatan Rakyat. Ini diantara perkara yang paling remeh jika mahu dinilai.

Mahasiswa Melaka yang sedang hadapi masalah kini sedang menghadapi perperiksaan. Dapat bayangkan bagaimana ujian yang cukup besar yang dihadapi oleh mahasiswa tersebut. Kita sebagai mahasiswa sepatutnya memikirkan jalan penyelesaian untuk membantu saudara kita ini. Bimbang jika kita tidak 'cakna' dengan mereka, kita tidak digolongkan dengan umat nabi Muhammad SAW. Malu, bagaimana jika mahu digolongkan sebagai umat nabi Muhammad SAW jika urusan sesama Islampun diabaikan. Fikir-fikirkanlah.

Mungkin post saya kali ini sedikit panjang, namun atas kesedaran ingin menyuarakan kepada rakyat dan pemimpin Malaysia khususnya apa yang terjadi pada mahasiswa Melaka di Mesir, maka saya tulis agar suatu hari nanti atas usaha saya hak mahasiswa Melaka terbela dan terbongkarlah kepincangan yang berlaku terhadap kepimpinan yang zalim.

Ingatlah, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud; "Apabila engkau melihat umatku kecut untuk berkata kepada orang yang zalim: "Wahai si zalim!" Maka diterima ucapan selamat tinggal buat mereka." [HR Ahmad nombor 6521 dalam musnadnya. Sumber Warta PMRAM Disember 2010]

Maka apa yang saya ingin katakana kepada mereka yang menzalimi mahsiswa Melaka khusunya, "Kamu Zalim! Wahai mereka yang menganiaya mahasiswa Melaka di Mesir."

Wallahu 'alam

Kaherah, Mesir
3.42 pm 3 Januari 2011

p/s: Kepada anak Melaka yang berada di Mesir jika terlihat kesalahan dalam penulisan saya kali ini, sila tegur secara terbuka ataupun tertutup. Semoga lebih baik untuk kalian. Kepada mereka yang merasakan apa yang dikatakan saya adalah cerita kosong, saya boleh sertakan bukti rakaman suara sebagai bukti peristiwa diatas. Segala perkara boleh dihubungi terus melalui emel: alirani.muhammad@gmail.com atau Tel: +20143398011. Anda semua boleh terus menayakan mahasiswa Melaka yang menuntut di Kaherah terutama bagi mendapatkan kepastian yang mendalam.
Sumber:
http://akumakmum.blogspot.com/
http://bkanmelaka.blogspot.com/

0 pandangan cinta:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © NOTA CINTA Design by Muhammad Salman al Farisi | Blogger Theme by Al Irani Muhammad | Powered by Blogger