Kelmarin tubuhku enak disarong baldu,
Bercorakkan rotan bewarnakan orkid,
Persinggahan sang enggang habitat pak belang,
Jati dan sena harum mewangi,
Jakun dan bateq meriangkan hati,
Berputiknya mata air membuahkan sungai jernih,
Nilaiku semahal gadis pingitan,
Tidak diusik, disentuh jangan,
Itu kisah kelmarin.
Esok lusa sarungku dirobek,
Coraknya hilang warnanya luntur,
Tiada lagi kicauan enggang ngauman pak belang,
Jati dan sena dicuri jentera besi,
Jakun dan bateq dihalau pergi,
Mata air bewarna tahi,
Daraku diperkosa tubuhku diratah,
Emas dan timah dicuri meriah.
Diriku ditelanjang lukanya dalam,
Kerana sang siasahwan, bertuhankan wang kopi.
Muhammad Salman al Farisi
11:19 AM
Kaherah, Mesir.
Muhammad Salman al Farisi
11:19 AM
Kaherah, Mesir.
0 pandangan cinta:
Post a Comment