Saya ingin mewujudkan salah satu bahagian di dalam blog saya. Bahagian gambar-gambar. Insya Allah segala gambar yang terdapat di ruangan ini adalah hasil seni saya sendiri. Kerana gambar boleh membawa 1000 erti.
Gambar pertama ini diambil di Masjid Bandar Sri Damansara. Masjid yang paling hampir dengan rumah saya. Ketika waktu program Maulidul Rasul anjuran masjid.
Gambar ini mengingatkan saya mengenai kasih sayang seorang ibu bapa kepada anaknya. Walaupun waktu itu anaknya mungkin tidak mengetahui apa-apa di mindanya.
Saya rindu ibu bapa saya di saat saya di perantauan. Mungkin kasih sayang ibu bapa saya lebih lagi daripada kasih sayang seorang bapa yang ditunjukkan di dalam gambar ini.
I Miss U so much >_<
0 pandangan cinta:
Post a Comment