Setinggi-tinggi tahmid di atas segala kurniaan Allah SWT kepada kami.
Warga Irsyad yang dirahmati oleh Allah SWT sekalian, bertakwalah kepada Allah dengan sebenar-benar takwa. Firman Allah SWT dalam kitabnya yang bermaksud; “Dan ingatlah ketika Tuhanmu mengeluarkan keturunan anak Adam dari sulbi mereka dan Allah mengambil kesaksian terhadap jiwa mereka (lalu berfirman): “Bukankah aku ini Tuhamnu?” Mereka menjawab; “Betul engkau tuhan kami, kami bersaksi (keatas itu).” [QS Al A’rof: 172]
Alhamdulillah lagi sekali kami rafakkan kepada Allah SWT atas sifat sucinya Ar Rahman dan Ar Rahim, Majalah Al Irsyad '08 / '09 edisi ke-4 berjaya diterbitkan.
Kami selaku Ketua Editor meminta ribuan kemaafan dari semua pihak atas segala kesilapan dan kecacatan yang terdapat dalam majalah tersebut. Maha suci Allah SWT yang memiliki segala sifat kesempurnaan.
Majalah Al Irsyad '08 / '09 edisi ke-4 tidak lain dan tidak bukan hanyalah sebagai hadiah yang paling berharga dari Sekolah Islam Al Irsyad kepada kami. Hadiah yang memberi kebenaran kepada kami untuk meninggalkan parut kekal pada sekolah yang amat kami cintai ini. Maha suci Allah SWT yang memiliki sifat Kekal.
Kami bawakan konsep album klasik dalam majalah ini bagi menggamit memori sepanjang penubuhan al Irsyad yang sudah mejangkau umur lebih dari 20 tahun. Jika mahu di samakan dengan manusia, umur 20 tahun adalah peringkat pemuda yang sudah pastinya peringkat inilah peringkat yang terbaik dalam hidup seseorang manusia.
Proses penyiapan majalah telah mengambil masa yang begitu lama. Atas berberapa kesilapan secara taknikal dan juga kesilapan pada diri kami yang serba kekurangan ini. Namun inilah yang terbaik dapat kami nukilkan bersama warga al Irsyad sekalian.
Kami cuma mengharapkan secebis senyuman seikhlas buat warga al Irsyad sekalian atas hadiah yang amat berharga dari Sekolah Islam Al Irsyad ini kepada kami.
Atas senyuman tersebut, kami mahu kongsikannya bersama Penaung Majalah Al Irsyad; Ustaz Mohd Shukry bin Jusoh selaku Ketua Pegawai Eksikutif Sistem Pendidikan Al Irsyad Berhad, Penasihat; Muallim Mohd Dasuki Mohd Lebar, Pengurus Penerbitan; Muallimah Faridah Hanim Salleh, Muallimah Nurul Anisah Nordin, Muallim Zamri Mustpha dan Muallimah Rodiyah Embong, Editor; Afifah Abdul Latif, Penolong Editor; Muhammad Alif Hazlan, Reka Letak; Ismail Karim, Pruf; Nur Syazlindawati, Wartawan; Ahmad Syahid Azalan dan Sumayyah Rushdan, Bahan dan Iklan; Zinnierah Rushdan, Danial Mustafa Brynes, Syukran Saipuddi dan Nurdiyanah Mohd Safain, Juru Gambar; Musab Yussof, Iqbal Saipuddin, Najwa Nazri dan Nur Amirah Amiluddin, yang banyak membantu dalam penyiapan majalah ini; Pakcik Jumaat Mansor, Pencetak; Princo Marketing & Supply dari bos sehinggalah semua krew mereka, Ahli Lembaga Pengurus, Pengerusi Persatuan Ibu Bapa dan Guru serta AJKnya, Pengetua, Mudirah, Muallim, Muallimah, Kakitangan serta semua pelajar Sekolah Islam Al Irsyad (SRAI & SMAI), Ayahnda saya; Dato' Haji Muhammad bin Zakaria, bunda; Rusnah Abu Samah, saudara sedarah saya serta semua yang bertanggung jawab dan membantu dalam penyiapan majalah ini secara langsung ataupun tidak.
Kami bersaksi atas nama Allah SWT, ini adalah nikmat cinta yang sungguh indah dari Allah SWT dihiasi ukhwah juga hanya kerana Allah SWT. Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud; “Tidaklah iman seseorang sehingga ia mencintai saudaranya itu seperti ia mencintai dirinya sendiri.” [HR Bukhari dan Muslim].
Akhir kalam, ketahuilah kalian yang sebenar-benar petunjuk hanyalah al Quran dan as Sunnah.
Wallahu 'alam
Muhammad Salman Al Farisi Bin Muhammad
Ketua Editor
Majalah Al Irsyad '08 / '09 Edisi ke-4.
0 pandangan cinta:
Post a Comment