Ramai orang mempertikaikan; "Banyak lagi perkara besar yang aku nak kena ambil tahu", atau "Perkara kecil pon nak kecoh". Namun setelah mengenali cinta, saya yakin perlunya ambil tahu akan perkara yang remeh. Kerana ambil tahu akan perkara yang remeh adalah sebahagian dari cinta.
Buktinya,
Sebuah cerita yang dipetik dari himpunan carpen karya Habiburrahman El Shirazy, DI ATAS SEJADAH CINTA. Cerita ke-16 muka 104 menceritakan perihal cinta seorang pelajar di Kaherah, Mesir tempat saya belajar sekarang.
Sinopsisnya,
Dewi menceritakan kepada Ulya akan perasaan sedihnya kerana mendapat berita akan pinangan dari seorang Mahasiswa yang soleh bernama Ustaz Nabeh terah ditarik balik. Ini kerana Ustaz Nabeh memang calon suami yang diidamkan oleh Dewi. Atas kerana 1 perkara, iaitu berdengkur waktu tidur!
Namun berita tersebut adalah khabar angin semata-mata. Pinangan tersebut sebenarnya tidak ditarik balik, tetapi ia digantung. Ustaz Nabeh merupakan seorang yang mudah bangun ketika tidur. Tambahan lagi jika dia mempunyai isteri yang berdengkur ketika tidur, itu sudah mengganggu wakti tidurnya.
Ustaz Nabeh memberikan tempoh selama 2 bulan untuk Dewi merubah sifatnya yang suka berdengkur waktu tudur.
SAYA AMBIL TAHU MENGENAI KAMU KERANA SAYA CINTA KAMU
Di dalam Islam, setiap adab dan akhlak akan ditunjukkan oleh Rasulullah SAW dari sekecil-kecil hal kepada sebesar-besar hal. Dari potong kuku dan cabut bulu ketiak sehingga adab kepada ibu bapa dan memerintah negara. Islam itu indah bukan?
Ini berdasarkan firman Allah SWT yang bermaksud;
"Sungguh, telah ada dalam (diri) Rasulullah itu suri teladan yang baik bagimu (iaitu) bagi orang yang mengharap (rahmat) Allah dan (kedatangan) hari kiamat dan yang banyak memperingati Allah".[QS Al Ahzab 33 : 21]
Saya agak terkilan bila ada orang yang menyatakan "kubur masing-masing", "buku amalan aku tidak kongsi dengan engkau" dan pelbagai lagi caci maki yang dilemparkan kepada orang yang ada perasaan cinta dan ambil berat sesama saudara.
Tidak kurang juga bila sebahagian orang yang ambil tahu mengenai kesalahan dalam solat, dikatanya "Banyak lagi gejala sosial kat luar tu, solat aku jugak yang kau nak heboh". Sedarkah anda orang yang menegur anda bermakna dia sayang akan anda dan tidak mahu anda membuat salah lagi.
PERMINTAAN YANG DIHARUSKAN
Ustaz saya di Sekolah Menengah Islam Al Irsyad, Muallim Soleh Ahmad pernah menyatakan bahawasanya 2 perkara yang kita boleh minta sesama Muslim hanyalah doa dan nasihat. Selain 2 perkara ini amat-amat tidak di galakkan.
Seperti orang yang mengantuk di sorongkan bantal, kita tidak meminta nasihat namun orang dengan suka rela memberikan nasihat. Walaupun kadang-kadang agak perit untuk mencerna nasihat yang diberi seperti menelan ubat, namun atas sebab nasihat itu ia menjadikan kita seorang yang diredhai Allah SWT, maka terimalah dengan terbuka. Insya Allah.
SEJARAH CINTA
Saya ada berkenalan dengan seorang makcik yang saya menggelarnya Ummi. Beliau yang menjaga saya sepanjang saya menjadi imam terawikh tahun ini. Ketika di awal perkenalan dengan beliau, saya amat bangga dengan sifat beliau iaitu beliau akan ambil tahu setiap perkara yang saya lakukan sekalipun kuku saya tidak berpotong.
Dari situ saya belajar perlunya ambil tahu akan semua perkara. Dari perkara yang remeh sehingga ke perkara yang besar. Dari keluar tandas dengan kaki kanan sehinggalah hukum hudud yang patut di amalkan di Malaysia
Wallahu 'alam.
Nasihat cinta dari saya
Kaherah, Mesir
5.35pm 03 November 2010
0 pandangan cinta:
Post a Comment