Dalam satu kisah yang mashur, ketika Fatimah Binti Muhammad SAW berkata kepada Ali Bin Abi Talib RA setelah mereka menikah dengan nada yang penuh mesra; "Wahai Ali, maafkanlah aku. Kerana sebelum menikah dengan mu aku pernah jatuh cinta dengan seorang pemuda".
Tanya Ali; "Terus kamu menyesal menikah denganku?".
"Tidak", jawab Fatimah.
"Kalau begitu kenapa engkau menikah denganku? Dan siapakah pemuda tersebut?", tanya Ali bin Abi Talib lagi.
"Ya, kerana pemuda tersebut adalah dirimu", jawab Fatimah Az Zahroh.
KELUARKAN SINGA DARIPADA DIRI ANDA
Cerita di atas saya sertakan bukanlah dalil yang menunjukkan halalnya cinta di luar syarie sebelum menikah, apatah lagi gejala couple yang ternyata menghampiri kepada zina. Namun cerita diatas menunjukkan tidak perlunya melafaskan cinta sebelum nikah.
Saya memetik petikan Prof. Dr. Yusof al Qardhawi dalam kitab kecilnya "Kewajipan Pemuda Muslim Hari Ini (واجب الشباب المسلم اليوم)". Beliau menyifatkan jiwa pemuda sebagai matahari yang memancar terik di tengah hari. Cahaya yang terik itulah seumpama semangat yang dipunyai oleh golongan pemuda yang begitu berkobar-kobar dan hebat sekali.
Kata-kata syekh tersebut saya contohkan seperti singa. Singa di waktu remaja adalah yang terhebat sepanjang umurnya. Menjadi jaguh di hutan mahupun di padang rumput. Berbanding ketika kecilnya yang masih memerlukan tunjuk ajar ibu singa dan di waktu tua yang hanya duduk menanti ajal dan memakan bekas-bekas suapan singa remaja.
JANGAN MERENDAHKAN MARTABATMU WAHAI PEMUDA
Baru-baru ini ada seorang remaja perempuan yang memberitahu di Facebook bahawa "lelaki kat fb nieh mmg annoying".
Saya agak tercabar dengan kenyataan tersebut kerana saya juga merupakan lelaki yang menggunakan Facebook. Mungkin ada berberapa perkara yang membuatkan beliau berani memberikan kenyataan yang sebergitu rupa. Pada pandangan saya, mungkin golongan lelaki yang digolongkan sebagai 'annoying' oleh remaja perempuan tersebuat adalah lelaki yang pantang nampak perempuan cantik online Facebook, pasti menulis "Hai!" atau yang agak Islamic mungkin menggunakan "Assalamualaikum" sebagai ayat mula ingin berchating.
Kenapa perlu melakukan perkara yang sia-sia?
Dan menjual maruah sehinggakan mungkin ada sebahagian remaja perempuan menyatakan "Lelaki itu tergila-gila kan aku!".
Mengapa 9 akal anda tidak mengawal 1 nafsu yang membara?
Wahai pemuda Islam, jangan merendahkan martabatmu. Membazirkan masa mudamu berchating perkara yang tidak menfaat sedangkan anda seorang singa remaja yang boleh menggegarkan rimba di saat anda mengaum.
BELAJAR DARI KESILAPAN
Saya juga seorang pemuda. Saya juga pernah tersesat dengan 'sayang tiga segi' dan 'sayang monyet'. Saya juga pernah terjebak dengan pelbagai gejala sosial yang kebanyakan remaja kini lakukan. Saya pernah ke snooker dan lepak sampai subuh menonton bola sepak di layar kedai mamak.
Namun, atas kesedaran ini saya ingin mengajak para remaja khususnya lelaki yang bergelar syabab. Mari kita belajar dari kesilapan. Kerana orang yang berjaya tanpa melakukan kesilapan hakikatnya dia belum berjaya.
Mari kita ubah diri kita dari seorang yang tergila-gilakan untuk berchating dan menghabiskan masa di Facebook membuat perkara yang tidak menfaat dengan manfaatkan Facebookmu untuk berdakwah.
Penuhkan dadamu dengan ilmu-ilmu yang bermenfaat. Saya ingin sekali mengajak sahabat-sahabat yang saya cintai untuk saling nasihat menasihati. Begitu banyak yang terkubu di hati. Namun saya ringkaskan agar sahabat-sahabat sekalian pergi menuntut ilmu. Seharusnya anda adalah seorang pemuda harapan Islam persis para ulama dan mujahidin yang kebanyakannya adalah pemuda seperti kita.
Semoga saya dan para sahabat yang saya cintai sekalian lebih baik selepas membaca post saya kali ini, Insya Allah.
Salam nasihat cinta buat para sahabat,
Kaherah, Mesir
11:16 pm 05 November 2010
1 pandangan cinta:
Kata Allahyarham Sukarno “berikan aku 10 orang pemuda, dan sudah pasti aku mampu menggongcang dunia.” Tapi,pemuda yang macamana yek?
Post a Comment