Followers

Friday, June 21, 2013

SYIAH, SYRIA DARI ANAK MATA SAYA

3 pandangan cinta


Dengan nama Allah SWT, Tuhan sekalian alam. Aku bersaksi; Muhammad itu adalah hamba & Rasul-Mu.

Isu Syria setakat ini belum kesudahan. Huraiannya panjang. Ceritanya berjela. Penuh syak dan wasangka. Manusia, gemar pukul rata. Ikut rencah pepatah Melayu; "Kerana nila setitik, punah susu sebelanga."

Bashar al Assad [http://en.wikipedia.org/wiki/Bashar_al-Assad] gah namanya sebagai seorang Presiden Syria yang kejam orangnya. Mengarahkan para perajuritnya menentang malah membunuh rakyatnya. Ikut berita, beliau penganut agama Syiah.

Khalid Ithmath, siswa UiTM yang berjuang untuk rakyat. Mantan Presiden Kumpulan Aktivis Mahasiswa Independen (KAMI) ini dikatakan juga pengikut Syiah.

Apa pandangan saya mengenai mereka?

Abu Hafs 'Umar bin al Khattab. Periwayatan kisah beliau juga bayak tokok dan tambah. Kisah beliau sebelum keIslamannya tidak pernah hilang dari manuskrip sejarah. Akhirnya; beliaulah yang paling hebat membela Islam (pada pandangan saya) juga tidak terpadam dalam manuskrip sejarah.

Kerana doa Rasulullah

"Ya Allah, muliakanlah agama Islam ini dengan (orang yang paling engkau cintai di antara kedua orang ini) 'Umar atau 'Amr bin Hisyam (Abu Jahal)." [diriwayatkan oleh Ibn Mas'ud dari Aisyah dinilai sahih dalam Fath al-Bari]

Saya jenis tidak suka mendengar atau membaca apa juga jenis penghinaan terhadap sesiapa. Penghinaan terhadap pengikut Syiah ini terlalu berleluasa. Bagi saya; jika menghina Syiah ini satu kebaikan, maka Rasulullah SAW lebih layak menghina kafir quraish.

Jika Bashar al Assad itu pembunuh maka kamu hina, maka ramai juga pembunuh di Malaysia yang mengucapkan kalimah syahadah ketika ditali gantung. Kamu; belum tentu.

Jika Syiah itu kamu hina kerana akidahnya, maka ramai juga orang kafir yang ternyata ke-kafir-an-nya; bersama kamu. Kenapa tidak menghina mereka?

Tolong jangan hina mereka yang tidak sebahagian bersama kamu. Tolong jangan membenci mereka. Boleh jadi nanti mereka bersama kamu, menjadi pejuang yang paling hebat dalam perjuangan kamu; kamu memujanya. Atau kamu bersama mereka nanti? Mungkin.

Keyboard warrior

Saya bersama dengan pihak yang ingin menegakkan khilafah di Syria. Semoga Allah SWT taqdirkan saya bersama mujahidin (warrior) di sana. Bukan hanya 'keyboard warrior'.

Saya benci dengan benci yang sebenar-benar benci terhadap apa yang dilakukan oleh Bashar al Assad terhadap rakyatnya. Namun tidak saya membenci beliau.

Kerana saya tahu; boleh jadi orang yang kita hina di mata kita mulia 'di mata' Allah SWT.

Tentanglah apa yang dilakukan oleh Bashar al Assad. Jika bisa membunuhnya kerana Islam, maka bunuhlah kerana perbuatannya menentang kaum Muslim di negaranya. Ketika mendoakan kemenangan mujahidin di sana, doakan sekali hidayah Allah kepadanya.

Tolong jangan gelarkan 'laknatullah' kepadanya. Siapa kamu yang menentukan laknat Allah kepadanya?

Pengikut Syiah di Malaysia, jangan membenci mereka. Jangan hina mereka. Hina dan bencilah sebahagian aqidah yang mereka anuti. Jika sempat bersama mereka; terangkan Islam kepada mereka.

Kelakarnya, bila isu Syria kamu tak kisah, doa pada mereka tak pernah, bila ada tawaran nikah wanita Syria, semangat nak gila. 

Maka; sebar & buktikan cinta.

Semoga menfaat.

Hamba hina;

Salman al Farisi.
Read full post »

Wednesday, June 12, 2013

UMMU JANNAH

0 pandangan cinta
Saya pernah tanya kepada adik bongsu saya; "Adik makan banyak, tapi tidak gemuk pun. Kenapa?"

