Ketika saya di Malaysia, saya masih berkesempatan dengan lawatan saudara
Maher Zain di sana. Di mana beliau menjayakan sebuah konsert
Save The Soul di samping berberapa konsert kecil di mana beliau berada di sana selama 2 minggu (wallahu 'alam).
Saya amat berbangga dengan beliau dengan jalan dakwah yang dibawa beliau Insya Allah akan menarik ramai orang kepada Islam dan tidak kurang juga yang akan mencontohi apa yang di sampaikan beliau dalam nasyid-nasyid beliau.
Seperti seorang penceramah, mejalankan dakwah dengan berceramah, seorang penulis berdakwah dengan penanya. Dan seorang penyanyi seperti beliau menjalankan dakwah dengan nasyidnya.
Saya tidak berkesempatan menghadiri konsert beliau walaupun sudah berusaha ke arah tersebut. Sedih ;`( namun mungkin ada hikmah di sebaliknya. Dan tidak berkesempatan melihat dengan kaca mata sendiri jeritan 'gila' sebahagian golongan ketika mendengar konsert beliau.
CINTA MAHER ZAIN ATAU CINTA DAKWAHNYA
Saya baru melihat sebuah blog seorang sahabat yang bernama
Muhammad Naufall. Lalu terpasanglah secara automatik sebuah lagu nyanyian Maher Zain yang bertajuk '
المختار' atau dalam bahasa Inggeris '
The Chosen One'.
Ini adalah salah satu lagu kegemaran saya. ^_^
Saya hayati lagu tersebut dan tiba-tiba nyaris mengalirkan air mata kerana rindu kepada Nabi Muhammad SAW. Bertapa tinggi akhlak yang ditonjolkan oleh baginda seperti yang di firmankan oleh Allah SWT dalan surah al Ahzab yang bermaksud;
"Demi sesungguhnya, adalah bagi kamu pada diri Rasulullah
itu contoh ikutan yang baik. Iaitu bagi orang yang sentiasa mengharapkan (keredhaan) Allah dan (balasan baik) hari akhirat. Serta dia pula menyebut dan mengingati Allah sebanyak-banyaknya (dalam kaadan susah dan senang)".
[QS al Ahzab 33 : 21]
Vedio clip tersebut menunjukkan contoh-contoh akhlak terpuji Nabi Muhammad SAW. Dan makna lagu tersebut juga merupakan puisi indah yang ditujukan kepada Nabi Muhammad SAW di samping dinyanyikan oleh seorang yang di anugerahkan oleh Allah SWT suara yang merdu, Masya Allah.
Jadi, adakah anda menghayati sajak-sajak yang di sampaikan Maher Zain atau menghayati suaranya? Atau minat Maher Zain kerana handsomenya?
JADIKAN BAGINDA MANUSIA YANG PALING DICINTAI
Dalam sebuah kisah yang mashur. Suatu hari Umar al Khattab RA menyatakan kepada Rasulullah SAW bahawa; "Wahai Rasulullah, aku mencintaimu lebih dari segalanya selepas diriku".
Lalu Nabi Muhammad SAW bersabda; "Sesungguhnya seorang itu tidak akan menjadi seorang mukmin yang sempurna sebelum dia mencintai aku lebih dari dirinya sendiri".
"Maka sekarang saya mencintaimu lebih dari diriku sendiri", jawab Umar.
"Sekarang ia Umar", jawab Nabi Muhammad SAW.
Saya akui, amat susah untuk mencintai seorang yang kita tidak hidup di zamannya. Tidak nampak wajahnya dan berjumpa dengannya.
Namun, sesuatu yang amat berharga yang telah ditinggalkan oleh baginda SAW yang boleh menjadi penguat cinta kita kepada baginda iaitu al Quran dan as Sunnah, Insya Allah.
Lakukanlah apa yang telah baginda perintahkan. Cintai sunnah yang baginda lakukan dan tinggalkan segala amalan yang dilarang baginda.
Seperti seorang kekasih yang berpisah jauh. Disaat perpisahan kekasih tersebut saling bertukar buah tangan. Lalu buah tangan tersebutlah menjadi pengubat rindu kepada insan yang saling mencintai.
