Followers

Friday, June 10, 2011

MUSIM PANAS DAN MESIR


Suatu ketika di Bumi Seribu Menara, Mesir;
"Oh, mengantuknya.. Subuh jam 3 pagi.. Malam tadi saya tidur jam 12 Malam.. Tiga jam sahaja tidur.. Harus qadha' tidur ni selepas solat subuh".

Ini adalah realiti sebahagian pelajar Mesir ketika musim panas. Ya, ketika siang itu panjang berbanding malam, maka waktu subuh masuk seawal jam 3 pagi.

Saya membahagikan jenis-jenis pelajar ini kepada 3 bahagian;

1) Tidur awal iaitu dalam pukul 9 malam (selepas isya'). Kemudian bangun semula jam 1 pagi untuk qiamullalil, sedikit mengulangkaji pelajaran dan tidak tidur selepas subuh kerana tidur yang cukup sepanjang malam.

2) Tidur seperti kelaziman iaitu dalam jam 12 tengah malam kerana mengulangkaji pelajaran dan bangun ketika azan berkumandang (jam 3 pagi). Namun selepas subuh golongan ini qada' tidur (lagi 2 hingga 3 jam) kerana malam tadi hanya tidur dalam masa 3 jam sahaja.

3) Tidak tidur sepanjang malam dan menghabiskan malam dengan mengulangkaji pelajaran dan qiammulalil namun golongan ketiga ini akan tidur panjang selepas subuh. Kelazimanya golongan ini akan bangun pada jam 9 pagi sehingga ke tengah hari (waktu zohor).

Maka kita pilih yang mana kita dan yang manakah sepatutnya untuk diri kita.

Allah SAW berfirman dalam al-Quran yang bermaksud; "Katakanlah: Aku berlindung kepada tuhan yang menguasaai subuh. Dari kejahatan makhluknya. Dan dari kejahatan malam apabila telah gelap gelita. Dan dari kejahatan wanita-wanita tukang sihir yang menghembus pada ikatan-ikatan. Dan dari kejahatan orang yang dengki apabila ia dengki". [Al Falaq 113 : 1 - 5]

** Terdapat huraian yang panjang dari para ulama' mengenai surah ini. Namun saya sekadar menyertakan maksud ayat agar kita mentadabbur surah ini sebaiknya.

Sebagai renungan, saya ingin kongsikan berberapa potong hadis dari Rasulullah SAW yang bermaksud;

1) "Pada tiap-tiap pagi lazimkanlah atas tiap-tiap ruas anggota seseorang kamu bersedekah; tiap-tiap tahlil satu sedekah, tiap-tiap takbir satu sedekah, menyuruh berbuat baik satu sedekah, dan cukuplah (sebagai ganti) yang demikian itu dengan mengerjakan dua rakaat sembahyang Dhuha".
[HR Bukhari & Muslim)

2) "Ya Allah, berkatilah ummatku yang berpagi-pagi"
[HR Tarmizi & Abu Daud]

3) "Wahai anakku, bangunlah dan hadaplah rezeki Tuhanmu, dan janganlah engkau jadi dari kalangan org yang lalai, sesungguhnya Allah membahagikan rezeki manusia di antara terbit fajar hingga terbit matahari".
[HR Al Baihaqi]

Semoga kita semua memperbaiki diri kita dan memperbetulkan orang lain, semoga menfaat, wallahu 'alam.

p/s: Semoga Allah SWT memperbaiki kualiti penulisan dan menjadikan kita hambanya yang istiqomah demi penyebaran dakwah Islamiah. Amin.

1 pandangan cinta:

shin said...

isu y bagus, artikel y menarik.
ya allah, moga kau beri kita kekuatan dan istiqamah dlm memahami islam ini. ^_^ amin.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © NOTA CINTA Design by Muhammad Salman al Farisi | Blogger Theme by Al Irani Muhammad | Powered by Blogger