"Adik ini jenis banyak berfikir. Kalau makan, zat-zat makanan habis kat otak. Sebab itu tak gemuk-gemuk."

Kemudian saya ajak dia makan di restoran. Pulang dari restoran dia cakap; "Misti house-mate adik masak. Perut dah kenyang ni. Macam mana?"

"Kan makanan adik semua naik kat otak."

MEMORI

Ummu Jannah Binti Muhammad. Hari ini dia menjejakkan kaki ke alam pengajian tinggi. Matrik Melaka.

4 bulan lalu dia menjejakkan kaki dia ke Mesir. Buat kali pertama, semoga bukan yang terakhir.

Waktu itu juga saya berjanji pada diri; akan menjadi emak, abuya, abang & kakak yang terbaik buatnya. Bila dia pulang ke Malaysia kelak, ianya sebagai satu hadiah buat emak & ayah saya.

Dia pulang ke Malaysia baru-baru ini bersama satu ijazah sanad al Quran dari Syeikh Nabil, ijazah Bahasa Arab mustawa 4 Markas Nil, ijazah masakan anak dara dari kakak-kakak yang tinggal bersama di rumah sewanya & ijazah pengalaman hidup di Mesir.

Gaji saya kerja di restoran sekitar LE 30 (EGP). LE 20 untuknya, LE 10 untuk saya.

Hampir setiap kali kami makan di restoran; satu pinggan kongsi dua.

Di antara saya dan dia ada pelbagai kenangan. Dan saat ini saya rindukannya.

Jika ditanya siapa yang boleh menggantikannya; hanya 2 orang.
1) Samaada dia kembali belajar ke Mesir. atau;
2) Saya mendapat seorang isteri yang saya & dia saling boleh menerima seadanya.
Read full post »

Saturday, May 25, 2013

NOTA IMTIHAN

0 pandangan cinta
Waktu perperiksaan ini, bagi saya topik perbualan yang paling sering ditanya oleh kawan-kawan ialah mengenai pulang ke Malaysia.

Tadi ada seorang kawan tanya kepada saya; "Man, kau balik Malaysia tak?"

Seperti biasa, tiap2 kali ditanya soalan seperti tu, saya akan jawab; "Tidak kot." Jawapan mudah ini saya beri kerana tidak mahu membebani emak & abuya saya dengan tambang balik yang agak mahal bagi saya.

Balas dia; "Man, baliklah sementara mereka berdua masih ada di dunia. Kita tak tahu sebenarnya emak dan ayah kita rindukan kita kat Malaysia. Seorang ibu yang mengandungkan kita selama 9 bulan, kemudian sampai Mesir masih menanggungkan kita.

Bila kau ada peluang untuk balik Malaysia, maka baliklah. Mungkin waktu kau balik itu adalah saat terakhir kau melihat mereka. Mungkin mereka nak sangat kita balik sebab mereka sangat rindukan kita, sedang kita tidak tahu.

Kita kalau menuntut ilmu setinggi manapun, sehingga mampu berkhidmat pada agama, sedang kita tidak pernah berkhidmat pada ibu, semua itu tiada makna."

Kata-katanya ringkas. Hati sebak. Akhirnya saya mengambil kesimpulan mudah untuk berusaha pulang ke Malaysia cuti akhir semester ini.

Insya Allah, saya akan mengambil perperiksaan akhir 'idadi Maahad Buuth Islamiah tanggal 2 Jun sehingga 23 Jun ini. Saya harap ada yang mendoakan saya agar saya dapat menjawab dengan baik & ilmu saya diberkati.

Moga najah.
Read full post »

Friday, April 5, 2013

SATU NOTA PILIHANRAYA

0 pandangan cinta
Jamaah, persatuan, idealogi atau apa sekalipun yang berkaitan dengannya. Tidak akan sunyi dengan karenah 'penganutnya'. Ramai dan sedikit itu hanyalah bilangan. Benar atau tidak itu hanyalah pandangan.

Setelah 21 tahun keluar dari rahim ibu, saya telah 'berkenalan dengan begitu banyak jamaah Islam di Malaysia. Pas, Ikram, Isma, Abim & Hizbut Tahrir. Semuanya mempunyai agenda, ideologi dan pandangan yang tersendiri.