AWASI TAHAP CINTA ANDA KEPADA ARTIS
Sebagai kalimah akhir, saya agak terkilan bila seseorang yang mencintai seseorang artis pada tahap yang melampaui batas. 2 perbuatan yang melampai batas cinta seseorang terhadap artis pada pandangan saya adalah;
1) Menukar nama indah yang diberikan oleh mak ayah mengikut nama artis tersebut lalu war-warkan di dalam Facebook. Nama seperti Susilawati ditukar kepada Wati Bieber. Perkara tersebut menunjukkan anda tidak bangga dengan nama Islam yang telah ditetapkan Allah SWT sejak azali, mensia-siakan jasa ayah anda dengan memberi nama yang indah dan menunjukkan anda seorang yang terlampau mencintai seseorang melebihi orang yang sepatutnya anda cintai. Demi Allah penguasa seluruh alam, saya amat mengesali perkara ini.
2) Menjerit-jerit dan mengikut seperti yang disuruh artis ketika konsert walaupun konsert nasyid tersebut dibawa oleh saudara Maher Zain. Kenapa ketika konsert anda tidak menghayati sajak dakwah dan nasihat yang dibawa bahkan terlompat-lompat menjerit nama yang tidak sepatutnya anda zikirkan. Saya pernah mengikuti konsert Shoutul Harokah "LafeLine 4 GAZA" di Masjid Wilayah Persekutuan dan amat terkesan mendengar nasyid yang disampaikan. Walaupun agak kecewa bila kebanyakan dari penonton yang balik kepenatan setelah melompat-lompat. Amat mengecewakan.
Secara ikhlas saya seorang yang suka mendengar lagu. Walaupun ada pandangan sesetengah ulama yang mengharamkan muzik.
Dan bagi saya, kenapa perlu mendengar muzik yang dinyanyikan penyanyi bukan Islam sedangkan nasyid Islam itu lebih indah. Terutama sekarang penyanyi nasyid ada yang membawakan konsep rock, rap, R&B dan banyak lagi.
Setiap orang mempunayi pandangan yang tersendiri mengenai muzik dan artis maka saya berharap agar sesiapa yang ingin meluahkan padangan boleh letakkan komen anda. Semoga dengan tulisan saya dan pandangan anda membuatkan kita lebih mencintai kepada yang sepatutnya, Insya Allah.
Sajak cinta dari saya,
Kaherah, Mesir
09:18 pm 06 November 2010
p/s: Jom kita jadikan Ibu Bapa sebagai orang yang kita cintai selepas Allah SWT dan Rasulullah SAW. Seperti kata-kata Fatimah Syarha "Pemilik Cintaku Selepas Allah SWT Dan Rasulullah SAW". Huhu. Kenyataan ini hanya kepada mereka yang belum bersuami eh!
Di sini saya sertakan video lagu The Chosen One dari Maher Zain berserta lirik. (The Chosen One Video Clip With Lyric)
In a time of darkness and greed
It is your light that we need
You came to teach us how to live
Muhammad Ya Rasool Allah
You were so caring and kind
Your soul was full of light
You are the best of mankind
Muhammad Khaira Khalqillah
Sallu ‘ala Rasulillah, Habib Al Mustafa
Peace be upon The Messenger
The Chosen One
From luxury you turned away
And all night you would pray
Truthful in every word you say
Muhammad Ya Rasul Allah
Your face was brighter than the sun
Your beauty equaled by none
You are Allah’s Chosen One
Muhammad Khaira Khalqillah
Sallu ‘ala Rasulillah, Habib Al Mustafa
Peace be upon The Messenger
The Chosen One
I will try to follow your way
And do my best to live my life
As you taught me
I pray to be close to you
On that day and see you smile
When you see me
Sallu ‘ala Rasulillah, Habibil Mustafa
Peace be upon The Messenger
The Chosen One
Sallu ‘ala Rasulillah, Habibi Mustafa
Peace be upon The Messenger
The Chosen One
3 pandangan cinta:
pagi2 yg indah ni wat aku nangis....rindu kat rasullah s.a.w
cayok2
Jom ibubapa menjadi seorang yang layak dicintai selapas Allah SWT.
Post a Comment