Bukan tujuan saya ingin menceritakan mengenai siapakah mereka.

Akan tetapi wujud dalam kalangan kita. Yang berkongsi sesuatu pada garis masa. Yang berkaitan dengan ideologi mereka. Dengan nafsu dan buruk sangka. Hingga terabai fitnah dosa. Carutan dan makian pada setiap kata.

Kebetulan, waktu ini pasca pilihanraya. Bagi mereka, ideologi mereka hanya satu-satunya yang benar. Tiada lain. Sedang mereka tidak sedar, wujudnya oposisi. Oposisi yang juga menyangka mereka benar. Membenarkan ideologi sendiri.

Kini bukan lagi bertikam lidah. Tetapi bertikam papan kekunci. Bagi memberikan dalil; "Hanya aku yang suci." Hingga 'kawan' di Facebook itu, sebenarnya teman berlawan untuk menghabiskan sisa masa. Tanpa mereka tahu; jika seseorang sudah akui akan ideologi mereka, beriman dengan pandangan mereka, berikanlah walau sejuta hujah, tidak akan mereka terima.

Bagi saya, sebagai seorang Muslim yang tidak percaya kepada demokrasi. Tetapi memilih Pas sebagai ideologi;

PRU 13 merupakan pilihanraya yang hebat. Kerana rakyat sudah melihat; hasilnya pemerintahan 4 tahun kerajaan provinsi. Dari Barisan Nasional mahupun Pakatan Rakyat. Dari situ yang pintar akan dapat menilai, yang mana mereka pilih untuk menjadi kerajaan pusat.

Kesian pada mereka yang masih bergaduh pada garis masa. Lagi kesian kepada mereka yang sudah melihat kepincangan dari pemimpin yang pincang, undi masih kepada yang lama.

Kerajaan yang bagus akan melahirkan rakyat yang bijak. Akan memperbaharui sistem pendidikan agar lebih baik. Mungkin memberi pendidikan percuma.

Sedang kerajaan yang menghalang pendidikan dengan pinjaman, sekatan & bayaran, adalah sebuah kerajaan yang tidak mahu melihat rakyat bijak. Agar rakyat sebegini akan tetap memilih mereka, biarpun dipijak.

Untuk mengelakkan kita menjadi seorang rakyat rela dipijak, maka banyakkan membaca. Pembacaan akan menentukan siapa kita. Jika jenis yang membaca akhbar Utusan; sejenis akhbar yang telah disaman sekian kali kerana berita fitnah, tidak mustahil anda menjadi pembuat fitnah.

Ini hanya penulisan saya untuk himpunkan perasaan saya terhadap PRU 13. Dalam satu nota.

Saya harap, selepas ini saya bukannya lagi yang bergaduh hanya untuk membenarkan ideologi. Tetapi lebih kepada memerhati, lalu banyakkan pembacaan yang berisi. Dari 2 aspek tersebut saya terjemahkan dengan perbuatan. Semoga dengan blog ini saya dapat kongsikan.

Semoga anda tahu, harapan paling besar saya adalah tidak menulis mengenai PRU 13. Itu satu harapan.
Read full post »

Sunday, March 31, 2013

SETIA AKU; PERLUKANMU

0 pandangan cinta



Aku memerlukanmu untuk hirup kemanisan ukhwah ini,
Sekalipun yang manis itu sepahit peria.

Aku memerlukanmu untuk bukti cinta ini,
Sekalipun bukti cinta itu ada tanpa kamu.

Aku memerlukan doamu sebagai tulang belikatku,
Sekalipun tanpa doamu tulang belkatku teguh utuh.

Aku memerlukan cahaya purnama menerangi malam gelita,
Sekalipun tanpa purnama malam tetap menjelma.

Aku memerlukan ibu untuk dirindu,
Sekalipun tanpa rindu dia tetap ibuku.

Aku memerlukan jari menari menulis puisi ini,
Sekalipun puisi ini bisa tertulis tanpa jari.

Aku memerlukanmu menghilangkan tangis sedu,
Sekalipun tanpa kamu tangisan ini kering sendiri.

Aku memerlukan redha-Mu ya Allah,
Sekalipun aku; dusta, hina.

Salman al Farisi
1123 PM 4 Mac 2013
Kaherah
Read full post »
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © NOTA CINTA Design by Muhammad Salman al Farisi | Blogger Theme by Al Irani Muhammad | Powered by Blogger